Buka menu utama

Wikipedia β

Ahmad Razif Abd Rahman

(Dilencongkan dari Ahmad Razif Abdul Rahman)

Dato' Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman merupakan bekas Menteri Besar Terengganu ke-14 dan ahli politik dari Barisan Nasional-UMNO. Beliau  dilahirkan di Seberang Takir,Terengganu pada 17 November 1965. Beliau juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Yang Berhormat Dato' Seri
Ahmad Razif Abdul Rahman
S.S.M.Z.
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
12 Mei 2014 – 10 Mei 2018
Raja Sultan Mizan Zainal Abidin
Didahului oleh Ahmad Said
Digantikan oleh Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahli Dewan Undangan Terengganu
untuk N11 Seberang Takir
Memegang jawatan
9 March 2008
Majoriti 9,340(pru14)
Butiran peribadi
Lahir (1965-11-07) 7 November 1965 (umur 52)
Terengganu Seberang Takir, Terengganu
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan To'Puan Seri Hajjah Halina binti Zakaria
Anak-anak 4
Pekerjaan Ahli politik , Ahli DUN
Laman sesawang http://ybrazif.blogspot.com/

Isi kandungan

Pilihan Raya Umum ke-14Sunting

Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berjaya mengekalkan kerusi yang disandang di DUN Seberang Takir selepas menang dengan mendapat 9,340 undi mengalahkan calon PAS, Mohd Fazil Wahab (7,456 undi) dan calon PKR, Abu Bakar Abdullah (939 undi).

Menteri Besar Terengganu ke-14Sunting

Pelantikan Ahmad Razif telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin  di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 9.18 malam, 12 Mei 2014.

Pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Krisis Politik Terengganu 2014Sunting

Pada awal perlantikan beliau berlaku krisis politik Terengganu pada tahun 2014  di mana ia berlaku apabila 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional bertindak keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas dan antara yang keluar sementara menjadi ADUN Bebas ialah ADUN Bukit Besi, ADUN Ajil dan ADUN Kijal. Keadaan tersebut menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu hampir-hampir tumbang.

Darjah KebesaranSunting

Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 26 April 2015 dan telah ditarik balik gelaran tersebut pada 22 April 2016.[1]

Pada 8 Disember 2016, beliau telah dikurniakan kembali Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri setelah Tuanku Mizan mengampuni perkenan mengurniakan semula darjah kebesaran tersebut.[2]

Transformasi Terengganu BaharuSunting

Selepas lebih sebulan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu sebagai satu pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri[3]. TTB mempunyai lapan (8) prinsip.[4]

 
Logo rasmi Transformasi Terengganu Baharu
  1. Inklusif (suara rakyat, suara keramat),
  2. Masjid dan surau sebagai sumber penyatuan
  3. keluarga bahagia, rakyat sejahtera;
  4. Integriti bersih dalaman dan luaran,
  5. Mesra tapi tegas,
  6. Disiplin kerja yang tinggi
  7. Seruan perpaduan
  8. Memperkasa pendidikan

Keputusan pilihan rayaSunting

Dewan Undangan Negeri Terengganu: N11 Seberang Takir[5]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) 6,440 61.24% Muzafeq Assyulzaifuzan Muhammad (PKR) 4,010 38.13% 10,718 2,430 84.06%
2013 Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) 7,731 54.84% Zakaria Dagang (PAS) 6,221 44.13% 14,302 1,510 88.22%
Ahmad Nazri Mohd Yusoff (BEBAS) 73 0.52%

RujukanSunting