Kaum Afrikaner adalah kaum kerabat peneroka-peneroka Belanda dan Perancis Huguenot yang menduduki kawasan di selatan Afrika. Mereka juga dikenali sebagai Boer yang bermaksud "petani" dalam bahasa Afrikaans. Pada awal 1800, penduduk Afrikaner telah dihalau oleh peneroka British ke kawasan pedalaman. Migrasi ke kawasan pedalaman ini dipanggil groot trek (penjelajahan besar-besaran) dan kumpulan yang bermigrasi ini dikenali sebagai voortrekkers iaitu penjelajah berbangsa Boer. Oleh sebab mereka terpisah dari pengaruh Eropah, kumpulan ini mengadaptasikan unsur-unsur Afrika dan membangunkan budaya serta bahasa mereka (iaitu bahasa Afrikaans) yang tersendiri.

Afrikaner
Kawasan ramai penduduk
Afrika Selatan, Namibia
 Afrika Selatan2,710,461
 Namibia92,400 (2003)[1]
 Zambia≈41,000 (2006)[a]
 United Kingdom≈40,000 (2006)[a]
 Botswana≈20,000 (2010)[2]
 Eswatini≈13,000 (2006)[a]
 Australia5,079 (2011)[b]
 New Zealand1,197 (2013)[c]
 Argentina650 (2019)[5]
Bahasa
Afrikaans, Inggeris Afrika Selatan
Agama
Protestan (Kalvinis)
Kumpulan etnik berkaitan
Anglo Afrika; Belanda, Frisia, Flemish; Walloon, Perancis, Inggeris

Kerajaan Afrikaner yang pertama dipanggil Zuid-Afrikaansche Republiek (ZAR) atau Republik Afrika Selatan yang terletak di negeri Transvaal dan ibu negaranya adalah Pretoria. Namun selepas peperangan dengan British, republik ini dibubarkan secara rasmi pada 1900. Bangsa Afrikaner kini dipanggil puak kulit putih di benua Afrika.

Rujukan sunting

  1. ^ "Demographics". Namibiagovernment.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2014. Dicapai pada 18 March 2015.
  2. ^ Chris McIntyre (2010). Botswana: Okavango Delta - Chobe - Northern Kalahari (ed. 2010). Bradt Travel Guides Ltd. m/s. 37. ISBN 978-1-84162-308-5.
  3. ^ The People of Australia: Statistics from the 2011 Census – Department of Immigration and Border Protection. p. 29, p. 55. Retrieved 8 August 2014.
  4. ^ 2013 Census QuickStats about culture and identity Diarkibkan 15 Januari 2015 di Wayback Machine (Excel file) – Statistics New Zealand. Retrieved 8 August 2014.
  5. ^ "Afrikaans is making a comeback in Argentina - along with koeksisters and milktart". Business Insider South Africa. Dicapai pada 11 October 2019.
  1. ^ a b c Ethnologue
  2. ^ The 2011 Australian Census records 5,079 Australian residents who explicitly identify as Afrikaner (that is, excluding those who identified as "African" or "South African"), while 35,031 identified as Afrikaans speakers.[3]
  3. ^ The 2013 New Zealand census records 1,197 New Zealand residents who explicitly identify as Afrikaner (that is, excluding those who identified as "African" or "South African"), while 27,387 identified as Afrikaans speakers.[4]