Buka menu utama

Wikipedia β

Ahmad Bashah Md Hanipah

Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (lahir 10 Oktober 1950) ialah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bakar Bata dan bekas Menteri Besar Kedah yang ke-12.

Yang Berbahagia Dato' Seri Diraja Ustaz
Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Menteri Besar Kedah ke-12
Dalam jawatan
4 Februari 2016 – 10 Mei 2018
Raja Sultan Sallehuddin Badlishah (2017-kini)
Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (2016-2017)
Didahului oleh Mukhriz Mahathir
Digantikan oleh Mukhriz Mahathir
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
15 Mei 2013 – 4 Februari 2016
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Suka Menanti
Dalam jawatan
2004 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Konstituensi ditubuhkan
Digantikan oleh Zamri Yusuf
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Alor Merah
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului oleh Azizan Taib
Digantikan oleh Konstituensi dimansuhkan
Butiran peribadi
Lahir (1950-10-10) 10 Oktober 1950 (umur 67)
Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Datin Seri Hizam Awang Ahmad
Alma mater Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam UM (]])
Pekerjaan Ahli politik

Beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid, dan dibantu Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan. Ahmad Bashah juga diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi PRU13.[1] Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar.

Ahmad Bashah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah setelah pendahulunya Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan pada 4 Februari 2016.

Isi kandungan

Rombakan UMNO KedahSunting

Pada 20 Februari 2011, rombakan UMNO Kedah dilakukan bagi memberi sentuhan baru memperkuatkan parti itu. Ada 15 Bahagian UMNO di Kedah. Rombakan itu melibatkan Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri Umno Kedah); Jalinan Rakyat Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Umno Kedah);Poster/Gerak Kempen Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda Umno Kedah); Daftar Pemilih Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik); Pengundi Luar Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena); Agensi dan NGO Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap); Sistem Blog Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi); Kursus dan Latihan Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani); Pembangunan Datuk Mohd Johari Baharom (Ketua Bahagian Kubang Pasu); Kebajikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Ketua Bahagian Baling); Keselamatan Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai); Polling/Counting Agent Datuk Md Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang); Pengangkutan Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok); Makanan Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai) ; Barong/Pondok Panas Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun); Isu/Risikan Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah); Tugas-tugas Khas Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu).[2]

Penglibatan politikSunting

  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
  • SetiausahaBadan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
  • Bendahari Barisan Nasional (1994 hingga 1997).
  • Ketua UMNO Bahagian Alor Setar (1995 hingga sekarang).
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar (1993 hingga 1995).
  • Bendahari UMNO Negeri Kedah (1994 hingga 1997).
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri (1990 hingga 1993).
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar (1984 hingga 1993).
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Merah (1995 hingga 2004).
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, EXCO Perumahan & Kerajaan Tempatan (1999 hingga 2008).
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata (2004 - sekarang).

Pilihan rayaSunting

Beliau menang pilihan raya sejak 1999, 2004, 2008 dan 2013. Pada PRU ke-13 beliau memenangi DUN Bakar Bata dengan menewaskan Mohd Eekmal Ahmad dari PKR dan calon bebas dengan majoriti 895. Nama lama Bakar Bata ialah Alor Merah. Tahun 1999, beliau menang pilihan raya dengan majoriti 2,922 undi.

Pada Pilihan raya 2004, Ahmad Bashah yang mewakili BN mendapat 11,091 undi. Sementara Dr. Ismail Salleh (PAS) mendapat 5,054 undi sahaja. Majoriti undi 6,037 undi.

Dalam Pilihan raya 2008, beliau menang bertanding di kawasan DUN Bakar Bata, Sungai Petani, Kedahmdenganendapat 8,232 undi. Sementara Rohani Binti Bakar dari PKR hanya mendapat 7,874 undi.

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Kedah[3][4][5]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 N14 Alor Merah, P9 Alor Setar Ahmad Bashah Md Hanipah (UMNO) 9.558 69.10% Fadzil Ahmad (PAS) 3,965 28.66% 13,833 5,593 71.14%
1999 Ahmad Bashah Md Hanipah (UMNO) 8,850 58.66% Fadzil Ahmad (PAS) 5,928 39.30% 15,086 2,922 71.77%
2004 N12 Bakar Bata, P9 Alor Setar. Ahmad Bashah Md Hanipah (UMNO) 11,091 67.89% Ismail Salleh (PAS) 5,054 30.94% 16,336 6,037 75.72%
2008 Rohani Bakar (PKR) 7,874 48.01% Ahmad Bashah Md Hanipah (UMNO) 8,232 51.21% 16,395 358 72.24%
2013 Ahmad Bashah Md Hanipah (UMNO) 11,999 50.72% Mohd Eekmal Ahmad (PKR) 11,104 46.94% 23,658 895 84.30%
Jawahar Raja Abdul Wahid (MUPP) 192 0.81%

Aktiviti sosial dan kemasyarakatan

  • Ahli Lembaga Pengarah MADA (1991 hingga 1995).
  • Ahli Majlis Perbandaran Kota Setar (1988 hingga 1994).
  • Presiden Persatuan Menembak Kedah
  • Penaung Persatuan Bangsawan Kedah
  • Timbalan Pengerusi , Belia 4B Alor Setar
  • Ahli Jawatankuasa Belia 4B Kedah
  • Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah

PingatSunting

Sebagai mengiktiraf sumbangan beliau, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian(1985), Pingat Pangkuan Negara(1986), Bintang Kebaktian Masyarakat(1990), Ahli Mahkota Kedah(1994), Setia DiRaja Kedah(1996), Kesatria Mangku Negara(1997).[6][7]

Maklumat amSunting

Beliau menetap di Taman Rakyat Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah.

RujukanSunting

  1. ^ ADUN Kuala Nerang Belum Bertemu Pengerusi Umno Bincang Masalah Muflis
  2. ^ Umno Kedah rombak struktur tadbiran
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai 4 February 2017.  Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  5. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 
  6. ^ http://www.mykedah2.com/e_20hall_fame/e206_8.htm
  7. ^ http://www.mykedah2.com/e_20hall_fame/e206_8.htm