Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung

Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung merupakan sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia 2018 arahan Khalid Nadzri, lakonan Hafidz Roshdi, Risteena Munim, Noorkhiriah dan Ezany Nizariff. Ia mengisahkan Ahmad Rosli yang secara tak sengaja telah terbunuh Pak Longnya pada majlis pernikahan Pak Long dengan Aisyah. Siri ini memulakan siaran di Slot Iris TV3 bermula 7 Ogos 2018, menggantikan Shah & Zam.[1]

Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung
GenreDrama, komedi
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
Amar Abd. Aziz (cerita asal)
PengarahKhalid Nadzri
Dibintangi oleh
Hafidz Roshdi
Risteena Munim
Noorkhiriah
Ezany Nizariff
Jalil Hamid
Lagu pembukaan"Ahmad" oleh Arrora Salwa
Lagu penutup"Ahmad" oleh Arrora Salwa
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Norazhar Baharuddin
PenerbitFadzil Teh
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 Ogos 2018 – 20 September 2018
Kronologi
MengikutiShah & Zam
Diikuti olehBudak Usin

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

SinopsisSunting

Ahmad Rosli pulang ke Malaysia untuk meraikan majlis pernikahan Pak Longnya. Malangnya majlis yang belum sempat berlangsung itu bertukar menjadi tragedi apabila Pak Long meninggal dunia akibat serangan jantung setelah disergah oleh Ahmad yang mahu bergurau dengannya. Kebetulan Pak Long yang merupakan ketua kampong ada tinggalkan wasiat untuk Ahmad. Ahmad diamanahkan untuk membuat seluruh penduduk kampong berjemaah di masjid 5 waktu sehari, khatam Quran dan belajar tafsir Quran. Untuk berjaya, Ahmad perlu meyakinkan tiga orang yang paling berpengaruh di kampong – Sarjan Hisyam iaitu ketua Geng Takut Bini yang merangkumi 40% penduduk kampong, Senah iaitu ketua Geng Gosip yang merangkumi 40% penduduk kampong dan Geng Buskers (pemuzik buta) yang merangkumi 20% penduduk. Masalah utama Ahmad ialah Sarjan, Senah dan Geng Buskers semua bencikan dia kerana “membunuh” ketua kampong. Dengan bantuan Aisyah, bakal isteri arwah Pak Long, Ahmad terpaksa bergadai wang dan maruah untuk menunaikan wasiat Pak Long tapi akhirnya berjaya; wasiat terlaksana, Ahmad menjadi muslim yang baik dan dia dan Aisyah menjadi suami isteri.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

  • Fendi Seman sebagai Rahim
  • Che Mat sebagai Maarof
  • Badrolshah sebagai Ketot
  • Che Puteh sebagai Rogayah
  • Mak Jah sebagai Leha
  • Lydiawati sebagai ibu Ahmad
  • Halmey Hamdah sebagai bapa Ahmad
  • Kecik Ogie sebagai Azmi Busker
  • Ejart Adam sebagai Ali Busker
  • Hud Hafiz sebagai Abu Busker

Penampilan khasSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)". My Infotaip. 6 Ogos 2018. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  2. ^ Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 24 Februari 2019.
  3. ^ Amirul Haswendy Ashari (29 Ogos 2018). Tak menonjol tapi laris Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2018.