Ahmad Ghazi Abdul Hamid

Datuk Ahmad Ghazi Abdul Hamid merupakan bekas Presiden Persatuan Koperasi Malaysia Bhd dan bekas Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia (Kini bertukar nama ke Institut Koperasi Malaysia)

Kerjaya sebagai Guru dari tahun 1966 hingga ke 1974 di pelbagai sekolah di Kedah, Perlis dan Selangor.

Menjadi pensyarah Institut Teknologi Mara (ITM) pada tahun 1975 - 1978

Kemudian menjadi perunding di MIDF pada tahun 1979.

Kemudian dilantik sebagai Pengarah Maktab Kerjasama Malaysia (1980-1993).

Sebelum bersara beliau bertugas di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum bersara pada tahun 1994

Selepas bersara dari kerajaan beliau telah menjadi Pengerusi di syarikat swasta Safety Driving Centre (Sel) Sdn Bhd yang menjalankan perkhidmatan Akademi Memandu di Petaling Jaya.

Pendidikan & Keluarga sunting

Membesar di rumah keluarganya di 108 Jalan Langgar, Alor Setar. Adalah anak ke 7 dari 10 adik beradik.

Mendapat Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar (1951 - 1963)

Melanjutkan pelajaran di Malay Teachers College di Pulau Pinang. (1964 - 1965)

Datuk Ahmad Ghazi lulusan sarjana sastera dari University of Ohio, Amerika Syarikat.

Beliau merupakan adik kepada Datuk Zakiah Hanum, abang kepada Datuk Munirah Abdul Hamid, bapa saudara kepada Khairy Jamaluddin dan bapa mertua kepada Dato' Ahmad Fuaad Kenali

Isterinya Datin Hasmah Abdul Hamid dan dikurniakan empat orang anak iaitu Anisah, Aidi, Adli dan Adilah.

Penglibatan dalam Koperasi & Persatuan sunting

Merupakan pengasas dan pengerusi pertama Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia (Kini bertukar kepada Koperasi Kakitangan Maktab Koperasi Malaysia) pada 16 Mei 1987.

Pada ketika itu beliau bekhidmat sebagai Pengarah MKM . Matlamat penubuhannya untuk meningkatkan sosioekonomi dan kebajikan anggotanya selaras dengan prinsip-prinsip koperasi.

Naib Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Petaling Berhad

Naib Pengerusi Kesatuan Koperasi Midlands Berhad. (MIDLANDS)

Naib Pengerusi Kesatuan Koperasi Malaysia (CUM)

Naib Pengerusi Persatuan Sultan Abdul Hamid College Association (SAHOCA)

Meninggal dunia sunting

Pada 11 Julai 2010, beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan jantung pada usia 67 tahun.

Jenazah dibawa ke rumah kakak Ahmad Ghazi, Datuk Rahmah Abdul Hamid di 36, Jalan Setia Bistari, Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.[1]

Rujukan sunting