Ahmad Adnan Fadzil

Penulis dan pendakwah Malaysia
(Dilencongkan dari Ahmad Adnan Bin Fadzil)

Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil, penulis buku Islamik, pendakwah dan ahli panel Syariah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Ustaz

Ahmad Adnan Fadzil
Kelahiran
Ahmad Adnan bin Fadzil

1973
Tambun Tulang, Arau,  Perlis, Malaysia
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPendakwah
Kampung asalTambun Tulang

Dilahirkan di Tambun Tulang, Arau, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau, Perlis (dari tahun 1986 hingga 1989). Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor (dari tahun 1989 hingga 1992). Seterusnya ke Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1992 hingga tamat pengajian Ijazah Pertama (B.A) dalam Fakulti Syari’ah dan Undang-undang (bidang pengkhususan bahagian perundangan Islam) pada penghujung tahun 1997. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat Dirasah ‘Ulya (Pra M.A) di selama dua tahun di Fakulti Syari’ah, Institut Pengajian Tinggi Islam Kerajaan Negeri Kedah (INSANIAH). Kolej tersebut mempunyai kerjasama dengan Universiti Al-Azhar dan berjaya memperolehi Diploma Dirasah ‘Ulya (Pengajian Peringkat Tinggi) dalam bidang pengkhususan Fiqh pada tahun 2004.Pada tahun 2020 beliau memperolehi ijazah sarjana (MA) dari OUM dalam Pengajian Islam. Sekarang sedang melanjutkan pengajian PhD di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Selain menimba ilmu secara dirayah (talaqqi ilmu dan kefahaman dari para ulamak), beliau juga memberi keutamanan kepada ilmu riwayah (iaitu mengambil sanad ilmu dari para ulamak sama ada secara ijazah khusus atau ijazah umum). Di antara guru/syeikh sanad beliau ialah Syeikh Muhammad Abduh Sulaiman al-Ahdal, Syeikh Qasim al-Bahar, Syeikh Walid Idris al-Manisi, Syeikh Abdul Nur Zazuz al-Jazairi, Syeikh Muhammad Soleh al-Farfur dan beberapa lagi. Sanad-sanad beliau kepada kitab-kitab rujukan hadis utama boleh dibaca dalam blog beliau; http://mutiara-sunnahnabi.blogspot.com/search/label/SANAD.

Kerjaya sunting

  • Beliau bergiat sepenuh masa di dalam bidang penulisan buku-buku ilmiah Islam dan telah menghasilkan lebih 100 buah buku yang diterbitkan. Buku-buku beliau diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd., Mustread Sdn. Bhd. dan Iman Firdausi Enterprise.
  • Ahli panel Syariah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis (sejak 2020).
  • Penyampai kuliah agama (Tafsir, Hadith dan Fiqh Islam) di masjid-masjid serta surau dalam Negeri Perlis. Mendapat tauliah mengajar dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis (sejak 2016).
  • Pernah berkhidmat sebagai Imam Masjid Nurus Salam, Behor Mentalon, Tambun Tulang, Arau, Perlis (2016-2018).
  • Pernah berkhidmat sebagai penasihat syari’ah Syarikat Perniagaan HPA Sdn. Bhd (2008-2011).

Buku-buku yang diterbitkan sunting

  1. Kenali Rasul Kita (terjemahan dan syarah bagi kitab Syamail Muhammadiyah, karya Imam at-Tirmizi) (Telaga Biru)[1]
  2. 101 Hadis Pengubatan Nabi (Telaga Biru).
  3. Israk dan Mikraj (Telaga Biru)
  4. 30 Hadis Sifat Wudhuk Nabi (Telaga Biru)
  5. Sifat Solat Nabi (Iman Firdausi Enterprise)
  6. Fiqh Muamalat Harta (Iman Firdausi)
  7. Asas-Asas Memahami Ilmu Faraid (Pustaka Darus Salam)
  8. Rahsia Kematian dan Alam Barzakh (Telaga Biru)
  9. Fiqh Ibadah Korban (Iman Firdausi)
  10. Solat-Solat Sunat (Mustread)
  11. Merawat Hati (Mustread)
  12. Ensiklopedia Peperangan Nabi SAW (Telaga Biru)
  13. Sifat Solat Nabi SAW (Iman Firdausi)
  14. 101 Nama-Nama Nabi Muhammad SAW (Telaga Biru)
  15. Panduan Amalan Harian (Iman Firdausi)
  16. Panduan Kesempurnaan Puasa (Iman Firdausi)
  17. Panduan Solat Jamak dan Qasar (Iman Firdausi)
  18. Panduan Haid, Nifas & Istihadhah (Iman Firdausi)
  19. Panduan Zikir Harian (Iman Firdausi)
  20. A-Z Soal Jawab Puasa, Qadha, Fidyah, Terawih & Zakat Fitrah (Telaga Biru)
  21. Fiqh Aqiqah dan Menyambut Kelahiran Bayi (Iman Firdausi)
  22. 70 Hadis Jihad, terjemahan karya Imam Ibnu Battah (Iman Firdausi)
  23. Panduan Ibadah Umrah dan Ziarah Madinah (Iman Firdausi)
  24. Pengubatan Warisan Nabi SAW (Wawasan Ummah)
  25. Intisari Iman dan Aqidah Islam (Wawasan Ummah)
  26. Negara Islam (Siyasah Enterprise)
  27. Soal Jawab MLM Syariah (HPA Industri Sdn Bhd)
  28. Pemisahan Politik dari Agama; suatu bid'ah (Siyasah Enterprise)
  29. Tauhid dan Syirik (Siyasah Enterprise)
  30. Wirid Harian dari Amalan-Amalan Rasulullah SAW (Maahad Imam Syafiie)
  31. Dosa Menurut al-Quran dan Hadis (Yusran Publising)
  32. Islam Liberal dan Pluralisme (MHI Publication)
  33. 35 Soal-Jawab Agama (Wawasan Ummah)
  34. Anak Kita Tanggungjawab Kita (Sri at-Taqwa)
  35. 60 Soal-Jawab Agama (Wawasan Ummah)
  36. Perniagaan Produk Halal (HPA Sdn Bhd)
  37. Takwa; rahsia kebahagiaan (Wawasan Ummah)
  38. Menyingkap Rahsia al-Fatihah (Wawasan Ummah)
  39. 40 Hadis Pengubatan Nabi SAW (Wawasan Ummah)
  40. KIsah Israk & Mikraj (Telaga Biru)
  41. Terjemahan Maqasid an-Nawawiyah (MATIN)
  42. Eksiklopedia Perang Rasulullah SAW (Telaga Biru)
  43. Nota Tadabbur Surah al-Kahfi (MATIN; 2019)
  44. 40 Hadis Imam al-Suyuti (Iman Firdausi)
  45. 40 Hadis Imam al-Nawawi (Iman Firdausi; 2019)
  46. Menyelami Rahsia al-Fatihah (Iman Firdausi; 2022)
  47. Nabi Muhammad SAW; sejarah bangsa, negeri, keturunan & kelahiran (Iman Firdausi; 2022)
  48. Intisari Kisah Israk dan Mikraj (Iman Firdausi; 2023)
  49. 114 Maqasid & 30 Pedoman Tuhan dari 30 Juzuk al-Quran (Iman Firdausi; 2023)
  50. Intisari Sirah Nabi SAW; dari Qasidah Imam Abil Izz al-Hanafi (Iman Firdausi; 2023)
  51. 40 Hadis Kaifiyat Solat Berjamaah (Iman Firdausi; 2023)
  52. 40 Hadis Perlaksanaan Ibadah Korban & Aqiqah (Iman Firdausi; 2023)

Rujukan sunting