Agen saraf merupakan kelas kimia organik yang mengganggu mekanisme saraf pemindah mesej ke organ-organ. Gangguan ini disebabkan oleh penyekatan asetilkolinesterase, satu enzim yang memangkinkan penguraian neurotransmiter asetilkolina.

Keracunan agen saraf membawa kepada pengecutan anak mata, pengeluaran air liur yang banyak, sawan, dan pembuangan air kecil dan besar yang tidak terkawal beberapa saat segera setelah pendedahan kepada agen. Kematian akibat sesak nafas atau serangan jantung boleh berlaku selepas beberapa minit kerana hilangnya kawalan badan ke atas pernafasan dan otot lain. Ada beberapa jenis agen saraf yang mudah diruapkan atau disimpan dalam bentuk aerosol lalu masuk ke badan melalui sistem pernafasan. Agen saraf juga boleh diserap melalui kulit, di mana pengguna agen perlu mengenakan perlindungan badan penuh sesuai di samping alat pernafasan.

Agen saraf biasanya bersifat cecair tidak berwarna atau berwarna kuning keambaran yang meruap menjadi gassarin dan VX misalnya tidak mempunyai apa-apa bau; tabun berbau sedikit seakan-akan buah-buahan manakala soman berbau sedikit seperti kapur barus.[1]

Mekanisme tindakan sunting

Saraf motor normal yang terangsang akan melepaskan neurotransmiter asetilkolina yang menghantar impuls elektrik ke otot atau organ. Enzim asetilkolinesterase menguraikan asetilkolin serta-merta (melalui hidrolisis) di sinaps sebaik sahaja impuls dilepaskan agar otot atau organ dapat mengendur.

Agen saraf menggangu penghantaran impuls ini dengan merencatkan fungsi enzim asetilkolinesterase itu dengan membentuk ikatan kovalen dengan tapak aktifnya. Maka, asetilkolina akan terkumpul lalu membolehkan impuls elektrik terus dihantar dan otot sentiasa mengecut sehingga lalu melumpuhkan mangsa.[2]:131–139 Tindakan sama ini turut berlaku di kelenjar dan organ menyebabkan pnegeluaran air liur, air mata dan lendir hidung yang tidak terkawal ("lakrimasi" dan "rinorea").

Kaedah penyebaran sunting

Agen saraf disebarkan melalui pelbagai cara seperti:[3]

Kaedah dipilih bergantung kepada sifat fizikal agen saraf yang digunakan, jenis sasaran serta tahap kecanggihan yang diingini.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "ATSDR - Medical Management Guidelines (MMGs): Nerve Agents (GA, GB, GD, VX)". www.atsdr.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2018. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  2. ^ Sidell, Frederick R. (1997). Medical aspects of chemical and biological warfare. Borden Institute, Walter Reed Army Medical Center. ISBN 978-9997320919. Unknown parameter |name-list-format= ignored (bantuan)
  3. ^ a b Ledgard, Jared B. (2006). A laboratory history of chemical warfare agents : a book (ed. ke-2). Mazal Holocaust Collection. ISBN 9780615136455. OCLC 171111408. Unknown parameter |name-list-format= ignored (bantuan)