Effendey Zainon atau Fendi merupakan salah seorang anggota kumpulan A To Z. Fendi bersama dua lagi anggota kumpulan A To Z popular pada pertengahan 90-an menerusi lagu-lagu daerah seperti lagu Berdendang, Comel dan Iyo Ko.

Fendi A to Z
Kelahiran
Effendey Bin Zainon

(1969-01-06)6 Januari 1969
Meninggal dunia23 April 2008(2008-04-23) (umur 39)

Bagaimanapun, Fendi kemudiannya mengundurkan diri daripada persada seni tanah air selepas bersama kumpulan A To Z selama kira-kira tiga tahun.

Selepas meninggalkan kumpulan A To Z, Effendy aktif sebagai pendakwah dan sering keluar ke merata tempat bagi menjalankan kegiatan dakwah.

Allahyarham Effendey Zainon merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau sebelum ini pernah diserang strok tetapi kembali sembuh. Allahyarham Effendey Zainon telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kira-kira pukul 9.30 pagi 23 April 2008.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting