Ahmad Iqbal Zulkefli

Ahmad Iqbal Zulkefli (lahir 12 September 1994)[1] ialah seorang usahawan muda Malaysia yang berasal dari Kelantan. Kejayaannya menjadi sebutan oleh masyarakat.

Iqbal Zulkefli
Kelahiran
Ahmad Iqbal bin Zulkefli

(1994-09-12) 12 September 1994 (umur 29)
PendidikanDiploma dalam jurusan Penulisan Kreatif
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanUsahawan, penyanyi, pelakon, penulis
Ketinggian168
SaudaraAhmad Weldan Zulkefli (adik)

Pada 1 November 2021, Iqbal telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk "Hujan" yang digubah dan dikarang oleh Muhamad Eric Muhamad Fuzi daripada Rusa Music. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 1,000,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa 24 jam.[2][3]

Namanya mencipta rekod antara viral terbesar di Malaysia dan sering trending nombor 1 di seluruh media sosial dan TV komersial. Pengarah terkenal Malaysia Erma Fatima menawarkan Iqbal ke bidang lakonan 30 episod Tonton dalam drama Perempuan Itu.

Iqbal mempunyai anak angkat bernama Ahmad Ziyad yang diambil dari usia tiga hari.

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk lagu
2021 "Hujan"

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Gui Cikgu Iqbal Filem pertama
2024 Yie Prehhh... Lan Cina

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Perempuan Itu Iqbal Tonton Drama pertama

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2022 Big Stage (musim 4) Peserta Astro Ria

Kontroversi sunting

Keterlibatan dalam Big Stage sunting

Pada Februari 2022, Iqbal menjadi subjek selaran berikutan penyertaannya dalam pertandingan Big Stage yang dianjurkan oleh televisyen hiburan Malaysia, Astro Ria dengan pelbagai reaksi diberikan terhadap kemunculannya. Selain reputasi peribadinya yang tidak murni, penyampaian lagu Biarlah Bulan Bicara dendangan Broery Marantika pada minggu pertama memperoleh kritikan daripada orang kebanyakan berikutan gaya nyanyiannya yang teruk. Penyanyi veteran Dato' Hattan mendakwa bahawa pihak penganjur gagal menapis kandungan kualiti penyanyi sebelum dijadikan peserta.

Namun, oleh kerana sifat kesabaran serta rendah diri beliau, momen tersebut menjadikan dirinya semakin disukai masyarakat. Lantaran itu, beliau menerima tawaran berlakon oleh beberapa orang pengarah.

Rujukan sunting

  1. ^ "Iqbal tabah teroka dunia perniagaan". Berita Harian. 28 Ogos 2021. Dicapai pada 5 November 2021.
  2. ^ "Biodata Ahmad Iqbal, Penyanyi Lagu Hujan" Check |url= value (bantuan). 3 November 2021. Dicapai pada 5 November 2021 – melalui Lima Minit.
  3. ^ ""Trending di Youtube' Baru je Iqbal lancar lagu baru, sekali ini komen Azmeer". 2 November 2021. Dicapai pada 5 November 2021 – melalui Our News Live.