Ahmad Husni Hussain

Datuk Ahmad Husni Hussain adalah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mulai 9 Julai 2012. Sebelum ini beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JPM.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa percaya pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki akan membolehkan beliau memimpin dan meneruskan agenda pembangunan kerajaan dalam menerajui kedua-dua agensi berkenaan dan seterusnya merealisasikan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan.

Pendidikan dan kerjaya sunting

Ahmad Husni memperoleh Ijazah Sarjana (Urban Planning) dari Universiti Michigan dan Ijazah Sarjana Muda (Bachelor of Science in Housing, Building and Planning) dari Universiti Sains Malaysia.

Ahmad Husni (53 tahun) bermula sebagai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) sejak 13 Januari 1986. Beliau banyak terlibat dalam bidang ekonomi dan perancangan pembangunan. Beliau pernah menjadi Pengarah Seksyen Inisiatif Pembiayaan Swasta di Unit Penswastaan dan Inisiatif Pembiayaan Swasta, JPM; Timbalan Pengarah Seksyen Penswastaan di Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM; dan Ketua Penolong Pengarah UPE.[1]

Rujukan sunting