Afgan (penyanyi)

Pelakon dan penyanyi lelaki Indonesia
(Dilencongkan dari Afgan Syah Reza)

Afgansyah Reza, kadangkala dikreditkan sebagai Afgan Syahreza atau Afgan sahaja, (lahir di Jakarta, 27 Mei 1989; umur 34 tahun) adalah seorang penyanyi pop, penulis lagu asal Indonesia. Lagu Terima Kasih Cinta membuat namanya menapak di persada dunia seni.

Afgan Syahreza
Afgan semasa di USA.
Kelahiran
Afgansyah Syahreza

(1989-05-27) 27 Mei 1989 (umur 34)
WarganegaraIndonesia
Nama lainAfgan
Pekerjaan
Tahun aktif2008 - kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.afganworld.com

Kehidupan awal dan kerjaya sunting

 
Afgansyah Reza mengadakan persembahan.

Afgan Syahreza dilahirkan pada 27 Mei 1989, di Jakarta and dan kepada keluarga muzikal Muslim berketurunan Minangkabau, biarpun tiada sebarang latihan vokal.[1][2] Beliau merupakan anak kepada Loyd Yahya dan Lola Purnama. Kerjayanya bermula apabila beliau dan beberapa rakan-rakannya mengambil keputusan untuk merakamkan sebuah album di Wanna B Instant Recording Studio. Penerbit studio menawarkannya kontrak apabila mereka mendengar beliau menyanyi.[1] Album pertamanya, Confession No.1, mempunyai pengaruh jazz, pop, dan R&B dan termasuk lagu seperti "Terima Kasih Cinta", "Klise", "Sadis", dan "Tanpa Batas Waktu". Muzik video lagu "Terima Kasih Cinta" diterbitkan oleh Thalita Latief dan diarahkan oleh Jose Purnomo. Beliau memenangi Best Solo Male Vocalist Award untuk lagu di Anugerah Musik Indonesia. Pada 2009, beliau membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan apabila beliau muncul dalam filem Bukan Cinta Biasa bersama Olivia Lubis Jensen[1] dan beliau juga menyanyikan lagu untuk runut bunyi filem berkenaan. Pada tahun berikutnya, beliau juga muncul dalam filem Cinta 2 Hati dan menyanyikan lagu tema filem ini. Album kedua, The One, telah dilancarkan pada Januari 2010. Pada 2011, beliau menyanyikan lagu tema di Sukan Asia Tenggara.[3]

Kehidupan peribadi sunting

Kehidupan peribadi beliau didekati oleh media Indonesia. Beliau memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi dari kampus MONASH University Sunway, Malaysia.[1]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album mini sunting

Album live sunting

  • SIDES (Live Session) (2016)

Runut Bunyi sunting

  • Bukan Cinta Biasa (2009)

Single sunting

Tahun Single Penerbit Label
2008 "Terima Kasih Cinta" Mario Kacang WannaB Music Production
"Sadis" Bebi Romeo
"PadaMu Kubersujud" Bebi Romeo
2009 "Bukan Cinta Biasa" Bebi Romeo
"Wajahmu Mengalihkan Duniaku" Bemby Noor
"Pencari JalanMu" Fajar PJ Maringka
2010 "Cinta 2 Hati" Mario Kacang
"Dia Dia Dia" Bemby Noor
"Bawalah Cintaku" Bebi Romeo
"Dalam Mihrab Cinta" Bebi Romeo Keci Music Production
2011 "Panah Asmara" Tohpati WannaB Music Production
"Kembali" Susilo Bambang Yudhoyono Trinity Optima Production
2012 "Bunga Terakhir" Bebi Romeo Mega Music
"Pesan Cinta" Afgan, Inu "Numata", Nino "Ran" Trinity Optima Production
2013 "Jodoh Pasti Bertemu" Bemby Noor
"Sabar" Bebi Romeo
2014 "Katakan Tidak" Alam Urbach
"Ku Mohon" Bemby Noor
"Untukmu Aku Bertahan" David Kurnia Albert
"Kamu Yang Ku Tunggu" (bersama Rossa) Alam Urbach
2015 "Knock Me Out" Taufik Batisah Trinity Optima Production

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan
2009 Bukan Cinta Biasa Dirinya sendiri
2010 Cinta 2 Hati Alfa
2013 Refrain Nata

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 OB (Office Boy) Dirinya sendiri Bintang tetamu
2008 - 2012 Doa Berbuka Puasa Dirinya sendiri
2015 - kini X Factor Indonesia (musim 2) Dirinya sendiri Juri

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Kuswandini, Dian (May 7, 2009). "Afgan Syah Reza: Rich in luck and talent". The Jakarta Post. Dicapai pada June 1, 2012.
  2. ^ "Afgan Bikin Terobosan dalam Keluarga". Kompas. Dicapai pada January 19, 2010.
  3. ^ Niken Prathivi; Irawaty Wardani (November 23, 2011). "Games end, RI champion". Jakarta Post. Dicapai pada June 1, 2012.

Pautan luar sunting