Datuk Haji Ahmad Ithnin adalah ahli politik veteran UMNO dari Merlimau, Melaka. Beliau banyak mengorbankan jiwa dan raganya untuk memperjuangkan parti UMNO khususnya di Melaka. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Jasin (1969-1978) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai (1982-1986).

KeluargaSunting

Anaknya Roslan Ahmad menjadi calon Barisan Nasional dan menang dalam Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka pada 2011. Roslan Ahmad pernah bekerja sebagai Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. dan berkahwin dengan Zalifah Omar.

Adiknya Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-8 dari 1997 hingga 1999.[1]

RujukanSunting

1. Biografi MUBARAK Melaka : Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Ithnin oleh Nooraini Sulaiman. Penerbit Universiti UTEM.