Buka menu utama

Ahmad Hazwan bin Bakri (Lahir 19 Jun 1991[1]) adalah pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain sebagai pemain sayap atau penyerang untuk Johor Darul Ta'zim.

Ahmad Hazwan
Maklumat peribadi
Nama penuhAhmad Hazwan bin Bakri
Tarikh lahir (1991-06-19) 19 Jun 1991 (umur 28)
Tempat lahirLabuan, Malaysia
Ketinggian1.79 m (5 ka 10+12 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniJohor Darul Ta'zim
Nombor9
Kerjaya remaja
2007-2008Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2009–2012Kuala Lumpur72(17)
2012–2013Harimau Muda A (pinjaman)32(21)
2014–2016Selangor46(37)
2017–Johor Darul Ta'zim34(4)
Pasukan kebangsaan
2011–2013Malaysia B-2328(25)
2012–Malaysia26(7)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 29 Julai 2018.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23 Mac 2018

Kerjaya antarabangsaSunting

Pada bulan Julai tahun 2011 Ahmad Hazwan Bakri telah dipanggil oleh jurulatih Ong Kim Swee untuk bermain bersama skuad Olimpik Malaysia bawah 23 tahun(Harimau Muda), dalam siri perlawanan persahabatan dan latihan menentang kelab-kelab dari Liga Slovakia untuk persiapan pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012. Beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan ketika menang ke atas kelab MFK Tatran Liptovsky Mikulas(2-1) dan MFK Dolny Kubin(2-0).

Ahmad Hazwan Bakri turut beraksi bersama skuad Olimpik Malaysia ketika perlawanan persahabatan dan latihan di Liga Australia pada Disember 2011 dan berhasil menjaringkan empat gol. Beliau menjaringkan dua gol ketika menentang kelab Sydney FC untuk memastikan kemenangan 3-0 untuk Malaysia. Dua gol lagi ketika membelasah kelab Central Coast Mariners 4-1.

Ketika penampilannya sewaktu perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain pada 5 Februari 2012 yang berkesudahan dengan Malaysia tewas 1-2, satu gol berjaya disumbangkan oleh beliau.

Pada 28 April 2012 Ahmad Hazwan Bakri membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Malaysia(Harimau Malaya) yang masuk sebagai pemain gantian 20 minit sebelum tamat permainan, menjaringkan hatrik menentang Sri Lanka dalam perlawanan persahabatan. Malaysia menang dengan keputusan 6-0.

RujukanSunting

  1. ^ "Ahmad Hazwan Bakri". soccerway.com. Dicapai 5 August 2011. 

Pautan luarSunting