Datuk Ahmad Abd Talib (1952-26 Mei 2020) adalah seorang bekas wartawan dari akhbar NSTP dan juga mantan Pengarah Eksekutif, Editorial dalam Lembaga Pengarah NSTP pada 1 Julai 2009 dan mantan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia.

Beliau banyak kali menjadi hos atau moderator dalam rancangan di televisyen. Contohnya menjadi hos program Soal Jawab di TV3 bersama tetamu undangan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim bin Mohamed .

KerjayaSunting

Ahmad Abd Talib memulakan kerjaya sebagai wartawan dengan BERNAMA (1972) ; Business Times (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya Kewangan Penerbitan Sdn Bhd) (1978) dan Berita Harian (1985).Beliau turut memulakan Travel Times, Cars, Bikes dan Trucks.

Ahmad menjadi Penolong Pengarang Berita Harian (1987) ; Pengarang Berita New Straits Times ; Ketua Pengarang Berita, Pengarang Bersekutu dan Penolong Pengarang Kumpulan (1991-1996). Seterusnya dilantik sebagai Pengarang Kumpulan, New Straits Times (1998) ; Pengurus Besar Kumpulan dan Komunikasi dan Pemasaran Editorial (2004).

Beliau bersara awal daripada Kumpulan NSTP pada 2005 . Beliau keluar dari NSTP semasa Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO.[1] Sebelum itu Abdullah Ahmad Kok Lanas juga dikeluarkan dari NSTP dan diganti dengan Datuk Ahmad Abd Talib dan Kalimullah Masheerul Hassan . [2] [3]

Pada Jun 2005 - November 2006 beliau menyertai kumpulan Maxis Communication Bhd sebagai penasihat kepada CEO Datuk Jamaludin Ibrahim selama dua tahun . Pada 2009 menyertai semula NSTP pada 2009 selepas Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak dilantik. [4] Perkhidmatan Datuk Kamarulzaman Zainal di Media Prima dan Datuk Hishamuddin Aun di NSTP ditamatkan mulai 30 Jun 2009. Media Prima menguasai pelbagai media seperti TV3, ntv7, 8TV, TV9, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Business Times ; NST Online dan Gua.

Selain itu, Ahmad Talib juga berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, syarikat induk NSTP. [5]

Kerja kebajikanSunting

Ahmad turut menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Salam dan Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia. Menerusinya beliau membantu golongan fakir miskin yang memerlukan.

Ahmad Talib turut terlibat dalam konvoi ke Gaza, Palestin.

Kesihatan dan kematianSunting

Beliau difahamkan menghidap kanser pada bulan April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.42 petang, 26 Mei 2020 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semasa sedang menerima rawatan susulan.[6] Beliau meninggal dunia pada usia 68 tahun.

RujukanSunting

Pautan luarSunting