Ahmad Said (Menteri Besar Perak)

Menteri Besar Perak ke-4


YAB Dato' Seri Ahmad bin Said (lahir 1919) merupakan Menteri Besar Perak ke-4 dari 7 Mei 1964 hingga 18 Mac 1970.

YBhg Dato' Seri Haji

Ahmad Said

SPCM, SPMP (Perak); AMN; JP (Perak)
Dato' Seri Ahmad Said (kanan)
Menteri Besar Perak ke-4
Dalam jawatan
7 Mei 1964 – 18 Mac 1970
Didahului olehShaari bin Shafie
Digantikan olehKamaruddin bin Mohd Isa
Butiran peribadi
Lahir(1919-01-01)1 Januari 1919
Kampung Masjid, Lenggong, Perak Darul Ridzuan
Meninggal dunia1974 (umur 54-55)
Parti politikUMNO
PasanganDatin Seri Hajah Rajemah Mohammed Isa
IbuKhadijah Awang Kecil
BapaSaid Abdullah
HubunganIqram Dinzly (cucu)

Biodata sunting

Dato’ Seri Ahmad Said dilahirkan pada 1 Januari 1919 di Kampung Masjid, Lenggong, Perak. Ibu beliau bernama Khadijah binti Awang Kecil dan bapanya pula bernama Said bin Abdullah.

Beliau bersekolah di Sekolah Arab, Kampung Geluk dan Sekolah Melayu Lenggong hingga tamat darjah enam.

Beliau adalah datuk kepada pelakon, Iqram Dinzly[1]. Beliau telah mengasaskan rumah BAKIP (Badan Khidmat Islam Perak) yang dibuka untuk anak yatim dan khidmat sosial kepada komuniti setempat.[2]

Kerjaya sunting

Mulanya beliau bekerja sabagai pemandu di syarikat KED dari tahun 1939 hingga tahun 1941.

Politik sunting

Ahmad Said dipilih menjadi Naib Ketua Kesatuan Melayu Muda cawangan Lenggong pada tahun 1943 hingga 1944. Setelah itu, beliau turut bergiat dalam penubuhan Perikatan Melayu Perak (PPP) cawangan Lenggong serta menjadi Pegawai Penerangan dari tahun 1945 hingga 1947.

Pada tahun 1948, beliau bersama dengan Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi dan Dato’ Mohd Nordin bin Dahan menubuhkan UMNO cawangan Lenggong. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Bendahari dan Pegawai Penerangan UMNO hingga tahun 1459. Pada tahun 1950, beliau dilantik pula menjadi Setiausaha Perhubungan UMNO Perak.

Beliau dipilih untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 dan menang tanpa bertanding bagi kawasan Hulu Perak. Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959, beliau sekali lagi bertanding dan memenangi kerusi kawasan Lenggong. Pilihanraya yang ketiga Pilihan raya umum Malaysia 1964 dan beliau telah bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Negeri Lenggong dan beliau telah memenangi suara majoriti. Kemenangan ini menyebabkan Sultan Perak, Sultan Idris Shah II berkenan melantik beliau sabagai Menteri Besar pada 7 Mei pada tahun yang sama.[3]

Menteri Besar Perak sunting

Pada 31 Julai 1964, selaku Menteri Besar, beliau telah melawat daerah Dinding dan melihat hasil kraf tangan di Teluk Muroh. Seterusnya merasmikan Masjid Simpang Ampat dan sembahyang Jumaat di sana. Pegawai daerah Dinding ketika itu ialah Yaakub bin Abdul Hamid.[4]

Beliau menyarankan semua kakitangan kerajaan negeri Perak menggunakan Bahasa Kebangsaan kerana mulai 1967, Bahasa Melayu akan dinaiktaraf sebagai bahasa kebangsaan dalam semua aspek. Kelas Bahasa Kebangsaan akan diadakan bagi mengajar bukan Melayu mengunakan bahasa Melayu. Pertandingan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan di seluruh Malaysia. [5]

Pada 26 Februari 1965, Ahmad Said selaku Menteri Besar Perak telah melawat Kampung Panchor di Pantai Remis, Perak. Penduduk kampung berjaya menahan gerila Indonesia dalam gerakan Ganyang Malaysia. 4 orang gerila Indonesia itu mendarat dengan sampan di kawasan paya dan berjaya ditahan ketika hendak membeli makanan di sebuah kedai. Turut ditemui ialah pakaian Indonesia dan dua biji bom, sebuah beg mengandungi peta dan bahan letupan, bom masa, suiz dan sebagainya. Kasut dan 3 pasang kasut getah turut ditemui. Polis segera membuat pemeriksaan di simpang jalan Segari menuju ke Kampung Panchor.[6] [7]

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.instagram.com/p/BdSWJish0b-/?hl=en&taken-by=iqramdinzly
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-05. Dicapai pada 2018-02-04.
  3. ^ Dato Seri Ahmad bin Said
  4. ^ The Straits Times, 31 Julai 1964, hlm 7;'Perak MB begins first visit to Dindings'
  5. ^ The Straits Times, 9 May 1965, Page 4 ;'FIRMS IN PERAK ARE URGED TO START N-LANGUAGE CLASSES'
  6. ^ The Straits Times, 26 Februari 1965, hlm 1; 'LAST ONE ON THE RUN'
  7. ^ [[pautan mati kekal] LAST ONE ON THE RUN]

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
7 Mei 1964 - 18 Mac 1970
Penyandang Kemudian
Shaari bin Shafie Kamaruddin bin Mohd Isa