Ahmad Sebi Bakar

penulis Malaysia

Dato 'Ahmad Sebi Abu Bakar adalah penulis dari Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Pena, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib para penulis di Malaysia.

Fail:Ahmad Sebi Abu Bakar.jpg
Ahmad Sebi Abu Bakar

Latar belakang sunting

Ahmad Sebi bin Abu Bakar menggunakan nama lain seperti Anton dan Pemerhati Muda.Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1947, di Permatang Bendahari, Seberang Perai, Pulau Pinang.Kini menetap di Jalan Mercu, Off Jalan Puncak, Jalan Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur.

Pendidikan dan kerjaya sunting

Ahmad Sebi bersekolah di Sekolah Permatang Bendahari, Seberang Perai. Beliau lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) (1962) dan lulus School Certificate/Federation of Malaya Certificate (SC/FMC)(1964).Seterusnya menerim latihan perguruan di Regional Training College (1966-1969). Beliau menjadi guru di Sekolah Bandar Baru, Kedah. Ahmad Sebi melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengajian Melayu.(1970-1973).

Beliau beralih kerjaya dari guru kepada wartawan di akhbar The New Straits Times. Editor The Malay Mail (1976-1982); Pengarang Kumpulan Bahasa Melayu The New Straits Times; Ketua Pengarang Berita Harian (1984-1986); Pengarah Urusan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3)(1986-1989).

Semasa di The New Straits Times, Ahmad Sebi sambung belajar di Thomson Editorial Study Centre, Cardiff, United Kingdom - jurusan Diploma of Jornalism (1976). Tahun 1982, belajar di Michigan State University, Amerika Syarikat - Ijazah Sarjana Sastera Kewartawanan.Seterusnya belajar di Ashridge Management College, Herfordshire, England- bidang pengurusan (1976).

Penulisan sunting

Sejak 1964 mula menukis puisi dan esei kritikan sastera.Puisi Ahmad Sebi bernada protes berkisar di sekitar kemiskinan masyarakat dan pembelaannya terhadap kaum petani serta buruh,sosio-ekonomi dan politik tanah air.Karyanya tersiar di Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat dan Mastika.

Puisinya termuat dalam antologi Telok Gong (1968),Kebangkitan (1969), Rangsang (1970), Di Penjuru Matamu (1975) dan Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (1990). 'Kepada Mahathir (1991)' memuatkan puisi-puisi yang ditulisnya antara tahun 1967-1969 dan tahun 1970-1973.

Kegiatan persatuan sunting

Sejak 1971 beliau aktif berpersatuan .Beliau menubuhkan Ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan terlibat menubuhkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).Beliau turut membela kemiskinan petani di Teluk Gong pada tahun 1967. Kini beliau berjaya dalam bidang keusahawan dan meneruskan minat dalam kegiatan sastera.

Ahmad Sebi juga membela nasib rakyat Bosnia-Herzegovina. Beliau memimpin Pena membentuk Barisan Bertindak Bosnia (BBB) dan NGO lain menganjurkan perhimpunan mengutuk kezaliman Serbia. Antaranya ialah Rapat Umum Bosnia di Stadium Merdeka pada 9 Mei 1994 dan Malam Karyawan di Stadium Shah Alam pada 16 September 1994.Pena menubuhkan Tabung BBB dan berjaya mengumpulkan RM2,000,000.00 dan diserahkan kepada Presiden Bosnia melalui Datuk Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 27 September 1994. Antologi puisi dwi-bahasa Suara Kemanusiaan – The Voice of Humanity diselenggarakan bersama-sama Dr Anwar Ridhwan.

Dalam GAPENA beliau menjadi Setiausaha II (1971) dan Setiausaha I (1972). Beliau juga Ketua II Persatuan Penulis Nasional (PENA)(1984/1985) dan Ketua I PENA (1992/1994). Di bawah kepimpinannya, PENA berjaya menubuhkan Akademi Penulis PENA pada 3 Julai 1993.

Anugerah sunting

Ahmad Sebi dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N.) (1983) daripada Yang di-Pertuan Agong ; Pingat Setia Diraja Kedah daripada Sultan Kedah (1988) yang membawa gelaran Dato' ; Jaksa Pendamai (J.P.) daripada Sultan Perak (1986).

Kini, Ahmad Sebi ialah Pengerusi Eksekutif Syarikat Advance Synergy Bhd., Kuala Lumpur.

Hasil penulisan sunting

  1. Malaysia dalam Puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988
  2. Kepada Mahathir. Kuala Lumpur: Media Indah, 1991
  3. Puisi Baharu Melayu 1961-1986 (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989
  4. Suara kemanusian = the voice of humanity / diselenggarakan oleh Ahmad Sebi Bakar, Anwar Ridhwan ; diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh S. Jaafar Husin,DBP, 1994
  5. Rangsang (antologi puisi bersama Dino S.S. dan Rusly Tajuddin). Kedah: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1970