Awie
YH Dato' Ahmad Azhar bin Othman, DIMP atau lebih dikenali sebagai Awie (lahir 24 November 1968) ialah salah seorang penyanyi rock dan pelakon terkenal Malaysia dan penyanyi utama Kumpulan Wings.
YH Dato' Awie | |
---|---|
![]() Dato' Awie beraksi di pentas pada 2007. | |
Kelahiran | Ahmad Azhar bin Othman 24 November 1968 |
Nama lain | Husin, Tok Wie |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak |
Tahun aktif | 1985–kini |
Kampung asal | Datuk Keramat, Selangor |
Pangkat | Raja Rock Malaysia |
Pasangan | Arni Nazira Anuar (k. 1998; c. 2006) Rozana Misbun (k. 2006; c. 2014) Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin (k. 2016) |
Anak | 5 (dua dengan Arni Nazira, tiga lagi dengan Rozana) |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Wings, Dragon Malaya, Ella, Ziana Zain, Erra Fazira, Kristal, M.Nasir |
Dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur (Selangor), kerjaya muzik Awie sebagai artis lahir pada tahun 1987 bersama kumpulan Wings dengan muncul album pertama berjudul Belenggu Irama. Ketika popular bersama Wings, beliau memperkembangkan bakatnya yang semula jadi dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Pemburu Bayang pada tahun 1993. Awie kemudiannya mengambil langkah untuk meninggalkan Wings dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada 1993 apabila beliau melancarkan album solo eponim pertamanya pada 1994 dan telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan album tersebut sebagai pemegang rekod penjualan album tertinggi bagi artis solo lelaki di Malaysia sehingga kini, yang sebelum itu diungguli oleh Saleem (Iklim) menerusi album solo pertamanya yang berjudul Gabungan Dua Insan Seni - Saleem & Wan Zul yang mempertaruhkan single popular "Aduhai! Seribu Kali Sayang" pada tahun 1993 yang terjual sebanyak 80,000 unit.
Sepanjang kerjaya solonya, beliau telah menghasilkan lima album solo tidak termasuk album kompilasi, langsung dan lain-lain. Selain itu juga, Awie pernah menyertai kumpulan Search pada tahun 1998 dan muncul satu album bertajuk Bikin Wilayah setelah Amy meninggalkan kumpulannya itu dan seterusnya menubuhkan kumpulannya tersendiri yang diberi nama Dragon Malaya pada tahun 2000. Sehingga kini Dragon Malaya masih aktif dalam beberapa untuk konsert sahaja. Pada 2001, beliau kembali bersama kumpulan Wings yang kekal sehingga kini. Awie masih mengekalkan kerjaya sebagai pelakon filem. Antara filem terkenal beliau termasuk Baik Punya Cilok (2005), Sumolah (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Selain itu, Awie juga ialah seorang pengacara program realiti TV seperti Tunggu Sekejap, juri Maharaja Lawak 2012 dan banyak lagi.
KerjayaSunting
Penglibatan awalSunting
Pada usia 17 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.[perlu rujukan]
Wings dan penyertaan semulaSunting
Pada Tahun 1985, Awie memulakan kerjaya muziknya sebagai artis dengan menubuhkan kumpulan Wings sebagai penyanyi di Kuala Lumpur[1]. Mereka memulakan debutnya dengan album Belenggu Irama pada tahun 1987. Album berikutnya, Hukum Karma menampilkan lagu "Misteri Mimpi Syakilla" (yang dikarang oleh J.S. Kevin) dan "Taman Rashidah Utama" (ditulis oleh penerbit Bob Lokman). Pelbagai album studio seterusnya diikuti dengan album Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka termasuk gandingan bersama kumpulan Search yang tampil dengan album berjudul Double Trouble. Sejumlah hits Wings dikarang oleh penyanyi-penulis lagu M. Nasir dan Loloq.[perlu rujukan]
Awie meninggalkan kugiran itu pada tahun 1993 selepas melaporkan perselisihan dengan anggota Wings yang lain, dan mengejar kerjaya sebagai artis solo dan pelakon. Selain kumpulan asalnya Wings, Awie telah menggantikan seketika tempat Amy Search sebagai penyanyi kumpulan Search dengan muncul satu album berjudul Bikin Wilayah dan seterusnya beliau menubuhkan kumpulan tersendirinya yang dinamakan Dragon Malaya pada tahun 2000. Awie kembali menyertai Wings pada penghujung tahun 2000 selepas respon penggemar suam untuk penggantinya Mus (dahulunya daripada May) dan Mel (penyanyi kelab). Kugiran ini masih aktif.[penjelasan lanjut diperlukan] Penampilan dan rakaman konsert baru-baru ini[bila?] termasuk Wings Alive 2006 dan Wings Live In KL 1991.[perlu rujukan]
Kerjaya soloSunting
Selepas Awie meninggalkan Wings pada tahun 1994, Awie telah merakamkan lima album sebagai artis solo.[perlu rujukan]
Kerjaya filemSunting
Awie memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1993 dengan filem Pemburu Bayang ketika masih bersama Wings. Filem lain setelah keluar dari Wings, Awie berjaya diikuti dengan filem-filem lain, yang lebih menonjol seperti Sembilu 2 dan Bara. Baru-baru ini[bila?] Awie menumpukan perhatian kepada peranan komedi.[2] Sehingga kini Awie masih mengekalkan kerjayanya sebagai pelakon watak hero.
Kehidupan peribadiSunting
Perkahwinan pertama Awie adalah dengan Arni Nazira Anuar, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha (lahir pada 12 September 2000) dan Putri Aleefa Antasha (lahir pada 11 November 2002). Tetapi pada 17 September 2006, Arni telah membuat tuntutan cerai selepas terbongkarnya perkahwinan kedua Awie yang dilangsungkan secara rahsia di Thailand. Isteri kedua Awie ialah Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Pada 16 Oktober 2006, Awie dan Arni sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan Pahang di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.[perlu rujukan]
Bersama Rozana pula, Awie telah dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (lahir pada 5 April 2007), Putra Ahmad Rezzki (2008) dan Putri Qasseh Antasha (lahir pada 19 April 2010). Pada 1 November 2014, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun gugur selepas Rozana berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik daripada Pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand. [3]
Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.[4]
Darjah kebesaranSunting
Pada 6 Januari 2017, Awie telah dikurniakan Darjah Dato' Indera Mahkota Pahang[5] yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Ahmad Shah. Kini, beliau digelar sebagai Dato' Ahmad Azhar bin Othman atau Dato' Awie.[perlu rujukan]
DiskografiSunting
Album solo studioSunting
Tahun | Tajuk | Jualan |
---|---|---|
1994 | Awie
|
Melebihi 220,000 unit |
1996 | O-Tak
|
150, 000 unit |
1998 | Satu
|
50, 000unit |
2000 | Rentap
|
25, 000 unit |
2005 | Santai
|
Album sebagai penyanyi WingsSunting
- Belenggu Irama (1987)
- Hukum Karma (1988)
- Teori Domino (1990)
- Jerangkung Dalam Almari (1991)
- Bazooka Penaka (1993)
- Naga Kramat (2002)
- Menakluk Kosmos (2014)
Album bersama SearchSunting
- Double Trouble (1992)
Album sebagai penyanyi SearchSunting
- Bikin Wilayah (1998)
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1993 | Pemburu Bayang | Dirinya sendiri | Filem pertama |
1994 | Sembilu | ||
1995 | Sembilu II | ||
1996 | Tragedi Oktober | ||
Merah | Merah | ||
1998 | Maria Mariana II | Sazali | |
Nafas Cinta | Amir | ||
1999 | Bara | Amri | |
2001 | Getaran | Dirinya sendiri | |
2003 | Iskandar | Karl Iskandar | |
2005 | Sembilu 2005 | Zambri | Pelakon undangan |
Baik Punya Cilok | Bob KP | ||
2006 | Diva Popular | Faizal | |
2007 | Zombi Kampung Pisang | Husin | |
Sumolah | Haris | ||
2008 | Cuci | Jojo | |
Duyung | Kordi | ||
Cinta U-Turn | Faiz | ||
Apa Kata Hati? | Sophi | ||
Antoofighter: Amukan Drakulat! | Drakulat Van Listerooy | ||
2010 | Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! | Aziz Al-Biruni | |
Kapoww | Astromen Wau | ||
Hantu Kak Limah Balik Rumah | Husin | ||
2012 | Baik Giler | Kimie | |
Berani Punya Budak | John | ||
Leftwings | Dirinya sendiri (Wings) | Penampilan khas | |
2013 | Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Husin | |
Bikers Kental | Eddie Cuardo | ||
Lemak Kampung Santan | Abu | ||
2014 | Zombie Kilang Biskut | Husin | |
Ribbit | Kulup | Alih suara BM | |
Dollah Superstar | Dollah | ||
2016 | Warna Cinta Impian | Dirinya sendiri | |
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | |||
2017 | Lebuhraya Ke Neraka | Bob | |
2018 | Hantu Kak Limah | Husin | |
Operasi X | Belut | ||
2019 | Bikers Kental 2 | Eddie Cuardo | |
2020 | Rock 4: Rockers Never Dai | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
2021 | 10 Tips Tipu Bini | Brother Love | Juga sebagai penerbit |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2000 | Spanar Jaya | Dirinya sendiri | ntv7 | Episod: "Takkan Kot... Awie" |
2006–2007 | Awie Records | Astro Ria | ||
2018 | Mak Cun (Musim 4) | Rock | TV3 | Slot Dahlia |
Ammar & Opie | Tok Wie | Slot Zehra | ||
2020 | Kampong Pisang Bersiri-siri | Husin | Astro Citra |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Buta Warna | Amri | Astro Ria |
2013 | Malaikat Di Pintu | Zai | TV3 |
2014 | Takhta 3 Ratu | Astro First Eksklusif | |
2015 | Aku Benci Raya | Amir | Astro Ria |
2016 | Dari Kerana Mata | Ramzi | HyppTV |
2017 | Kalut Nak Raya | Bobby | Astro Warna |
2018 | Studio Awie | Dirinya sendiri | TV3 |
Berani Jadi Papa | Sani Joned | Astro First Eksklusif |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2009 | Cuci The Musical | Jojo |
2011 | Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal | Lat |
2012 | Cuci The Musical Last Kopek | Jojo |
2014 | Teaterikal Suara Kita | |
Supermokh Sebuah Muzikal | Mokhtar Dahari | |
Takhta 3 Ratu | ||
2015 | Baik Punya Cilok | Bob KP |
2018 | Baik Punya Consert 4D |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2004 | Akademi Fantasia (musim 2) | Juri jemputan | Astro Ria |
2012 | Maharaja Lawak Mega 2012 | Juri tetap | Astro Warna |
2013 | Tunggu Sekejap | Pengacara | TV3 |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Artis jemputan | Astro Warna | |
2015 | Juara Parodi | Juri jemputan | |
2016 | Ceria Popstar | Juri tetap | Astro Ceria |
3 Juara | Juri tetap | TV3 | |
Joras & Star | Artis jemputan | Astro Warna | |
2017 | Rockanova 2017 | Juri tetap | Astro Prima |
AF Megastar | Juri jemputan | Astro Ria | |
2018 | MeleTOP | Pengacara jemputan bersama Erra Fazira | |
2019 | Muzikal Lawak Superstar | Juri tetap | Astro Warna |
Maharaja Lawak Mega 2019 | Juri jemputan | ||
2020 | Rumah No. 107 | Artis jemputan | |
Gegar Vaganza Musim Ketujuh | Juri jemputan | Astro Ria | |
Muzikal Lawak Superstar 2 | Juri tetap | Astro Warna |
Anugerah dan pencalonanSunting
AJL 1995: Pencalonan lagu Di Bayang Awan
AJL 1997: Pencalonan lagu Senja Nan Merah (duet bersama Ziana Zain)
ABPBH 1994: Pelakon Filem Lelaki Popular
ABPBH 1995: Pelakon Filem Lelaki Popular dan Penghibur TV Lelaki Popular
ABPBH 1996: Pelakon Filem Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular
ABPBH 1997/1998: Penyanyi Lelaki Popular
ABPBH 2000: Pencalonan Penyanyi Lelaki Popular
AIM 1996: Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) (album Awie Live Unplugged)
AIM 1997: Pencalonan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) (album O-tak)
AIM 2006: Album Pop Rock Terbaik (album Santai)
Anugerah Era 2001: Pencalonan kategori Vokal Lelaki Pilihan, Lagu Rock Pilihan (Baldu Biru - duet bersama Ella)
Anugerah Era 2006: Pencalonan kategori Lagu Rock Pilihan
APM 2001: Pencalonan kategori Artis Lelaki Serantau Paling Popular
APM 2007: Pencalonan kategori Artis Lelaki Paling Popular
- Darjah Kebesaran
Darjah Indera Mahkota Pahang membawa gelaran 'Dato'
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon Filem Lelaki Popular | N/A | Tercalon |
Profil vokalSunting
- Jenis suara : dramatic tenor
- Nota Rendah : B2
- Nota Tinggi : C#5
- Julat Suara : (2 octaves, 4 notes and a semitone) oktaf
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Cici the Musical Cast List". Diarkib daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 18 February 2012. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Lohan, N. Rama. "To the tune of Lat: Awie in the spotlight". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 12 March 2011. Dicapai pada 18 February 2012. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/06/03/awie-rozana-cerai/
- ^ http://www.bharian.com.my/node/199762
- ^ Awie dapat gelaran Dato'