Ahmad Tarmimi Siregar

Pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia

Dato' Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal (lahir 1950)[1] ialah seorang pelakon, pengacara dan pengarah veteran Malaysia yang terkenal dalam bidang lakonan wayang gambar dan televisyen. Antara pengalaman beliau dalam filem termasuk memegang watak utama dalam filem Abang dan Pemburu pada 1980-an. Selain itu, beliau juga terkenal sebgai pengarah pementasan teater Rubiah, dan juga merupakan seorang pelakon suara latar animasi yang terlibat dalam rakaman animasi tempatan dan bahan-bahan asing yang dialih suara ke Bahasa Malaysia, seperti dalam Muhammad Utusan Terakhir.


Ahmad Tarmimi Siregar

Kelahiran
Ahmad Tarmimi Siregar bin Mohd Kamal

1950 (umur 72–73)
PekerjaanPelakon, pengacara, pengarah
Tahun aktif1970–kini
PasanganDatin Zuhaila Siregar Sulaiman (k. 1990–2020)
Anak-anak3

Ahmad Tarmimi Siregar dilahirkan pada tahun 1950. Ahmad Tarmimi Siregar merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tarmimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 (Negeri Sembilan) berjudul Kaba Kasih Menanti.

Ahmad Tarmimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama tv dan filem seperti Permintaan Terakhir di samping aktres utama- Uji Rashid (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulong-1975), Abang (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telemovie Ana Aishah (RTM-1992), dan Telemovie Sinar (RTM-1993).

Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).

Anugerah dan pencalonanSunting

Dengan kecemerlangannya dalam bidang seni, beliau mendapat pelbagai anugerah, seperti Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970), Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979), Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987), Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992), Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995), Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996), Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996) dan Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).

  • Pelakon Terbaik Teater peringkat Kuala Lumpur berjudul Tali (1970),
  • Pelakon Pembantu TV Terbaik- Anugerah Seri Angkasa Drama RTM berjudul Percayalah (1976), * Fellowship Japan Foundation, Tokyo (1979),
  • Pelakon Pembantu Popular Berita Harian - filem Puteri (1987),
  • Pengarah Terbaik Anugerah Seri Angkasa - Drama Ana Aishah (1992),
  • Personaliti Popular Anugerah Seri Angkasa (1995),
  • Fellowship Asian Cultural Centre, New York (1996),
  • Pingat Pekerti Cemerlang (PMC - Negeri Sembilan 1996)
  • Kesatria Mangku Negara (KMN -1996).
  • darjah Paduka Mahkota Perak (dPMP) 1966
  • darjah Setia Negeri (NS) (DNS) 2007
  • darjah DBBS (NS)2011 gelaran DATO'
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Tak Serupa Tapi Sama

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1975 Permintaan Terakhir Filem pertama, pelakon sampingan
1981 Tsu Feh Sofiah
Abang Farid Din
1982 Pemburu
1983 Mekanik Encik Razali
1984 Matinya Seorang Patriot Ketua Editor kepada watak 'Yohanis'
1987 Puteri
1989 Anak Sarawak Azam Wasili
1990 Rentak Desa
1998 Penyair Malam Kamal
2001 Seri Dewi Malam Bapa Seri
2002 Embun Jeneral Kurugawa
Muhammad: Utusan Terakhir Alih suara BM
2005 Tak Ori Tapi Ok
2006 Buli Balik Haji Dasuki Penampilan khas
2007 Anak Halal Datuk Farid
2010 Niyang Rapik Bomoh
Belukar Encik Farid
Adnan Sempit Datuk Ithnin
2011 Misteri Jalan Lama Tuan Iskandar
2012 Adnan Sempit 2 Dato' Ithnin
Aku Terima Nikahnya Mansur
2013 Adnan Sempit 3 Datuk Ithnin
KL Zombi Dato' Farouk Pelakon sampingan
2015 Kapsul Dato' Najmi Penampilan khas
2016 Perjanjian Syaitan
Mimpi Anak Pulau Opu Filem Indonesia
2017 Surau dan Silek Arman
Malay Regiment Mejar Jeneral Abu Bakar
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Tok Imam
2021 Perjalanan Pertama Tan Filem Indonesia

DramaSunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah
1977 Ayah Ku     TV1
1978 Bila Mendong Berlalu    
1980 Tamu Bukit Kenny    
2002 Insurgensi     Brigadier Jeneral Dato' Esa Ahmad, Panglima Briged ke-2 Infantri Malaysia TV1
2005 Aku, Dia & Cape Town     Datuk Eman TV3
2005–2006 Biarku Sentuh Cintamu    
2006–2007 CID 3278     Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur TV9
2007 Dinasti Bilut     TV1
Sesuci Cinta Soffiya     TV3
2009 Keliwon     Perantara
Suraya     Dato' Rashid
2010–2011 Ayoub     Wan Arfan
2011 Tanah Kubur (Musim 1)     Astro Oasis Episod: "Bahana Riak Diri"
Tahajjud Cinta     Mohd Azim TV3
Karma     Tan Sri Fahrul Sani TV9
2013 Tanah Kubur (Musim 7)     Tuan Rafiuddin Astro Oasis Episod: "Kasih Ibu Tiri"
Nur Khalifah     TV2
2013–2014 Istidraj Cinta     Dato' Yatim TV3
2014 Kifarah (Musim 2)     Pak Sahak Episod: "Al-Amin"
Masihkah Ada Cinta     Dato' Taha
2016 Diari Cinta Kita     Dato' Ali TV9
Sesal Separuh Nyawa     Hypp Sensasi
2017 Mandatori     Tuan Johari Astro First Eksklusif
2018 Dia Anak Jeneral     Leftenan Jeneral Dato' Hambali TV2
Wira Kasih     Tok Pa
Mencari Qiblat     Tuan Abu TV3
2019 Biar Jadi Kartus     Datuk Murad TV2
2020 Hot Chocolate & Tea Lady    
Korban Kasih     Datuk Ismail TV1
Pink Smile     TV3 Tidak dikreditkan
2021 Ayahanda    
Tak Sempurna Mencintaimu     Dato Mustapha
2022 Juliet     TV1
Lockdown 2     Dr Azam Astro Ria
2023 Special Force: Anarchy     Iskandar Mansoor Disney+ Hotstar

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Pengarah
2002 Cinta SMS     TV3
2004 Tanah Kubur     Datuk Fadzli Astro Ria
2007 Wali     Zaza/Hamzah
2008 Asriah     Jamal TV3
2014 Hantu Langsir    
2015 Cahaya Rejab     TV2
2016 Cik Siti     TV3
Cinta 3 Rasa     Pak Odeng TV9
Songket Pak Andam    
2017 Nora Bam Boom     Pak Ali TV2
Kasih Seorang Ayah     Tuan Haji Hatta TV3
2019 Takkan Gentar    
2021 Ayat Dari Langit     Boss Astro Citra
2022 Ayahanda: Ibrah Ramadan     TV3
Menantu Atau Isteri Untuk Abah     Pak Nan Astro Ria
Tuah Sawa     Pak Abu TV Okey
2023 Rombongan Cik Kiah Ke AJL     Tok Ketua Tonton

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1987–1994 Selamat Pagi Malaysia Pengacara TV1
1995 Tekaria

RujukanSunting

Pautan luarSunting