Ahmad Idham
Dr. Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri, PhD (UUM) (lahir 1 Januari 1978) ataupun dikenali oleh sebagai Ahmad Idham ialah seorang pelakon, pengarah dan penerbit televisyen Malaysia, terkenal dengan peranan lakonan dan gaya pengarahan.[1] Beliau memulakan kerjaya lakonan selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan di Institut Teknologi Mara (ITM; kini Universiti Teknologi MARA).
Dr. Ahmad Idham | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Idham bin Ahmad Nadzri 1 Januari 1978 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penerbit |
Tahun aktif | 1994–kini |
Pasangan | Jameah 'Amy' Aziz (k. 1999) |
Anak-anak | 4 |
Keluarga |
|
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS | |
Dalam jawatan 5 Jun 2020 – 12 September 2021 | |
Digantikan oleh | Dr. Md Nasir Ibrahim |
Dalam jawatan 11 Mac 2019 – 10 Mac 2020 |
Pada September 2020, beliau berjaya menamatkan pengajian doktor falsafahnya di Universiti Utara Malaysia dan memperoleh kelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan. Beliau membuat tesis berkenaan tajuk ‘Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu.
Penampilan televisyen pertama beliau ialah Identiti yang bersiaran di TV3. Beliau paling dikenali dengan gandingannya bersama Haliza Misbun menerusi drama Cinderella yang mencipta fenomena tersendiri dalam sejarah televisyen di Malaysia. Beliau juga terkenal dengan peranan Iskandar dalam sitkom popular ntv7 Spanar Jaya. Sepanjang kerjayanya, Idham telah berlakon sebanyak puluhan drama dan mengarahkan lebih dari 40 filem. Adik-beradik beliau, Khalid Nadzri dan Abby Nadzri turut berkecimpung dalam bidang seni.
Antara filem-filem terkenal beliau ialah Mr. Cinderella (2002), Remp-It (2006), Tentang Bulan (2006), Jangan Pandang Belakang (2007), Syurga Cinta (2009), Adnan Semp-It (2010), Niyang Rapik (2010), Cuti-Cuti Cinta (2010), Senjakala (2010), Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), 8 Jam (2012), Lari (2013) dan Cinderella (2013). Idham menubuhkan syarikat penerbitannya, Excellent Pictures yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen dan filem, beliau juga merupakan perintis akademi filemnya yang diberi nama Akademi Filem Ahmad Idham (AIFA).
Kehidupan awalSunting
Ahmad Idham dilahirkan pada 1 Januari 1974 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Adik-beradiknya, Khalid, Azman dan Abby Nadzri juga berkecimpung dalam bidang seni, Khalid juga bergiat aktif sebagai pengarah drama manakala Azman pernah menjadi penyusun intisari rancangan TV Pendidikan, dan Abby mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara. Bapanya, Ahmad Nadzri yang merupakan seorang askar yang berkhidmat dalam pasukan tentera telah mendidik Idham dan adik-beradiknya semasa kecil.[2] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. John, Kuala Lumpur dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA (Dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA).[2] Ketika menuntut di UiTM, beliau bertemu dengan Azhar Sulaiman yang merupakan pelajar jurusan seni bina.[2]
KerjayaSunting
Idham menceburkan diri dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan dalam filem KLU yang dibintangi oleh Amy Mastura dan Azhar Sulaiman pada tahun 1994 ketika berusia 22 tahun. Beliau mendaftakan dirinya di Kuasatek Pictures yang dipelopori oleh penerbitnya, Mohd Noor Kadir. Idham membuat penampilan sulungnya di layar kaca menerusi drama Identiti yang bersiaran di TV3 ketika itu, yang mana beliau memegang watak kecil.[2] Sejak itu, beliau membintangi beberapa drama pada masa itu.
Rezeki berpihak kepada Idham apabila berlakon bersama Arni Nazira dalam drama Cinta Antara Benua; beliau menjayakan watak sebagai Wahid.[2] Beliau meraih pengiktirafan luar biasa menerusi gandngannya bersama Haliza Misbun dalam drama Cinderella yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 3 Ogos 1998.[3] Ia turut dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Amyza Aznan, Zizie Ezette, Abu Bakar Omar dan Azizah Mahzan. Idham menjadi bintang utama sitkom popular ntv7, Spanar Jaya; beliau memegang watak sebagai Iskandar, seorang mekanik motosikal di bengkel Spanar Jaya.[4]
Idham menubuhkan syarikat penerbitan Excellent Pictures pada 2002 yang mengkhususkan kepada penerbitan drama dan filem. Pada Mei 2014, beliau telah bernekad untuk keluar dari syarikat produksi yang ditubuhkannya bersama beberapa rakan perniagaan.[5] Beliau menubuhkan AIFA (Ahmad Idham Film Academy) terletak di Iskandar Puteri, Johor dan beroperasi secara kecil-kecilan dengan pengambilan beberapa pelajar sekitar Johor yang berminat dalam bidang penerbitan filem. Akademi ini dikatakan mampu melahirkan pengarah-pengarah yang berbakat besar.[6]
Idham kembali berlakon dengan memegang watak sebagai Borhan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[7]
Pada 11 Mac 2019, Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau menggantikan Shakib Ahmad Shakir yang menjadi pemangku.[8]
Kehidupan peribadiSunting
Beliau berkahwin dengan Jameah "Amy' Aziz pada 1999 dan mempunyai 4 anak. Anak sulungnya, Ahmad Firdaus memghidap penyakit autisme sejak lahir. Idham menubuhkan sebuah sekolah khas yang dinamakan sempena anaknya, dengan sistem pendidikan dan terapi bertaraf antarabangsa disediakan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Eden Firdaus Special Need Centre yang beroperasi di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.[9][10][11][12]
FilemografiSunting
FilemSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | |||||
1996 | Identiti | TV3 | |||||
1997 | Cinta Antara Benua | Wahid | |||||
1998 | Cinderella | Salman | |||||
1999 | Romeo & Juliet | Romi | |||||
1998–2005 | Spanar Jaya | Iskandar | ntv7 | Sitkom | |||
2003 | Mengejar Pelangi | Astro Prima | |||||
2005 | Aku, Dia & Capetown | — | TV3 | ||||
2006 | Kamasutra | Kamal | |||||
2007 | Kerana Cintaku Saerah | Pelakon undangan | |||||
2008 | Ezora | — | |||||
Impak Maksima the Series | Ridzwan | ||||||
2011 | Ustaz Amirul | — | |||||
2012 | Apa Celop! | — | |||||
Runtun Qalbu | — | ||||||
2016 | Married Tapi Benci | — | |||||
Tak Beli Tak Cinta | — | ||||||
2018 | Cinta Tiada Ganti | Borhan | Astro Prima | ||||
2019 | Spanar Jaya X | Iskandar | TV3 | Episod: "Ini Harta Mat Rock Yang Punya" | |||
Episod: "Stiletto Merah" |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | ||||
1997 | Dominan | TV3 | ||||
1999 | Minah Meenachi | |||||
2000 | Pak Jalal T.J | |||||
2003 | Che Mat | Iris | ||||
Tarantula | — | |||||
2008 | Rempit vs Impak Maksima | — | ||||
2009 | Lagu Kita | — | Astro Citra | |||
2 Jiwa 1 Hati | Doktor | TV3 | ||||
2010 | Talkin Terakhir | — | ||||
2012 | Apa Celop Raya | — | ||||
2013 | Abang Long vs Kak Yong | — | ||||
2018 | Ketupat Untuk Ariana | — | ||||
Genesis | ||||||
Rezeki Tanpa Alamat | — |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Maharaja Lawak | Juri tetap | Astro Warna |
2015 | Projek Komedi Warna | Juri tetap |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1998 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1997/98 | Artis Baru Popular | Menang |
1999 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999 | Pelakon TV Lelaki Popular | Menang |
2003 | Anugerah Skrin 2003 | Pengarah Terbaik (Telefilem) | Menang |
Festival Filem Malaysia ke-16 | Pengarah Harapan | Menang |
RujukanSunting
- ^ "Goodies on the tube". eCentral. The Star. 1 Okt 2008. Dicapai pada 24 Apr 2010.[pautan mati kekal]
- ^ a b c d e Aini Nawawi (23 Julai 2017). "Ahmad Idham terima berkarung surat peminat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2018.
- ^ Haliza dan Ahmad Idham dalam adegan drama Cinderella Diarkibkan 2018-07-03 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2010.
- ^ "Sitcom Spanar Jaya di NTV7". Utusan Malaysia. 12 Februari 1999. Dicapai pada 25 Mac 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Feride Hikmet Atak (16 Jun 2014). "Ahmad Idham tinggalkan Excellent Pictures tubuhkan akademi". mStar Online. Dicapai pada 3 Julai 2014. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Feride Hikmet Atak (9 April 2016). "Ada pihak ingat saya muflis: Ahmad Idham". Berita Harian. Dicapai pada 3 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (14 Mac 2019). "Ahmad Idham CEO baharu FINAS". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2019.
- ^ Nor Azlina Shaari (8 Mac 2016). "Eden Firdaus Special Need Centre, Sekolah OKU Ahmad Idham". Felda Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Mohd Al-Qayum Azizi (8 Mac 2016). "Ahmad Idham mahu buka sekolah OKU kanak-kanak". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Fiza Kamarudin (12 Mei 2017). "Ahmad Idham Mahu Jadikan Eden Firdaus Sebagai Hab Pendidikan Khas". Astro Gempak. Dicapai pada 18 September 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Mahu bikin karya khas untuk OKU". Sinar Harian. 9 November 2017. Dicapai pada 9 November 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Pautan luarSunting
Didahului oleh Shakib Ahmad Shakir (pemangku) |
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional sejak 11 Mac 2019 |
Diikuti oleh: Penyandang terkini |