Ahmad Mohd Nor

ulama Malaysia

Tuan Guru Dato' Haji Ahmad bin Mohd Nor (16 November 1925-15 September 2021) atau lebih dikenali dengan Tuan Guru Haji Ahmad atau Pak Teh Mad[1] ialah seorang tuan guru pondok di Kuala Nerang, Kedah, Malaysia. Beliau merupakan pengasas Madrasah Al-Ahmadiah Al-Solehiah Al-Islamiah, Kuala Nerang atau dikenali sebagai Pondok Ahmadiah[2] atau Pondok Pak Teh Mad[1]. Beliau juga merupakan pengasas Maktab Mahmud Padang Terap[3].

Tuan Guru Dato'

Haji Ahmad Mohd Nor

Pendidikan
Pekerjaan
  • tuan guru pondok
Terkenal kerana
  • Pengasas Pondok Ahmadiah Kuala Nerang
  • Pengasas Maktab Mahmud Padang Terap

Latar belakang sunting

Haji Ahmad dilahirkan pada 16 November 1925 di Kampung Tanjung, Padang Terap, Kedah. Beliau mempunyai seorang isteri Datin Wan Salehah Wan Ibrahim yang merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Wan Ibrahim Wan Abdul Kadir atau Pak Cu Him Gajah Mati; dan 10 orang anak.

Haji Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Terap; Madrasah Saadah Ad-Darain, Merbok; Pondok Pulau Rotan, Nako Nambua; Madrasah Al-Islamiah, Gajah Mati dan Madrasah Al-Saulatiyah, Mekah[2].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kedah
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) - Dato' - 2015

Meninggal dunia sunting

Haji Ahmad meninggal dunia pada 15 September 2021 di Hospital Kuala Nerang, Kedah pada pukul 12.57 pagi akibat COVID-19[4]. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Gelanggang, Kuala Nerang, Kedah[5].

Rujukan sunting

  1. ^ a b Azman Ibrahim (15 September 2021). "Pengasas Pondok Pak Teh Mad meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 September 2021.
  2. ^ a b Jamliah Abdullah (15 September 2021). "Tok Guru Pak Teh Mad sempat solat sehingga ke hujung nyawa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 September 2021.
  3. ^ "Sejarah Maktab Mahmud Padang Terap". Portal Rasmi Maktab Mahmud Padang Terap. 6 Januari 2018. Dicapai pada 15 September 2021.
  4. ^ Adie Sufian Zulkefli (15 September 2021). "Tuan Guru Pak Teh Mad meninggal dunia akibat COVID-19". Astro Awani. Dicapai pada 15 September 2021.
  5. ^ Noorazura Abdul Rahman (15 September 2021). "'Tok Guru Pak Teh Mad sudah tiada'". BHarian. Dicapai pada 15 September 2021.