Ahmad Termizi Ramli

Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli dikenali sebagai saintis nuklear berikutan isu Lynas. Kini beliau menjadi Pakar rujuk Keselamatan dan Kesihatan Radiologi.[1] dari Fakulti Fizik Nuklear Universiti Teknologi Malaysia. Semenjak 1987, beliau telah melakukan uji kaji, kajian dan jurnal rujukan berkaitan nuklear di Malaysia.


Ahmad Termizi Ramli
Kelahiran
Ahmad Termizi bin Ramli

(1954-08-08) 8 Ogos 1954 (umur 67)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Leeds
PasanganKamaliah binti Nordin
Anak9
Kerjaya saintifik
BidangNuklear
InstitusiFakulti Fizik Nukear, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Catatan kaki / rujukan
bersara dari jawatan Profesor di Universiti teknologi Malaysia pada tahun 2015

Maklumat PeribadiSunting

Nama : Prof. Dr. AHMAD TERMIZI BIN RAMLI dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Kebesaran oleh AlMarhum Sultan Azlan, Perak P.C.M (Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M))

Umur : (1954-08-08) 8 Ogos 1954 (umur 67)

Tempat Lahir : Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar. Perak

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Status : Berkahwin

Isteri : Kamaliah Binti Nordin (9 orang anak) - berasal dari Kemaman Terengganu

Kawasan Mengundi : Shah Alam

PendidikanSunting

•1960, Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

•1965, Sekolah Kebangsaan Selama, Perak.

•1967, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, Ipoh. LCE.

•1971, Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi MCE.

•1973, People's College of Further Education. A-Level.

•1975, University of Leeds, UK, B.Sc. (Hons) Fizik.

•1980, University of Salford, UK, M.Sc. Kesihatan dan Keselamatan Radiologi.

•1984, University of Swansea, Wales, Diploma Fizik Pengionan dan Ph.D Fizik Perubatan.

KerjayaSunting

• Bersara sebagai Professor Gred B di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pencapaian Dalam KerjayaSunting

• Dianugerahkan Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M)[2] oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.

• Ahli Senat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2011 hingga 2016.

• Ketua Jabatan Fizik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1988 hingga 1990.

• Pengarah Unit Perlindungan Sinaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1991 hingga 2003.

• Professor Gred C (1997 - 2013),

• Professor Gred B (2013-2016).

• Mengendalikan 21 orang pelajar Doktor Falsafah (PHD) dan 21 orang pelajar sarjana (Master) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang fizik.

• Mengendalikan 19 projek penyelidikan daripada pelbagai agensi menghampiri kos sebanyak RM2.6 juta.

• Menghasilkan 11 buah buku ilmiah, 97 kertas jurnal antarabangsa dan 79 kertas pelbagai persidangan.

• Melaksanakan tugasan di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

Penglibatan SosialSunting

• Timbalan Presiden Persatuan Islam University Leeds (1978-1979)

• Presiden Persatuan Islam University College Swansea (1984-1986)

• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom (1984-1985)

• Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (1991-1992)

Sumbangan Peringkat KebangsaanSunting

• Ahli Panel Pakar Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar sejak tahun 1992

• Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Persijilan Pegawai Perlindungan Sinaran Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar 1995-2003.

• Ahli Panel Pakar Nobel Laureate Akademi Sains Malaysia sejak tahun 2002.

• Ahli Reaktor Interest Group Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia sejak tahun 2002.

• Ahli Kajian Hala Tuju Pengajian Dalam Bidang Kejuruteraan Nuklear di Institut Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi sejak tahun 2012.

• Pengerusi Panel Pakar Sains Nuklear Dewan Bahasa dan Pustaka 2013-2015.

• Ahli Tetap Jawatankuasa Pemantauan Pengoperasian Loji Bahan Termaju Lynas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Pengalaman Dalam PolitikSunting

• Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM.

• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom ketika zaman pengajiannya di United Kingdom.

Jawatan Dalam Parti Amanah NegaraSunting

•Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa AMANAH

•Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya AMANAH

•Ahli Jawatankuasa Biro Politik AMANAH Perak

•Naib Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kangsar [3]

Isu LynasSunting

Menerusi Buletin Utama, TV3. Beliau bersama YB Dr. Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen PAS Hulu Langat) telah menyokong[pautan mati kekal] projek Nadir Bumi tersebut walaupun menjejaskan usaha PKR memburukkan kerajaan terhadap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang radiasi berkaitan.

Namun begitu, beliau berharap pemantauan oleh agensi kerajaan terhadap pelabur harus diaudit secara telus dan berkala untuk mengelak risiko pengambilan untung yang tidak beretika sehingga menjejaskan alam sekitar[4]. Pelabur dari Australia telah melabur RM700 dalam projek itu. Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menafikan laporan khas wartawan alam sekitar, Karam Singh Walia.

Kebimbangan mengenai pencemaran itu berasaskan kes sebelumnya seperti, pemprosesan nadir bumi di Maywood Site, Amerika Syarikat menyebabkan pencemaran kepada kawasan sekitar melalui anak sungai yang membawa bahan cemar ke kawasan sekeliling.[5]

RujukanSunting

  1. ^ https://scholar.google.com.my/citations?user=-9b70JAAAAAJ&hl=en
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-26. Dicapai pada 2016-06-03.
  3. ^ http://m.malaysiakini.com/news/343919
  4. ^ http://portal.aelb.gov.my/sites/aelb/maklumat%20lynas/Maklumat%20Umum/Laporan%20Jawatankuasa.pdf[pautan mati kekal]
  5. ^ "Maywood Site". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-22. Dicapai pada 2011-08-27.