Ahmad Lutfi Othman merupakan seorang penulis, wartawan dan aktivis politik kelahiran Malaysia. Beliau merupakan bekas Ketua Pengarang Harakah, sebuah akhbar dwi mingguan di Malaysia milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau memegang jawatan itu sejak 2006. Beliau juga merupakan seorang penulis buku politik. Banyak sekali buku politik yang ditulisnya sebelum 1998. Tetapi selepas itu tiada lagi kecuali kompilasi rencana 'Catatan Hujung'.


KeluargaSunting

Beliau berasal dari Kampung Raja, Kubang Pasu, Jitra, Kedah dan dilahirkan pada 1963. Anak sulungnya bernama Ahmad Luqman Hakim. Anak keduanya, Nurul Syafiqah, 11 tahun, meninggal dunia pada 1 Ramadan 2005 tanpa petanda penyakit serius.

Dipecat dari UTMSunting

Ketika belajar di UTM (1985-1986), beliau dipecat kerana aktif dalam politik pelajar. Sepatutnya dia menghabiskan kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.Ketika itu Naib Cancelor UTM ialah Tan Sri Ainuddin Abd Wahid. UTM terletak di Jalan gurney/ Jalan Semarak,Kuala Lumpur.

Pada 1985, lapan orang pelajar berpurdah telah dipecat. Ahmad Lutfi ketika itu menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UTM telah ditangkap pada 25 September 1989 .Ustaz Fadzil Mohd Noor telah disingkirkan. Pada 1985, mesyuarat antara Menteri Pelajaran, Datuk Abdullah Ahmad Badawi dengan semua TNC universiti-universiti tempatan dan Dekan HEP Institut Teknologi MARA memutuskan untuk mengharamkam purdah di universiti. Rundingan dengan Abdullah berjaya meredakan isu itu . Namun Anwar yang dilantik sebagai Menteri Pelajaran tidak melaksanakannya.[1]

Lutfi Othman yang dihantar Harakah sebagai pemberita meliputi demonstrasi itu telah ditahan di bawah ISA. Dia telah pergi ke Balai Polis Brickfield kerana menjamin seorang pelajar UM telah ditahan dan dihantar ke Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh.

Ketua Pengarang HarakahSunting

Ahmad Lutfi menyertai kumpulan pertama kakitangan Harakah mulai tahun 1987 dan dilantik menjadi Pengarang Kumpulan pada tahun 1992 bagi menggantikan Zin Mahmud yang menyertai kumpulan akhbar Watan ketika itu. Namun selepas enam bulan memegang jawatan itu, Lutfi berhenti meninggalkan Harakah selepas tidak selari dengan pengarah urusannya ketika itu, Azizan Razak (Allahyarham Tan Sri).

Ahmad Lutfi menyertai semula Harakah pada 3 Februari 2006 sebagai Ketua Pengarang bagi menggantikan Suhaimi Mokhtar (Allahyarham) sehinggalah beliau berehat beberapa tahun kemudian akibat kurang sihat. [2]

Beliau meninggalkan Harakah,akhbar rasmi parti PAS dan menubuhkan syarikatpenerbitan sendiri 'Penerbitan Pemuda'. Syarikat ini menerbitkan beberapa buah hasil tulisan beliau. Apabila syarikat ini bangkrap, beliau kembali menjadi ketua pengarah Harakah. Buku beliau banyak menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan.

Pada Januari 2015, PAS terpaksa menamatkan kontrak Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun sebelumnya[3]

Majalah Tamadun , Detik dan WasilahSunting

Pada 1990-an, beliau menulis pelbagai artikel di majalah Dunia Islam. Dia mempunyai kolum sendiri iaitu 'Catatan Hujung'.

Ketika Reformasi 1998, di mengeluarkan dan menerbitkan majalah 'Tamadun' yang bukan miliknya. Ketika bahang reformasi, dia berhenti daripada penerbitan Tamadun dan melancarkan majalah dwibulanan Detik dan bulanan remaja Wasilah. Faktor kesibukan menyelengggara majalah ini menyebabkan dia tidak lagi menulis buku. Majalah Tamadun pernah dicetak sehingga 150,000 naskah.

Detik diterbitkan sebulan sekali sejak November 1998 dan dua bulan sekali pada 1999 dan sempat 17 kali terbit sahaja, sebelum kerajaan mengharamkan majalah ini. Detik pernah menyiarkan wawancara dengan Anwar Ibrahim yang diseludup dari penjara. Ketika itu Detik dicetak 100,000 naskah. Detik hanya sempat bertahan selama setahun sebelum diharamkan oleh KDN.

Selepas Detik diharamkan , Lutfi Othman beralih kepada edisi tabloid tidak berkala dengan pelbagai nama sehingga 50 judul. Antaranya ialah Haraki kepada Alternatif, Reformasi, Memo.

Pentas politikSunting

Lutfi Othman tidak pernah menyertai pilihan raya di Malaysia tetapi sentiasa berada di barisan hadapan parti PAS. Akhbar tabloid diedarkan satu demi satu semasa pilihan raya dan di laman web. Maklumat rasuah berkait dengan Menteri Besar Selangor ,Dr Mohamad Khir Toyo dipaparkan dalam akhbar tabloid. Sikap dan fakta yang dikemukakan bagai mewakili parti PAS dan PAS sendiri sendiri menerima bahananya.

SejaK 2001, dia jatuh sakit dan syarikat penerbitan terpaksa ditutup akibat karenah pengedar yang enggan dalam lambat membayar.Biasanya majalah dihantar dahulu dan bayaran dikutip kemudian.Jika tidak terjual bolehlah mengembalikan naskah yang tidak terjual, tetapi tiada juga.

Pada 2004 beliau kembali ke dunia kewartawanan , sebagai editor mingguan Siasah. Akhbar tabloid Siasah hidup sehingga kini tanpa 'gangguan' daripada Kementerian Dalam Negeri kerana keakraban Mohd Sayuti Omar dengan kepimpinan politik semasa.

Dia juga melancarkan 'Tabung Kebajikan Harakah' dan mencari mangsa tahanan ISA di seluruh negara termasuk ke Sabah . Antaranya beliau menemui keluarga Ahmad Shah Satray.[4] Lebih sejuta berjaya dikumpulkan daripada pembaca Harakah.[5]

Kumpulan Aktivis Media IndependenSunting

Ahmad Lutfi mengasaskan NGO media , Kumpulan Aktivis Media Independen atau singkatannya 'KAMI'. Beliau mengumpulkan pengamal media bagi mempromosikan kebebasan akhbar dan menyampaikan memo kepada Suhakam. Mereka berjaya bertemu dengan Naib Pengerusi Suhakam, Harun Hashim,Zainah Anwar, Hamdan Adnan dan Mehrun Siraj dan berdialog dengan 15 wakil KAMI di sebuah hotel bersebelahan PWTC.

Menang kes disaman SyabasSunting

Pada 5 Julai 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas yang mendakwa artikel Harakah bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah. Isu itu tentang kepentingan awam dan Ahmad Lutfi dan Fahdah Nur Ahmad Kamal dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media. Fahdah adalah peguam Kerajaan Selangor.

Pada 9 November 2011, hakim-hakim Mahkamah Rayuan (Datuk Zainon Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim) memutuskan Mahkamah Tinggi tidak silap dan memutuskan enggan mengganggu keputusan tersebut.Mahkamah Rayuan juga memutuskan supaya Syabas membayar kos RM60,000 iaitu RM30,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah.[6]Ahmad Lutfi diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin .Fahdah diwakili peguam Tommy Thomas.

KesihatanSunting

Mulai Februari 2006, menjadi Ketua Pengarang Harakah.Pada 2009, dia disahkan mengalami masalah jantung tersumbat dan memerlukan angioplasti dan pembedahan jantung segera dilakukan.Doktor pakar mengesahkan tiga saluran jantungnya tersumbat dan sudah 99 % tersumbat. [7] Dia menjalani dua rawatan angioplasti pada Disember 2009. Pembedahan pintasan jantung kali ketiga memerlukan kos RM50,000. Pembedahan dijayakan oleh Dr Mohd Zamrin Dimon, Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman , pakar bius Dr Joanna, Dr Hairulfaizi Haron, Dr Ishamuddin Ismail dan dua perfusionist, Yusof Hambali dan Zulkifli Zain. [8]

Pada 26 April 2010, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. Lutfi sudah tiga kali menjalani rawatan jantung termasuk membuat prosedur angioplasti bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Hasil PenulisanSunting

  • Selepas Mahathir, peluang PAS (1992) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Operasi Nyah 2 (1993) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Anwar lawan Ghafar: Selepas Ghafar letak jawatan (1993) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • PAS Zaman Anwar: Memo Buat Bakal PM (1993) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Anwar Salah Pilih (Oktober 1993) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Siapa dalang?: Cerita di Sebalik Tabir (1994) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Bank Negara Bangkrap: Siapa Mangsakan Siapa? (Jun 1994) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Krisis Anwar-Mahathir: Daim Pencetus Kontroversi Baru (Julai 1994) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Mahathir khianati Melayu: Mampukah Tengku Razaliegh-Rais Yatim Menentangnya? (Ogos 1994) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Susulan Krisis Anwar-Mahathir: Buku Bertemu Ruas (November 1994) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Realiti 2000, Gugat PAS? (1995) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Wajah Baru Politik Malaysia (Ogos 1995) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Mengapa perlu Anwar lawan Mahathir? (November 1995) Terbitan Visi Madani
  • Selepas Mahathir : UMNO for sale! (1996) Terbitan Visi Madani
  • Mampukah Tok Guru Pertahan Kelantan?: Implikasi Ku Li Sertai UMNO (Jun 1996) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Mufti lawan Mahathir? (1997) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Komplot Bunuh Diana (1997) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Anwar terjerat? Penerbitan Pemuda 1997
  • Layakkah Anwar ketuai reformasi? Penerbitan Pemuda, 1998
  • Menyanggah fatwa-fatwa Mahathir Penerbitan Pemuda, 1998
  • Skandal seks atau konspirasi politik Penerbitan Pemuda, 1998
  • Misteri lebam mata Anwar terbongkar: Isu-Isu Politik Malaysia Penerbitan Pemuda?, 1998
  • Malaysia tanpa Anwar : [mampukah Gerakan Reformasi di ba wah Azizah mengekang kediktatoran Mahathir] Penerbitan Pemuda, 1998
  • Siapa yang dibicarakan: Anwar, PM, ataupun Polis Cawangan Khas? (1998)
  • Dari Bukit Damansara ke penjara: pantang undur (1998)
  • Ku Li dijerat lagi (1999)
  • Puteri reformasi (1999)
  • Bagaimana Mahathir boleh ditumbangkan (1999)
  • Anwar boneka Barat? Penerbitan Pemuda, 1999
  • Debat 3 : jangan sampai rakyat hilang sabar Penerbitan Pemuda, 2000
  • Suara Rakyat Kuasa Keramat (2000) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Catatan Hujung (2011) Terbitan Kemilau Publika
  • Detik Utopia : Komentar Kritis Isu Pakatan Rakyat dan Politik Malaysia (2012) Terbitan Unit Buku Harakah
  • Catatan Hujung 2: Pencuri Pilih Anjing (2013) Terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd
  • Lorong Sunyi Media Bebas (2017) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti (Mac 2018) Terbitan Penerbitan Pemuda
  • Revolusi Tanpa Darah: Keberanian rakyat Malaysia tumbangkan rejim kleptokrat UMNO-BN dalam PRU14 (2019) Terbitan Ahmad Lutfi Othman

PautanSunting

RujukanSunting