Ahad Berdarah (1972)
Pembunuhan beramai-ramai Bogside atau juga dikenali dengan nama Ahad Berdarah 1972 (bahasa Inggeris: Bloody Sunday ) merupakan kejadian pembunuhan orang awam beramai-ramai pada 30 Januari, 1972 di Bogside, Derry Ireland Utara. Seramai 27 penunjuk perasaan ditembak mati oleh Regimen Askar Payung Terjun Britain semasa perarakan Persatuan Hak Asasi Ireland Utara.
Bloody Sunday (1972) | |
---|---|
Sebahagian daripada the Troubles | |
Nama asli | Domhnach na Fola |
Lokasi | Derry, Ireland Utara |
Koordinat | 54°59′49″N 7°19′32″W / 54.9969674°N 7.3255581°W |
Tarikh | 30 Januari 1972 4:10 petang |
Jenis serangan | Tembak-menembak |
Senjata | L1A1 SLR |
Kematian | 14 |
Tercedera | 29 |
Pelaku | Tentera Darat Britain (Rejimen Payung Terjun) |
sunting · sunting di Wikidata |
Dua pasukan penyiasat telah dibentuk oleh kerajaan Britain. Pasukan Tribunal Widgery ditubuhkan selepas kejadian pembunuhan tersebut, terutama untuk membersihkan nama dan imej tentera dan kerajaan Britain. Pasukan penyiasat kedua iaitu Penyiasatan Saville ditubuhkan pada tahun 1998. Ia diketuai oleh Sir Saville dari Newdigate. Laporan siasatan telah siap dan diterbitkan pada 15 Jun, 2010. Penyiasat mendapati wujud kesalahan nyata dan boleh membuka kembali kontroversi serta berpotensi menyebabkan penyiasatan jenayah untuk beberapa tentera yang terlibat dalam pembunuhan itu.
Sebelum kejadian ini, Tentera Republik Ireland Utara (IRA) meningkatkan kempen menentang petisyen damai Ireland, dua tahun sebelum "pembunuhan beramai-ramai Bogside". Mereka melancarkan kempen bersenjata.
Latar belakang
suntingPelbagai jenayah dan keganasan sering berlaku di Ireland era masalah Ireland Utara. Sejak 1960-an, pejuang nasionalis, Roman Katolik (penganut terbesar di Kepulauan Ireland) sering bertempur dengan penganut Protestan (penganut terbesar Great Britain). Pertempuran sering berlaku di kawasan majoriti penganut Katolik.
Pada 8 Julai 1971 di kawasan Derry Bogside, dua perusuh, Seamus Cusack dan Desmond Beattie, ditembak mati oleh tentera British. Tentera mendakwa pasangan itu bersenjata, tetapi tuduhan itu ditolak oleh masyarakat tempatan dan nasionalis sederhana termasuk John Hume dan Gerry Fitt.
Hari kejadian
suntingPenunjuk perasaan seramai 30,000 dihalang oleh polis dan tentera British. Polis bertindak mengadakan sekatan di Guildhall. Mereka menyerang polis dengan membaling batu. Polis bertindak dengan meriam air, gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan penunjuk perasaan. Saksi, Damien Donaghy dan John Johnston dicederakan oleh tentera di William Street. Regimen Parachut British di bawah komando Mayor Ted Loden dibenarkan masuk ke Bogside. Pastor Edward Daly ditembak di belakang. Ekoran itu, ramai yang berundur dan melarikan diri daripada terkena tembakan tentera.[1]
Terbunuh
suntingAntara yang terbunuh ialah :
- John (Jackie) Duddy (17). Ditembak di dada di tempat parkir apartemen Rossville.
- Joseph Patrick Doherty (31). Ditembak dari belakang ketika cuba merangkak di halaman depan flat Rossville.
- Bernard McGuigan (41). Ditembak di belakang kepala ketika dia pergi untuk membantu Patrick Doherty.
- Hugh Saleh Gilmour (17).
- Kevin McElhinney (17). Ditembak dari belakang ketika cuba merangkak menyelamatkan diri di pintu masuk depan Rumah Susun Rossville.
- Gerald Michael Kelly (17). Ditembak di perut sambil berdiri
- John Pius Young (17). Ditembak di kepala sambil berdiri.
- William Noel Nash (19). Ditembak di dada.
- Michael M. McDaid (20). Ditembak di muka.
- James Joseph Wray (22). Cedera kemudian ditembak lagi dari jarak dekat sambil berbaring di tanah.
- Gerald Donaghy (17). Ditembak di perut ketika cuba untuk lari.
- Gerald (James) McKinney (34). Ditembak selepas Gerald Donaghy.
- William Anthony McKinney (27). Ditembak dari belakang ketika dia berusaha untuk membantu Gerald McKinney.
- ohn Johnston (59). Kena tembakan di kaki dan bahu kiri di William Street.