Ahmad Ali Karim

penulis Malaysia

Ahmad Ali bin Haji A. Karim (Jawi: احمد علي بن حاج عبدالكريم) merupakan seorang penulis muda di Malaysia yang kerap menganalisa landskap politik tempatan dan membincangkan tentang hal-hal perundangan berkaitan Perlembagaan Malaysia. Setakat bulan Jun 2021, laman web beliau mempunyai lebih 1.6 juta pembaca.

Ahmad Ali Karim
Kelahiran (2003-02-13) 13 Februari 2003 (umur 21)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenulis
OrganisasiMuafakat Pendidikan Johor (duta rasmi)
Terkenal keranaMenulis tentang hal-hal isu semasa pada usia yang muda
Ibu bapaA. Karim Omar (bapa)
KeluargaWangsa Bendahara
Laman web rasmiahmadalikarim.com

Kehidupan peribadi sunting

Ali Karim berasal dari Kuala Terengganu dan merupakan anak bongsu kepada seorang pendakwah tempatan terkenal, A. Karim Omar. Beliau merupakan keturunan Tun Habib Abdul Majid daripada Wangsa Bendahara Johor, dan juga mempunyai keturunan Cina Peranakan. [1]

Beliau belajar sendiri di rumah dengan panduan ibunya[2], dan membesar dengan minat di dalam bidang undang-undang. Selain daripada pelajaran harian beliau juga mempelajari undang-undang negara, berguru dengan Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, selain beberapa lagi tokoh dalam bidang berkaitan[2].

Beliau mula menulis pada tahun 2008 di dalam laman blognya yang tersendiri, yang menjadi satu platform baginya untuk bersuara.

Pada tahun 2017 beliau mula memberi ucapan di sekolah-sekolah di negeri Johor, di dalam satu jelajah di seluruh negeri Johor bernama Jelajah Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Muafakat Pendidikan Johor (MPJ) dengan kerjasama kerajaan negeri[3].

Beliau juga dikatakan minat di dalam seni lukisan digital, dan pernah berberapa kali memenangi pertandingan melukis ilustrasi yang dikendali Microsoft[2].

Kerjaya sunting

Ali Karim mula menulis pada 28 Ogos 2008 pada usia 5 tahun di laman blognya[2]. Sejak berumur 9 tahun, dia mula mengupas isu-isu berkaitan dengan politik di Malaysia.

Penulisannya mendapat perhatian berberapa orang terkenal termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, yang menulis satu surat kepadanya pada 11 Januari 2017[4], menjawab penulisan Ali Karim tentang perjanjian diantara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia[5]. Berita Harian juga pernah membuat satu liputan khas mengenainya pada 5 Jun 2018[2].

Beliau dahulu menulis di dua buah portal online, Menara.my dan Tanjak.my[6], dan kini merupakan Duta rasmi bagi Muafakat Pendidikan Johor[7].

Pada 15 Julai 2019, Ali Karim telah dipilih sebagai salah seorang kolumnis tetap di portal berita Utusan Online, di mana beliau menulis tentang Perlembagaan Malaysia dan Raja-raja Melayu[7], sehingga tarikh penutupan Utusan iaitu pada 9 Oktober 2019.

Laporan polis terhadap Guan Eng sunting

Pada 23 November 2016, Ali Karim yang pada ketika itu berusia 13 tahun membuat satu laporan polis terhadap ketua menteri Pulau Pinang pada ketika itu, Lim Guan Eng tentang kenyataannya yang berbaur hasutan mengenai Rang Undang-undang pindaan Akta 355[8].

Perkara ini mendapat perhatian ramai pihak terutamanya ahli-ahli politik, terutamanya Guan Eng sendiri yang mengatakan bahawa laporan polis tersebut adalah laporan remeh dan tidak berasas[9][10]. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula memuji Ali Karim dan mempertahankannya, mengatakan bahawa Guan Eng seharusnya malu apabila seorang remaja berumur 13 tahun ini lebih memahami Perlembagaan negara[11][12][13]. Beliau turut tampil di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Dato' Paduka Dr. Ibrahim Ali mengunjungi rumahnya dan memberi sokongan terhadap beliau[14].

Rujukan sunting

  1. ^ Karim, Ahmad Ali (2019-09-10). "A Tribute to My Chinese Heritage". Ahmad Ali Karim's Weblog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-20.
  2. ^ a b c d e https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/434544/ahmad-ali-pilih-blog-kupas-isu-politik
  3. ^ https://ahmadalikarim.wordpress.com/2017/08/24/bicara-kemerdekaan-smktsmr-my-first-solo-talk/
  4. ^ https://ahmadalikarim.wordpress.com/2017/01/13/surat-balas-tun-m-tidak-menjawab-persoalan/
  5. ^ https://ahmadalikarim.wordpress.com/2017/01/02/perjanjian-dap-pkr-pan-ppbm-untuk-meminda-perkara-31/
  6. ^ https://www.youtube.com/watch?v=OG7mdFPtdqU
  7. ^ a b https://www.utusan.com.my/rencana/utama/undi-18-bersediakah-belia-menggalas-tanggungjawab-mengundi-1.937841 (arkib)
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-12. Dicapai pada 2019-08-12.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-12. Dicapai pada 2019-08-12.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-12. Dicapai pada 2019-08-12.
  11. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/01/17/asyraf-wajdi-puji-remaja-13-tahun
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-12. Dicapai pada 2019-08-12.
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-12. Dicapai pada 2019-08-12.
  14. ^ https://www.utusan.com.my/berita/politik/remaja-13-tahun-buat-laporan-polis-1.432544 (arkib)

Pautan luar sunting

  1. Ahmad Ali Karim Weblog - Laman web peribadi