Ahmad Rusli Iberahim

Tuan Haji Ahmad Rusli Iberahim ialah bekas ahli politik Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Salor dari tahun 1990 hingga tahun 1996 mewakil Parti Melayu Semangat 46. Beliau merupakan bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan sebelum menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri Kelantan selama sepenggal pada 2008 hingga 2011[1]. Beliau telah keluar dari PAS dan menyertai Parti Amanah Negara pada September 2016[2].

Tuan Haji

Ahmad Rusli Iberahim
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
18 Julai 2008 – 17 Julai 2011
Didahului oleh Wan Ubaidah Wan Omar
Digantikan oleh Johari Mat
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Salor
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului oleh Zaleha Hussin
Digantikan oleh Buni Amin Hamzah
Butiran peribadi
Lahir30 September 1957
Meninggal dunia27 Julai 2017
Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II), Kota Bharu
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Perol
Parti politik AMANAH (2016 – 2017)
PAS (2008 – 2016)
UMNO (1996 – 2008)
S46 (1990 – 1996)
UMNO
PasanganHaripah Dolah

Meninggal dunia sunting

Ahmad Rusli meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat sesak nafas pada 27 Julai 2017. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perol, Kelantan[2].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Kelantan[1]
    • Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) - Dato' (1998) (Ditarik pada 2009)
    • Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K) - (Ditarik pada 2009)
    • Jaksa Pendamai (J.P) - (1996) (Ditarik pada 2009)

Rujukan sunting

  1. ^ a b M.Mageswari (1 Mac 2010). "Senator Ahmad Rusli withdraws suit over his datukship revocation". The Star. Dicapai pada 13 November 2021.
  2. ^ a b Nor Fazlina Abdul Rahim (27 Julai 2017). "Bekas ADUN Salor meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2021.