Ahmad Zaki Ansore

(Dilencongkan dari Ahmad Zaki Anrose)

Tan Sri Ahmad Zaki Ansore (57 tahun ) dilantik menjadi dilantik sebagai Ketua Pengarah UPP bagi menggantikan Tan Sri Shukry Mohd Salleh] mulai 16 April 2015. Perlantikan beliau diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di Kuala Lumpur.

Sebelum ini Tan Sri Ahmad Zaki Ansore ialah Ketua Pengarah Unit Pemulihan Pasca Banjir JPM.

Pendidikan sunting

Ahmad Zaki Anrose mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Polisi dari Universiti Saitama, Jepun selain memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun dan menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Jan 1983.

Ahmad Zaki Anrose berpengalaman luas dalam bidang kewangan, ekonomi, pengurusan awam dan pengurusan pembangunan sosial menerusi pelbagai jawatan yang pernah disandang sepanjang perkhidmatan. Antara jawatan yang pernah disandang Ahmad Zaki Anrose adalah Penolong Setiausaha Bahagian Analisis Ekonomi Kementerian Kewangan; Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Industri Kementerian Perusahaan Utama dan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelarasan Projek Khas, Unit Penyelarasan JPM sebelum dilantik ke jawatan semasa pada 5 Februari 2015.

Tempat Ahmad Zaki Anrose digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pusat Transformasi Penyampaian UPP JPM Datuk Nik Ali Mat Yunus (56 tahun ) yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun. Kelayakan, pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti mampu membawa organisasi masing-masing ke tahap kecemerlangan lebih tinggi dalam menjayakan wawasan serta aspirasi negara. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Shukry Mohd Salleh dilantik ketua setiausaha sulit PM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-15. Dicapai pada 2015-04-15.