Ahmad Yunus Hairi

Yang Berhormat Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Yang Berhormat Dato' Dr.

Ahmad Yunus Hairi

DPMS (Selangor)
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Sijangkang
Memegang jawatan
2008
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Abdul Fatah Iskandar
Majoriti2,081 (2008)
2,942 (2013)
1,677 (2018)
Pesuruhjaya PAS Selangor
Memegang jawatan
2019
Didahului olehSallehen Mukhyi
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Hal Ehwal Agama Islam,
Adat Melayu & Warisan,
Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2013–2018
Menteri Besar
Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
Mohamed Azmin Ali (PKR)
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2012–2013
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim (PKR)
Butiran peribadi
Parti politikLogo Perikatan Nasional.svg PAS logo.svg
KediamanSelangor Selangor
PekerjaanAhli politik

Exco SelangorSunting

Pada 18 Januari 2012, Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai Exco negeri Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Januari 2012. Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam . Beliau dipertanggungjawabkan terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan negeri Selangor. Hassan Ali sebenarnya menjadi Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Calon pilihan iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menolak jawatan tersebut.[1]

KontroversiSunting

Dapat gantirugi RM55,000Sunting

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 akhbar Berita Harian menyiarkan berita "Tikam dari belakang - calon PAS". Pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Iskandar, Kalimullah Hassan dan The News Straits Times Press( Malaysia ) Berhad. Rencana itu membawa maksud Ahmad Yunus seorang rakan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu bersama majlis ceramah UMNO / Abdul Fatah tetapi bertanding pula atas tiket PAS. Pembaca akan mentafsir Ahmad Yunus sebagai calon PAS tangkap muat dan beliau adalah calon yang berjuang berdasarkan emosi.[2] Dr Ahmad Yunus diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin. Datuk Abdul Fatah Iskandar diwakili oleh firma Tetuan Salahuddin Saidin . Akhbar Berita Harian diwakili oleh peguam Josephen dari Tetuan Sharizat & Lee .[3]

Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan bahawa Datuk Abdul Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press setuju membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Dr Ahmad Yunus.

Isu Baju Melayu Pada Sidang Dewan Negeri SelangorSunting

Pada bulan November 2020, Dr Yunus adalah di antara 5 Ahli Dewan Negeri (ADUN) pembangkang yang ditegur oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim kerana memakai Baju Melayu di Dewan pada hari yang bukan hari Jumaat.[4]

ADUN-ADUN lain yang ditegur adalah Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong), Zakaria Hanafi (Semenyih), Datuk Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang) dan Rizam Ismail (Sungai Air Tawar).[5]

Teguran itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati Datuk Shamsudin yang menimbulkan kekecohan apabila beliau mempersoalkan tindakan Speaker yang melarang pemakaian Baju Melayu di dalam Dewan pada bukan hari Jumaat.[6]

Mahu Kerajaan Negeri Tegas Terhadap Kilang HaramSunting

Pada 9 Disember 2020, Dr Yunus Hairi berkata program pemutihan kilang-kilang haram yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah dilanjutkan 6 kali bermula Julai 2006 sehingga 31 Disember 2015.[7]

Menurutnya, pada September 2019, kerajaan negeri telah sekali lagi melanjutkannya untuk satu tahun bermula 1 Oktober 2019 sehingga 30 September 2020 bagi memberi peluang kepada pemilik-pemilik memutihkan kilang mereka.[8]

Beliau juga mahu kerajaan negeri atau Exco yang bertanggungjawab bersikap tegas dengan program pemutihan ini.[9]

Beliau juga bimbang tempoh lanjutan ini akan mengakibatkan pemilik-pemilik kilang haram ini akan mengambil kesempatan.[10]

Dr Yunus turut menyokong titah Sultan Selangor yang menggesa kerajaan negeri bertindak tanpa kompromi dan juga tanpa campur tangan politik.[11]

Tegur Azmin AliSunting

Pada 12 Julai 2020, Dr Yunus berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) yang dipengerusikan Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak melibatkan semua parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) justeru itu menimbulkan tanda tanya.[12]

Dr Yunus melihat tindakan Mohamed Azmin hanya akan menjadikan hubungan di dalam PN keruh.[13]

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar juga mendakwa mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Negeri Selangor tidak menjemput ADUN-ADUN UMNO dan PAS.[14]

Bidas Ahli Parlimen KlangSunting

Pada 5 September 2020, Dr Yunus selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor telah membidas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kerana mahu perletakan jawatan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berikutan pencemaran sungai di Selangor.[15]

Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata sebelum menuding kesalahan ke atas Menteri Air dan Alam Sekitar itu, Charles perlu cermin diri terlebih dahulu .[16]

Kata Dr Yunus, pencemaran ini merupakan kejadian ulangan disyaki berpunca dari kilang yang sama justeru itu tindakan awal oleh Charles sewaktu menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ketika kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini di dalam mengekang isu pencemaran sungai yang berlaku dari awal adalah dipersoalkan.[17]

Pertahankan Pendidikan Agama Negeri SelangorSunting

Pada bulan Julai 2017, Dr Yunus selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa Negeri Selangor telah menolak dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa agenda pembangunan pendidikan agama negeri Selangor adalah tidak konsisten.[18]

Kata Dr Yunus, kerajaan negeri telah membina madrasah integrasi tahfiz dan maahad tahfiz di seluruh negeri.[19]

Beliau menegaskan terdapat beratus-ratus sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA), Sekolah Rendah Intergrasi di 11 buah daerah dan 4 buah Maahad Tahfiz Intergrasi Negeri.[20]

Elaun guru-guru agama di sekolah integrasi negeri juga telah dinaikkan sehingga RM1,500 sebulan yang menelan belanja RM20 juta seperti yang diluluskan pada Belanjawan 2017.[21]

RM13 juta juga telah diluluskan bagi pembaikan infrastruktur pendidikan aliran agama membabitkan sekolah agama rakyat (SAR), tambah beliau.[22]


AnugerahSunting

  •   Selangor
    •   Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato' (2014)

Pautan luarSunting

  1. ^ ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali
  2. ^ Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000 Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000
  3. ^ Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000
  4. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/748949/5-adun-pembangkang-selangor-ditegur-tidak-patuh-peraturan
  5. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/748949/5-adun-pembangkang-selangor-ditegur-tidak-patuh-peraturan
  6. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/748949/5-adun-pembangkang-selangor-ditegur-tidak-patuh-peraturan
  7. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/09/dasar-pemutihan-tidak-betul-pas-selangor/
  8. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/09/dasar-pemutihan-tidak-betul-pas-selangor/
  9. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/09/dasar-pemutihan-tidak-betul-pas-selangor/
  10. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/09/dasar-pemutihan-tidak-betul-pas-selangor/
  11. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/09/dasar-pemutihan-tidak-betul-pas-selangor/
  12. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/91819/BERITA/Politik/Pas-Selangor-tegur-Azmin-jangan-rosakkan-hubungan-PN
  13. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/91819/BERITA/Politik/Pas-Selangor-tegur-Azmin-jangan-rosakkan-hubungan-PN
  14. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/90510/BERITA/Politik/Noh-persoal-tiada-wakil-PN-dalam-MTPNg-Selangor
  15. ^ https://malaysiagazette.com/2020/09/05/cermin-diri-sendiri-dulu-santiago-kata-pas-selangor/
  16. ^ https://malaysiagazette.com/2020/09/05/cermin-diri-sendiri-dulu-santiago-kata-pas-selangor/
  17. ^ https://malaysiagazette.com/2020/09/05/cermin-diri-sendiri-dulu-santiago-kata-pas-selangor/
  18. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2017/07/21/pendidikan-agama-exco-selangor-jawab-mb-johor/
  19. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2017/07/21/pendidikan-agama-exco-selangor-jawab-mb-johor/
  20. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2017/07/21/pendidikan-agama-exco-selangor-jawab-mb-johor/
  21. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2017/07/21/pendidikan-agama-exco-selangor-jawab-mb-johor/
  22. ^ https://harakahdaily.net/index.php/2017/07/21/pendidikan-agama-exco-selangor-jawab-mb-johor/