Ahmed Hambal Yeop Majlis

(Dilencongkan dari Ahamad Hambal Yop Majlis)

Dato' Ahmed Hambal bin Yeop Majlis ialah bekas ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Parit, Perak selama sepenggal dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi DUN Bota selama dua penggal.Beliau juga pernah di lantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dari tahun 1986 hingga 1990.

Dato'

Ahmed Hambal Yeop Majlis

D.P.C.M., K.M.N.
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Parit
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului oleh Mohd. Bakri Abdul Rais
Digantikan oleh Nasruddin Alang Saidin
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Bota
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului oleh Rokiah Kayat
Digantikan oleh Ismail Hasbolah
Butiran peribadi
Lahir21 Mac 1940
Lambor Kanan, Perak, Malaysia
Meninggal dunia1 November 2007
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, Malaysia
Tempat persemadianKampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak, Malaysia
PasanganZainab Muhamad

Latar belakang sunting

Kerjaya asal beliau ialah seorang guru dan pernah menjadi guru besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah, Perak. Ketika inilah, pada tahun 1979, Sultan Perak , Sultan Idris Shah datang merasmikan sekolah tersebut.

Keluarga sunting

Ahmed Hambal merupakan anak ke-8 dari 22 adik beradik dari 3 ibu. Bapanya seorang ulama di Perak bernama Tuan Guru Haji Yeop Majlis bin Pandak Mohid[1].

Rujukan sunting