Agensi Remote Sensing Malaysia

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) ialah sebuah agensi penyelidikan dan pembangunan (P&P) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE). Pada tahun 2008, MACRES telah dinaikkan taraf kepada jabatan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan nama baharu iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Manakala MOSTI pula telah disusun semula sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) pada tahun 2018. Pada 20 Februari 2019, Kabinet Malaysia telah meluluskan penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dan Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA) untuk mewujudkan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).[1]

Kemudahan sunting

ARSM dilengkapi dengan sistem komputer untuk pemprosesan imej data satelit, GIS, GPS dan stesen penerima data satelit untuk perolehan data satelit masa nyata, makmal remote sensing gelombang mikro (kebuk anechoic, mobile scatterometer), makmal fotografi digital remote sensing dan kemudahan Sistem Pengarkiban dan Capaian (ARS) Data Chamber.

Struktur organisasi sunting

Ketua Pengarah

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Direktorat Strategik dan Perhubungan Awam
  • Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan)
    • Bahagian Pembangunan Aplikasi Remote Sensing
    • Bahagian Pembangunan dan Analisis Data Geospatial
    • Bahagian Pembangunan Sistem Sensor
  • Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal)
    • Bahagian Pemprosesan dan Pengedaran Data Remote Sensing
    • Bahagian Pengurusan Geospatial ICT
    • Bahagian Penerimaan Data Remote Sensing

Program utama sunting

Terdapat dua program utama di ARSM iaitu: Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) dan Perkhidmatan Teknikal.

Program Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) melibatkan penyelidikan dalam bidang aplikasi remote sensing, GIS dan teknologi lain yang berkaitan dalam semua sektor pengurusan pengeluaran pertanian, sumber asli, alam sekitar, bencana, keselamatan dan pembangunan tanah negara. Program ini turut memfokuskan kepada penyelidikan analisa dan pemodelan data ruang dalam persekitaran sistem maklumat geografi (GIS), penyelidikan untuk membangunkan sistem komputer dan sensor remote sensing; dan menyediakan perkhidmatan nasihat teknikal dalam aplikasi remote sensing, GIS dan teknologi lain yang berkaitan.

Perkhidmatan Teknikal pula memfokuskan kepada pengurusan operasi dan perkhidmatan ARSM sebagai one stop centre dalam teknologi remote sensing.

Perkhidmatan yang disediakan sunting

ARSM menerima permohonan data satelit remote sensing di bawah 3 kategori:

  • Imej Satelit Remote Sensing Tidak Terperingkat untuk imej beresolusi lebih dari 5 meter.
  • Imej Satelit Remote Sensing Terperingkat
  • Imej Satelit Remote Sensing Percuma Kategori Pendidikan dan Penyelidikan

Maklumat lanjut dan borang berkaitan boleh dicapai dan dimuat turun di sini Diarkibkan 2018-10-26 di Wayback Machine.

Katalog Data Remote Sensing boleh dicapai di sini Diarkibkan 2018-10-26 di Wayback Machine.

Rujukan sunting

  1. ^ "Background of MYSA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-10. Dicapai pada 2020-07-11.

Pautan luar sunting