Afrika Korps, atau nama penuhnya dalam bahasa Jerman, Deutsches Afrikakorps, DAK Mengenai audio inidengar , Kor Afrika Jerman, ialah pasukan ekspedisi Jerman di Libya dan Tunisia dalam Kempen Afrika Utara, sewaktu Perang Dunia Kedua. Reputasi Afrikakorps bersinonim dengan panglima pertamanya, Generalfeldmarschall Erwin Rommel, yang kemudiannya memerintah[1] Tentera Darat Panzer Afrika yang berubah menjadi Tentera Darat Panzer Jerman-Itali (Deutsch-Italienische Panzerarmee) dan Kumpulan Tentera Darat Afrika. Afrikakorps menjadi sebahagian tersendiri kesemua ketumbukan-ketumbukan ini. Afrikakorps bertempur dengan tentera Berikat sepanjang kempen Afrika Utara sehinggalah Kor ini menyerah kalah pada bulan Mei 1943.

Deutsches Afrikakorps
Aktif12 Februari 1941 – 13 Mei 1943
NegaraJerman Nazi Jerman Nazi
CawanganHeer
JenisKor
PerananPasukan ekspedisi
PangkalanTripoli, Libya Itali
MotoRitterlich im Kriege, wachsam für den Frieden
("Beradab dalam Perang, Berjaga-jaga untuk Keamanan")
WarnaKuning, Perang
PertempuranPerang Dunia Kedua
Komander
Komander
terkenal
Erwin Rommel
Ludwig Cruwell
Walther Nehring
Tanda kebesaran
Simbol
pengenalan
Simbol
pengenalan
Mohor Deutsches Afrikakorps

Organisasi sunting

Afrikakorps dibentuk atas perintah peribadi Hitler pada 11 Januari 1941. Hitler memilih Mejar Jeneral Erwin Rommel sabagai komander ketumbukan ini pada 12 Februari 1941. Rommel sendiri mendarat di tanah Afrika Libya pada 14 Februari 1941.

 
Erwin Rommel di Afrika Utara

Markas Besar Angkatan Tentera Jerman (Oberkommando der Wehrmacht, OKW) memutuskan untuk menghantar sebuah "pasukan ekspedisi" (Sperrverband) ke Libya bagi membantu tentera Itali. Tentera Itali telah dikalahkan tentera British yang diterajui Tentera Darat Ke-8 British dalam Operasi Compass. Pasukan yang dipimpin Rommel pada mulanya hanya mengandungi Rejimen 5./leichte Panzer "Afrika", yang ditubuhkan daripada rejimen kedua Divisyen 3./Panzer dan pelbagai unit-unit kecil. Elemen-elemen ini diatur ke dalam Divisyen Ringan ke-5. Pasukan ini kemudiannya ditampung dengan unit-unit Divisyen Panzer ke-15 yang datang dari Itali, mahupun tidak kesemua unit divisyen ini sampai di Afrika sehinggalah Rommel menawan sebahagian besar Cyrenaica melalui serangan balas dan kemudiannya mengambil kedudukan pertahanan. Pada masa ini, Afrikakorps terdiri daripada dua divisyen dengan pasukan bantuan , dan secara rasminya diletakkan di bawah perintah tentera Itali; Rommel telah menjalankan operasinya tanpa keizinan rasmi pihak Itali.

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ With Rommel in the Desert by Heinz Werner Schmidt

Bibliografi sunting

  • Irving, David (1977). The Trail of the Fox. New York: Avon Books. ISBN 0-380-70940-6.
  • Cooper, Matthew (1990). The German Army 1933–1945. Scarborough House. Chelsea, MI, USA. ISBN 0-8128-8519-8.
  • von Mellenthin, Major General F. W. (1971) [1956]. Panzer Battles: A Study of the Employment of Armor in the Second World War (ed. First). New York: Ballantine Books. ISBN 0-345-24440-0.
  • AFRIKAKORPS.org/AANA Research Group Diarkibkan 2008-01-15 di Wayback Machine
  • Rommel's Kampfstaffel Diarkibkan 2009-04-17 di Wayback Machine
  • Editor Major-General Alfred Toppe Desert warfare:German experiences in World War II Diarkibkan 2011-10-13 di Wayback Machine, written with the assistance of nine German commanders who served in North Africa, the manuscript (translated by Mr. H. Heitman) represents a collaborative attempt to determine "as many factors as possible which exerted a determining influence on desert warfare."
  • Hans von Luck's memoirs Panzer Commander: The Memoirs of Colonel Hans von Luck include chapters from his time in North Africa under Rommel.