Aegisub

Perisian menyari kata percuma bersumber terbuka

Aegisub ( /ɛisɑːb/ ) (Jawi: ايڬيسب) adalah perisian sumber terbuka percuma rentas pelantar bagi menyunting sari kata. Ia digunakan secara profesional oleh syarikat seperti Crunchyroll [1],Muse, dan juga secara meluas dalam kalangan sari kata peminat (fansub) iaitu amalan membuat atau menterjemahkan sari kata tidak rasmi untuk media visual oleh peminat.[2] Aegisub merupakan penerus kepada SubStation Alpha dan Sabbu.

Aegisub
Ciri-ciri di dalam Aegisub, antaranya mengatur huruf visual dan karaoke
PembangunNiels Martin Hansen, Rodrigo Braz Monteiro
Keluaran stabil
3.2.2 / 7 Disember 2014; 9 tahun yang lalu (2014-12-07)
Repositori Sunting ini di Wikidata
Bahasa pengaturcaraanC++ (61.4%), C# (20.4%)
Sistem pengendalianMicrosoft Windows, Mac OS X, Linux and FreeBSD
Terdapat dalamEnglish, Czech, German, Spanish, Finnish, French, Hungarian, Italian, Japanese, Catalan, Brazilian Portuguese, Traditional Chinese, Simplified Chinese, Russian and Serbian
JenisSari kata (kapsyen)
Lesen3-clause BSD License
Tapak webaegisub.org

Aegisub telah direka untuk menentukan masa, gaya sari kata dan juga pembuatan karaoke. Format sari kata rasmi yang digunakan Aegisub adalah teks Advanced SubStation Alpha, yang menyokong penentuan kedudukan dan penggayaan sari kata. Program ini juga menyokong format umum lain seperti SubRip. Ciri-ciri ini termasuk sokongan untuk menentukan masa untuk audio dan video, dan dapat digunakan untuk banyak ikatan pemprosesan video seperti FFmpeg dan Avisynth. Ia juga dapat diperluas dengan bahasa skrip Lua dan MoonScript. [3]

Dalam istilah penyari kata peminat (fansub), Aegisub digunakan untuk menterjemahkan, penentu tempoh masa, menyunting, mengatur huruf, memeriksa kualiti, masa karaoke dan memberi kesan karaoke. Walaupun begitu, ada di antara kumpulan menggunakan alat atau perisian yang berbeza untuk beberapa langkah tersebut, seperti Adobe After Effect untuk mengatur huruf, dan penyunting teks biasa untuk terjemahan.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. "Peluang Pekerjaan Crunchyroll". Crunchyroll. Diambil pada 3 Februari 2020.
  2. Orsini, Lauren. "Bagaimana Peminat Amerika Mencetak Rompak Animasi Jepun Menjadi Kerjaya". Forbes. Diambil pada 14 Disember 2018.
  3. "Automasi". Panduan Pengguna Aegisub 3.2. yang telah di arkib dari yang asli pada 16 June 2014. Diambil pada 6 November 2018.

Pautan luaran sunting

  •   Kategori berkenaan Aegisub di Wikimedia Commons
  • Aegisub wiki di Fansubbers.org
  • Saluran IRC Aegisub di Rizon.net
  1. ^ "Crunchyroll Career Opportunities". Crunchyroll (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 February 2020.
  2. ^ Orsini, Lauren. "How American Fans Pirated Japanese Cartoons Into Careers". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 December 2018.
  3. ^ "Automation". User Manual Aegisub 3.2. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2014. Dicapai pada 6 November 2018.