Ahmad Syaikhu

ahli politik Indonesia

Ahmad Syaikhu merupakan seorang ahli politik negara Indonesia yang kini merupakan Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Datuk Bandar (Wakil Wali Kota) Bekasi antara tahun 2013 dan 2018 sebagai timbalan kepada Rahmat Effendi.

Ahmad Syaikhu
Ahmad Syaikhu Wakil Walikota Bekasi.jpg
Presiden Partai Keadilan Sejahtera
Memegang jawatan
5 Oktober 2020
Didahului olehSohibul Iman
Timbalan Datuk Bandar Bekasi
Dalam jawatan
10 Mac 2013 – 10 Mac 2018
Datuk BandarRahmat Effendi
Didahului olehRahmat Effendi
Digantikan olehTri Ardhianto
Anggota DPRD Jawa Barat
Dalam jawatan
31 Ogos 2009 – 10 Mac 2013
Anggota Dewan Kota Bekasi
Dalam jawatan
2004–2009
Butiran peribadi
Lahir (1965-01-23) 23 Januari 1965 (umur 56)
Wilayah Cirebon, Indonesia
KerakyatanIndonesia
Parti politikPartai Keadilan Sejahtera
PasanganLilik Wakhidah
Anak-anak6

Dilahirkan di Wilayah Cirebon, beliau merupakan graduan perakaunan dan bekerja sebagai juruaudit kerajaan sebelum dipilih menyertai Dewan Kota Bekasi dan Dewan Perwakilan Jawa Barat. Beliau bertanding sebagai Datuk Bandar Bekasi dan Timbalan Gabenor Jawa Barat pada 2008 dan 2018, tetapi kedua-duanya tewas.

BackgroundSunting

Ahmad Syaikhu lahir di Kampung Ciledugkulon, Ciledug, Wilayah Cirebon pada 23 Januari 1965. Bapanya merupakan seorang pegawai kerajaan. Ahmad menamatkan pendidikan asasnya di sana, dan berpindah ke sekolah lain kemudiannya disebabkan perpindahan kerja bapanya, sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan.[1][2][3]

KerjayaSunting

Beliau memulakan kerjaya pada 1986 sebagai juruaudit kerajaan di Sumatera Selatan. Selepas tiga tahun di sana, beliau berpindah untuk menjadi juruaudit di kerajaan pusat.[3]

Dewan PerwakilanSunting

Dalam pilihan raya umum 2004, Ahmad Syaikhu menang dalam kerusi Dewan Kota Bekasi bagi penggal 2004-2009. Dalam pada itu, beliau turut bertanding dalam Pilihan raya datuk bandar Bekasi 2008, tetapi tewas kepada Mochtar Mohammad dan rakan sepasukannya Rahmat Effendi. Beliau kemudiannya menang dalam kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Jawa Barat pada pilihan raya umum 2009.[2]

BekasiSunting

Beliau pernah sekali lagi bertanding dalam pilihan raya datuk bandar Bekasi 2013 bergandingan dengan Rahmat Effendi, dengan kemenangan undi popular 43% dalam pertandingan 5 penjuru.[4] Mereka mengangkat sumpah pada 13 Mac 2013.[5] Pada 2015, beliau telah dilantik menjadi Ketua PKS di Jawa Barat.[2]

Ahmad Syaikhu bertanding dalam Pilihan raya gabernor Jawa Barat 2018 bergandingan dengan Sudrajat. Walaupun mereka pada awalnya berada ditempat bawah dalam undian pandangan (sekitar 4 peratus), gandingan ini telah melangkau jangkaan dan berada di tempat kedua di belakang pemenang Ridwan Kamil/Uu Ruzhanul Ulum, dengan peratusan undi 28.74 peratus.[6]

Berikutan berkahirnya tempoh beliau di Bekasi, beliau mendaftarkan diri untuk bertanding sebagai calon PKS di Dewan Perwakilan Rakyat..[7] Kemudiannya, beliau telah dicadangkan oleh PKS sebagai calon Timbalan Gabernor Jakarta yang dikosongkan Sandiaga Uno[8] Beliau kemudiannya dipilih menjadi Presiden PKS bagi penggan 2020-2025.[9]

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan Lilik Wakhidah dan dikurniakan enam orang anak.[3]

Ahmad Syaikhu mengasaskan beberapa pertubuhan yang berfokuskan pendidikan Islam. Beliau juga sangat suka menembak, dan pernah menjadi pengerusi di sebuah persatuan menembak dan berburu di Bekasi.[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b "5 Fakta Ahmad Syaikhu: Pernah Jadi Auditor hingga Hobi Menembak". Kumparan (dalam bahasa Indonesia). 11 March 2018. Dicapai pada 5 October 2018.
  2. ^ a b c Ardiansyah, Fitrah (10 January 2018). "Ahmad Syaikhu Dermawan yang Jago Menembak". Pikiran Rakyat (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 5 October 2018.
  3. ^ a b c "Profil Ahmad Syaikhu". VIVA (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 5 October 2018.
  4. ^ "Hasil Pilkada Kota Bekasi, Rahmat Effendi Menang 1 Putaran". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). 16 December 2012. Dicapai pada 5 October 2018.
  5. ^ "Gubernur Melantik Rahmat Effendi-Ahmad Syaikhu Jadi Pemimpin Kota Bekasi". Pikiran Rakyat (dalam bahasa Indonesia). 10 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2018. Dicapai pada 5 October 2018.
  6. ^ Siswadi, Anwar (9 July 2018). "Kalah dari Ridwan Kamil di Pilgub Jabar, Sudrajat Anggap Prestasi". Tempo (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 5 October 2018.
  7. ^ Richard, Theofilus (24 July 2018). "Ahmad Syaikhu Mantap Jadi Bacaleg DPR-RI". Tribun Jabar (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 October 2018.
  8. ^ "PKS nominates Ahmad Syaikhu, Agung Yulianto for Jakarta deputy governor". The Jakarta Post. 19 September 2018. Dicapai pada 5 October 2018.
  9. ^ "Ahmad Syaikhu Terpilih Jadi Presiden PKS Menggantikan Sohibul Iman". Merdeka (dalam bahasa Indonesia). 5 October 2020. Dicapai pada 6 October 2020.