Ahmad Bakhtiar (1902-4 Ogos 1961), penulis lebih 60 buah buku pelbagai jenis . Dia lahir pada 2 Januari 1902 di Kajang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Abdullah. [1]

PendidikanSunting

Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semenyih dan kemudiannya memasuki Sekolah Melayu Kajang. Setelah menamatkan persekolahannya di Kajang, dia berkhidmat di Pejabat Daerah Kajang. Tahun 1919, belajar di Maktab Perguruan Melaka.

KerjayaSunting

Mulanya bekerja di Pejabat Daerah Kajang . Setelah menerima latihan perguruan, dia mengajar di Sekolah Melayu Jenderam, Selangor.1923 menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim. Pengetua SITC , O.T Dussek menghantar beliau ke Singapura untuk belajar sukan dengan J.W Jeffeson. Pada 1954, setelah berkhidmat sebagai guru dan guru besar, beliau bersara.

PenulisanSunting

Menurut cikgu Buyong Adil, nama samaran Ahmad Baktiar diambil dari dari Hikayat Bakhtiar yang diminatinya. Lebih kurang 60 novel dihasilkan terutama genre novel sejarah. Buyong Adil banyak memberi dorongan, idea dan bimbingan kepadanya dan menjadikan Sejarah Melayu sebagai sumber rujukan.

  1. Bujang Seumur Hidup
  2. Rahsia Seorang Gadis (1936)
  3. Tanjung Mala Setahun (1936)
  4. Keris Melaka
  5. Korban Keris Melaka
  6. Riwayat Hang Tuah di Air Masin
  7. Rahsia Keris Putih
  8. Puteri Gunung Ledang (1947)
  9. Lelehan Air Mata Dayang
  10. Kerana ilmu Pelimun
  11. Siapakah dapat
  12. Puteri Pertiwi
  13. Hujan Darah di Sungai Muar
  14. Rahsia Permainan Silap Mata
  15. Semalam Baru Bertunang.<ref>Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, DBP,hlm 161<ref>

RujukanSunting