Ahmad Samsuri Mokhtar
Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar merupakan Menteri Besar Terengganu ke-15. Pelantikan beliau telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 10 Mei 2018 menggantikan Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.[1]
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar SSMZ (Terengganu) | |
---|---|
Menteri Besar Terengganu | |
Memegang jawatan 15 Ogos 2023 | |
Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 14 Ogos 2023 | |
Sultan | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Didahului oleh | Ahmad Razif Abd Rahman |
Digantikan oleh | dirinya sendiri |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Ru Rendang | |
Memegang jawatan 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Abdul Hadi Awang |
Majoriti | 6,028 |
Bendahari Agung Perikatan Nasional | |
Memegang jawatan 13 November 2020 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Terengganu | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Naib Presiden PAS | |
Memegang jawatan 21 Jun 2019 | |
Didahului oleh | Dato' Iskandar Abdul Samad |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad Samsuri bin Mokhtar 15 November 1970 ![]() |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman |
Kediaman | Seri Iman (Kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu) |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia University of Leeds |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Pensyarah Jurutera aeroangkasa Arkitek |
Pendidikan Sunting
- Doktor Falsafah (Ph.D) Kejuruteraan Mekanikal (Pencucuhan dan Pembakaran Aeroenjin, Kegagalan Mesin Altitud Tinggi), Universiti Of Leeds, United Kingdom (2001)
- Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (Pembakaran dan Tenaga), Universiti Of Leeds, United Kingdom (1996)
- Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1993)
- Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (1983-1987)
Kerjaya Sunting
- Menteri Besar Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Terengganu (9 Mei 2018 hingga kini)
- ADUN Rhu Rendang (9 Mei 2018 hingga kini)
- Setiausaha Politik kepada Presiden Pas (2008-2018)
- Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL)
- Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008
- Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006
- Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008
- Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995
- Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products. 1993-1994
Kebajikan dan Kemasyarakatan Sunting
- Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 & MH17 :- TV1,TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM fm
- Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi, (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi) : Feb 2007-Jan 2009
- Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009
- Ketua Delagasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency)
- Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (NASA) International Conference. Washington, 2006
Politik Sunting
- Naib Presiden Pas (21 Jun 2019 - Kini)
- Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat (2017-2019)
- Timbalan Pengerusi Pas Humanitarian Affairs and Relief (2017 hingga kini)
- Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat (2015-2017)
- Setiausaha Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat (2013-2015)
- Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik dan Pilihanraya Pas Pusat (2009 hingga kini)
- Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Terengganu
- Yang Dipertua Pas Kawasan Marang
Angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu Sunting
Ketika Menteri Besar dan 10 EXCO Terengganu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin malam itu, Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Husein Awang tidak menamakan siapa Menteri Besar dan EXCO terbabit. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa pihak media boleh mengetahuinya sekiranya pandai mencarinya selepas majlis angkat sumpah yang mungkin mengambil masa hingga dua jam.[2] Sebelum ini dilaporkan bahawa PAS mencongak tiga nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar termasuklah Dr Ahmad Samsuri. Khabar angin nama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak 2008 bertiup kencang dalam kalangan kepimpinan parti itu sebelum ini. Ahmad Samsuri yang juga bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar aeroangkasa terpilih antara calon Menteri Besar dalam usaha parti itu menampilkan generasi kepimpinan baharu di negeri itu dengan menggembleng tenaga teknokrat dan ulama. Akhirnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu setelah mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pilihan raya Sunting
Tahun | Kerajaan | Undi | Pts | Pembangkang | Undi | Pts | Buang Undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) | 13,851 | 53.30% | Nik Dir Nik Wan Ku (UMNO) | 7,823 | 30.10% | 22,728 | 6,028 | 87.40% | ||
Zarawi Sulong (AMANAH) | 729 | 2.80% |
Anugerah Sunting
- Terengganu
- Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) - Dato' Seri - 2019[4]
Rujukan Sunting
- ^ Ahmad Samsuri MB Terengganu baru
- ^ MB, Exco Terengganu angkat sumpah malam ini
- ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya N19 RU RENDANG Terengganu". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada 7 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
Pautan luar Sunting
- Ahmad Samsuri Mokhtar di Facebook
- Ahmad Samsuri Mokhtar di Instagram
- Ahmad Samsuri Mokhtar di Telegram
- Ahmad Samsuri Mokhtar di Twitter
- Ahmad Samsuri Mokhtar di YouTube
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Terengganu 2018 – kini |
Penyandang Kemudian |
Ahmad Razif Abd Rahman | Penyandang |