Ahmad Dusuki Abdul Rani

pendakwah Malaysia

Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani (lahir 7 Februari 1976) adalah seorang pendakwah, penceramah agama dan pengasas Yayasan An -Nabawi iaitu satu Badan menguruskan Pendidikan, Dakwah dan Kebajikan sesama Muslim tanpa sempadan.

Ustaz

Ahmad Dusuki Abdul Rani
Ikon Dakwah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Memegang jawatan
2020
Butiran peribadi
LahirAhmad Dusuki bin Abdul Rani
7 Februari 1976
Jerantut, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
HubunganNik Abdul Aziz Nik Mat (bapa saudara)
PendidikanUniversiti Al-Azhar (B.A. Syariah & Undang-undang)
PekerjaanPenceramah motivasi
Laman web rasmihttps://yayasanannabawi.com/

Latar belakang dan keluarga sunting

Ahmad Dusuki dilahirkan di Jerantut, Pahang. Ibunya bernama Nik Khadijah Nik Mat, yang merupakan adik kepada Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan. Beliau mempunyai pertalian sepupu dengan beberapa pemimpin PAS iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS; Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz, dan Nik Muhammad Zawawi Salleh.[1]

Pendidikan sunting

Beliau mula mendapat pendidikan awal rendah di Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang dan sekolah menengah di Maahad Darul Anuar Kota Bharu dan Maahad Muhamaadi Lelaki Kota Bharu. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah dan Undang-undang syukbah Islamiah pada 1995 hingga 1999.[2]

Kerjaya sunting

Sebelum melanjutkan pengajian di Mesir, beliau pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Taman Midah Cheras (1994-1995) dan Sekolah Menengah Agama Batu 10 Cheras (1995). Sekembalinya dari Mesir, beliau bertugas sebagai pensyarah di Kolej Sistematik (2000-2004). Belau sering dijemput menjadi penceramah radio Selangor FM bagi rancangan Suara Mimbar (2001), dan radio Nasional FM rancangan Dinamik, Fiqhul Sirrah (2002). Beliau juga menjadi tenaga pengajar Persatuan Orang Pencen (POP) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor (2000 sehingga kini) selain mengajar di masjid-masjid, surau, dan jabatan-jabatan kerajaan serta swasta di negeri Selangor, Perak, Johor, Pahang, Kedah, Perlis dan kawasan sekitar.

Kemasyarakatan sunting

Ahmad Dusuki juga aktif dalam kegiatan badan bukan kerajaan (NGO) serta pernah membuka Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah di Kampung Johan Setia, Klang, Selangor. Beliau menjadi penasihat rumah tersebut dari tahun 2003 hingga 2011.

Selain itu, beliau juga mengendalikan Maahad Tahfiz Al-Azhari di Kampung Pangkal Chuit, Machang, Kelantan; Sekolah Tahfiz Annabawi untuk pelajar perempuan di Kampung Durian Bulat, Pulau Langkawi dan sekolah tahfiz untuk pelajar lelaki di Kampung Ewa, Pulau Langkawi yang akan beroperasi pada Jun 2015.

Beliau juga membantu umat Islam di Yala, Thailand dengan membina maahad tahfiz untuk anak yatim yang kehilangan bapa akibat pertumpahan darah dalam keganasan di negara berkenaan. Dia juga aktif sebagai ahli jawatankuasa dalam Muslim Care yang antara aktiviti badan berkenaan ialah membeli bangunan untuk dijadikan masjid di Poland.[3]

Perubatan dan Rawatan Islam sunting

Beliau hanya mengamalkan ilmu sebagai perawat apabila adik bongsu isterinya diuji dengan sihir pada tahun 2002. Kini, dia adalah Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) hingga ke hari ini.

Pada tahun 2012, dengan bantuan daripada wakaf orang ramai, beliau membeli sebuah rumah pada harga RM2 juta di Seksyen 8, Shah Alam yang kini dikenali sebagai Kompleks Darul Thibbun Nabawi. Kompleks itu menempatkan sekolah tahfiz yang memuatkan 150 pelajar serta pusat rawatan Islam yang menyediakan perkhidmatan secara percuma bagi mengelak orang ramai terbabit dalam kegiatan syirik.[3]

Pengiktirafan sunting

  • Tokoh Pendakwah sempena Hari Anak Muda Kelantan - 15 Februari 2019[4]

Ahmad Dusuki disifatkan sebagai penderhaka Sultan Selangor sunting

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilapor memaklumkan,tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada aktivis politik di Selangor ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2023.

Perkara itu diputuskan MAIS yang menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.

Abdul Aziz berkata, mengajar agama Islam tanpa tauliah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Kalah Saman sunting

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini memerintahkan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd. Rani membayar RM10,000 kepada Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Mohd. Zulhazmi Hassan atau Jeming selepas rayuannya ditolak berkait isu aset Tabung Haji (TH) yang didakwa dijual kepada bukan Islam.

Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa video Jeming  bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Roslan turut mendapati bahawa kenyataan Dusuki itu boleh memberikan kesan negatif kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 30 Ogos 2022 lalu dengan menolak tuntutan Ahmad Dusuki dan kos sebanyak RM10,000. dikekalkan.

Penulisan sunting

  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2019). Fal Yafrahu: Maka Bergembiralah. Karya Bestari. ISBN 9789678609296.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (Oktober 2019). Syurga, Ganjaran Terindah. Galeri Ilmu. ISBN 9789830978536.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (Jun 2019). Terhumban Ke Kawah Neraka. Galeri Ilmu. ISBN 9789830978192.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2018). Mau'Izhah Hasanah #4: Talian Hayat Di Barzakh. Galeri Ilmu. ISBN 9789830977133.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (April 2018). Komik Daurah – Alam Barzakh. Telaga Biru Sdn Bhd. ISBN 978-967-388-378-3.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2017). Tour De Jannah 2.0 : Berlari Ke Syurga. Galeri Ilmu. ISBN 9789830976365.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2017). Mau'izhah Hasanah #3: Khabar Dari Barzakh. Galeri Ilmu. ISBN 9789830976693.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (Februari 2017). Nota Ajal Seorang Mukmin. Karya Bestari. ISBN 9789678607728.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (Januari 2017). Mau'izhah Hasanah #2: Teman Di Barzakh. Galeri Ilmu. ISBN 9789830976242.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani; Mohd Khairi Ismail; Nik Ahmad Shafie Raja Daud (Mei 2017). Duhai Hati, Berbahagialah!. PTS Publications. ISBN 9789674810429.
  • Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ahmad Dusuki Abd Rani; Syed Norhisham Tuan Padang; Harryanto Rizal Rokman; Imam Muda Hafiz (Januari 2017). Nurulhuda (penyunting). Bila Ustaz Dah Payung. Karya Bestari.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2016). Mau'izhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh. Galeri Ilmu. ISBN 9789830976105.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2016). Tour De Jannah. Galeri Ilmu. ISBN 9789830975887.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani; Syed Abdul Kadir Aljoofre (2016). #DEEP: 100 Status Sebelum Mati. Nur El-Hikmah. ISBN 9789671337721.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2015). Mohonlah Redha Ilahi. Karya Bestari. ISBN 9789678606325.

Keputusan Pilihan Raya sunting

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2018 Kota Anggerik, Selangor Dusuki Abdul Rani PAS 9,943 Najwan Halimi PH (PKR) 26,947 45,814 17,004
Jumaeah Masdi BN (UMNO) 8,924

Rujukan sunting

  1. ^ Alyaa Alhadjri (1 May 2018). "'Ahli keluarga Nik Aziz lain tetap bersama PAS'". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Julai 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Diarkibkan 2020-02-17 di Wayback Machine Telaga Biru
  3. ^ a b Mohd Zin Ali (27 Mei 2015). "Berniaga di pasar malam untuk beli basikal". Berita Harian. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Ustaz Ahmad Dusuki dianugerah Tokoh Pendakwah". Harakahdaily. 16 Februari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting