Buka menu utama

Ahmad Faizal Azumu

Menteri Besar Perak - 12

YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu (lahir 10 Jun 1970) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau merupakan Pengerusi Pakatan Harapan negeri Perak.Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-12 selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan negeri Perak.[2] Beliau adalah anak kepada Allahyarham Dato' Haji Azumu bin Haji Tak, seorang veteran UMNO.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri[1]
Ahmad Faizal Dato' Azumu
SPMP (Perak); AP; ADUN
Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu.jpg
Menteri Besar Perak ke-12
Memegang jawatan
12 Mei 2018
RajaSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Didahului olehDr. Zambry Abdul Kadir
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P063 Tambun, Perak
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehAhmad Husni Hanadzlah (BN-UMNO)
Majoriti38,661
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
untuk N47 Chenderiang
Memegang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehMah Hang Soon (BN-MCA)
Majoriti7,662
Butiran peribadi
Lahir (1970-06-10) 10 Jun 1970 (umur 49)
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO (sehingga 2016)
Pakatan Harapan Logo.svg Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.png PH-PPBM (2017-kini)
PasanganDatin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato' Mohammed Radzi
BapaDato' Haji Azumu bin Tak
KediamanKediaman Menteri Besar, Jalan Raja Di-Hilir, Ipoh
PendidikanSPM
Alma materMalaysia Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Perak, Malaysia
PekerjaanAhli perniagaan
Ahli politik
AnugerahSenarai
Laman sesawangAhmad Faizal Azumu di Facebook

PendidikanSunting

Ahmad Faizal pernah mendapat pendidikan dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Perth, Australia namun gagal menamatkan pengajian. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue dan Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Ipoh, Perak.[3]

KerjayaSunting

Menteri Besar PerakSunting

Pada 12 Mei 2018, Ahmad Faizal Azumu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri. Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

PolitikSunting

Dalam tahun 2011 hingga 2013, Ahmad Faizal memulakan kerjaya politiknya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dari tahun 2013 hingga 2016, Ahmad Faizal menjadi Pegawai Kanan Khas kepada Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir. Dalam tahun 2016, Ahmad Faizal menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat. Selepas keluar dari UMNO, Ahmad Faizal menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi negeri Perak dalam tahun 2017.[4]

Pilihan Raya Umum 14 (PRU14)Sunting

Dalam PRU-14, Ahmad Faizal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choong Shin Heng dan calon PAS, Nordin Hassan dengan majoriti 39 undi.

Di peringkat Parlimen pula, Ahmad Faizal menang di kawasan Parlimen Tambun menewaskan calon BN , Ahmad Husni Hanadzlah dan calon PAS, Ibrahim Zakaria dengan majoriti 5,320 undi.

AnugerahSunting

  •   Perak
    •   - Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) - Dato' Seri (2018)

RujukanSunting

  1. ^ MB Perak ketuai senarai penerima darjah
  2. ^ Idris, Syed Hashim (12 Mei 2018). "Ahmad Faizal angkat sumpah MB Perak". Utusan Online. Utusan Malaysia. Dicapai 5 Julai 2018. Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak 
  3. ^ "Ahmad Faizal ganti Zambry". myMetro. Harian Metro. 12 Mei 2018. Dicapai 5 Julai 2018. 
  4. ^ "Perlantikan YAB Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak Ke-12 : 12 Mei 2018". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak. SUK Perak. Dicapai 5 Julai 2018. 

Pautan luarSunting

  • Biodata YAB Menteri Besar Perak [1]