Datuk Ahmad Ismail (lahir 1955) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari parti UMNO. Beliau merupakan bekas Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang, Malaysia sejak 1988 hingga 2008. Sebelum itu, selama 11 tahun di dalam Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1974. Beliau dikenali sebagai pemimpin kontroversi di atas dakwaan perkauman semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008.

Dato' Haji

Ahmad Ismail

DMPN (PP)
Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Pulau Pinang
Dalam jawatan
1988–2008
Butiran peribadi
Lahir1955
Parti politik UMNO-BN
PekerjaanAhli politik

Pada 10 September 2008, dia digantung dari parti UMNO kerana dakwaan kenyataan perkauman mengenai kaum Cina semasa Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008.

Latarbelakang sunting

Beliau lahir pada tahun 1955. Abangnya Allahyarham Datuk Abdul Rahim Ismail adalah pemimpin UMNO era 1970-an dan kontraktor Melayu ulung di Pulau Pinang.

Politik sunting

Pemuda UMNO kemudian menjadi Ketua Bahagian sunting

Beliau mula menyertai Pemuda UMNO pada tahun 1974 sehingga 1985. Kemudian mula masuk ke dalam arus perdana parti UMNO dan menjadi ketua bahagian UMNO Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang sejak 1988 selama 20 tahun. Beliau adalah antara orang yang yang bertanggungjawab mengajak pengundi Melayu Bukit Bendera dan Tanjung Tokong agar mengundi tidak berasaskan kaum. Ini kerana calon Barisan Nasional di Bukit Bendera dan Tanjung Tokong adalah dari kaum Cina. Sebagai ketua bahagian UMNO Bukit Bendera dan menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang dan mematuhi kehendak presiden UMNO, menjadi tanggungjawab beliau merasionalkan tindakannya itu.

Tidak bertanding ketua bahagian UMNO sunting

Pada 5 Ogos 2010, Datuk Ahmad Ismail tidak jadi bertanding merebut semula jawatan ketua Umno Bukit Bendera apabila bahagian itu bermesyuarat Ahad , 8 Ogos 2010 , setelah dua kali ditunda. Beliau gusar dengan nasib parti MCA dan Gerakan di Pulau Pinang jika beliau memang di di Bukit Bendera semula . Sebelum ini, semua 36 ahli jawatankuasa eksekutif bahagian Bukit Bendera meletakkan jawatan supaya pemilihan baru dapat diadakan bagi membolehkan Ahmad menjawat semula kedudukan ketua.

Pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan enam kali. Ahmad Ismail pernah mencadangkan Gerakan meninggalkan BN. Penyokongnya bertindakbalas dengan menggoyakkan potret bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga adalah presiden Gerakan. Pada Disember 2009, UMNO menarik balik hukuman gantung ke atas Ahmad. [1] Beliau kini beralih kepada sukan bola sepak pula.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting