Agensi Kawalan Sempadan Malaysia

agensi kerajaan persekutuan Malaysia

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Jawi: اݢينسي کاولن سمڤادن مليسيا) atau AKSEM ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang mengawal jalan masuk dan keluar Malaysia daripada aktiviti haram seperti penyeludupan, pendatang tanpa izin, dan pemerdagangan manusia.[1][2] Ditubuhkan pada 2015, agensi ini dikendalikan lebih kurang 10,000 pegawai dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).[3][4]

Pada tahun 2021, AKSEM diletakkan sepenuhnya di bawah kawalan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM sebagai langkah memperkasa fungsi agensi ini.[5] AKSEM dibubarkan pada tahun yang sama.

Sejarah sunting

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ditubuhkan pada 29 Disember 2017 melalui pewartaan Akta Aksem 2017 (Akta 799) dengan keanggotaan oleh PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pada 1 Januari tahun berikutnya, AKSEM menerima tugas sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.[6]

Pada 12 Mac 2021, sebuah mesyuarat oleh jemaah menteri telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula AKSEM ke dalam PDRM.[7] Pada 30 Jun pula, pembubaran AKSEM diumumkan dengan tugas pengawalan sempadan negara diambil alih oleh PDRM. Penstrukturan semula kepada PDRM ini dijalankan secara berperingkat sehingga 30 September tahun yang sama.[8] Setelah penstrukturan semula ini selesai, Akta 799 bakal dimansuhkan.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Prashanth Parameswaran (18 September 2015). "Malaysia Eyes New Border Security Agency". The Diplomat. Dicapai pada 19 April 2016.
  2. ^ Aizyl Azlee (2 November 2015). "Government introduces new Border Security Agency to curb smuggling". The Malay Mail. Dicapai pada 19 April 2016.
  3. ^ "DPM: UPP to be upgraded to Border Security Agency". Bernama. The Borneo Post. 18 September 2015. Dicapai pada 19 April 2016.
  4. ^ "GOF to reinforce state's Border Security Agency". The Borneo Post. 1 February 2016. Dicapai pada 19 April 2016.
  5. ^ Mohd Iskandar Ibrahim; Safeek Affendy Razali (25 Mac 2021). "AKSEM di bawah PDRM perkasa kawalan sempadan - PM". Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Nor Azizah Mokhtar (30 Jun 2021). "AKSEM dibubar, PDRM ambil alih kawalan sempadan". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.
  7. ^ Bernama (30 Jun 2021). "AKSEM dibubar, tugas diambil alih PDRM- Hamzah". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.
  8. ^ Bernama (30 Jun 2021). "Aksem dibubarkan, tugas diambil alih PDRM". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.
  9. ^ "Aksem dibubarkan, tugas diambil alih PDRM: Hamzah". Sinar Harian. 30 Jun 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2021. Dicapai pada 1 Julai 2021.