Ahmad Zubir Murshid

Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden syarikat multinasional Malaysia Sime Darby.[1] Sime Darby adalah konglomerat asal British dan firma perladangan disenaraikan yang terbesar di dunia dari aspek keluasan ekar yang dimilikinya.

Sime Darby rugi sunting

Akibat lebihan kos , Sime Darby bakal kerugian RM964 juta pada 2010 bagi Projek hidroelektrik Bakun (RM450 juta), Maersk Oil Qatar (MOQ) (RM159 juta) dan pembinaan kapal bagi projek MOQ (RM155 juta).

Pada Oktober 2009 ,Sime Darby telah mewujudkan Jawatankuasa Petugas Khas untuk mengkaji operasi Bahagian Tenaga dan Utilitinya. Antara ahlinya ialah Datuk Seri Panglima Andrew Sheng Len Tao, Tan Sri Wan Mohd Zaid Mohd Noordin dan Datin Paduka Zaitoon Othman. Kerugian membabitkan projek Bulhanine dan Maydan Mahzam dengan Qatar Petroleum (QP), Projek MOQ, pembinaan kapal bagi kegunaan projek MOQ dan projek empangan hidroelektrik di Bakun.

  1. Projek QP yang dianugerahkan pada April 2006 yang sepatutnya siap pada Ogos 2008 telah tertangguh dan lebihan kos sehingga mengakibatkan kerugian RM500 juta yang telah diambil kira dalam akaun.
  2. Projek MOQ yang diterima pada Januari 2007 dan sepatutnya siap pada Oktober 2010, mengalami lebihan kos dan mencatatkan kerugian RM525 juta bagi tahun kewangan 2010 yang mana RM367 juta telah dikenal pasti pada separuh pertama.
  3. Projek marin pembinaan dua bot tunda dan kapal untuk kegunaan projek MOQ juga gagal disiapkan dan projek itu dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM155 juta. Ketua Pegawai Kewangan Sime Darby, Tong Poh Keow berkata, pihaknya sedang berunding dengan pelanggannya berhubung potensi tuntutan.
  4. Projek Bakun sepatutnya siap pada September 2007 tetapi terpaksa dilanjutkan juga dianggar memerlukan kos tambahan sebanyak RM450 juta. Sime Darby berbincang semula dengan pelanggan dan subkontraktor .[2]

Pada 13 Mei 2010, Ahmad Zubir diminta bercuti berikutan Sime Darby kerugian lebih RM1.63 bilion kerana lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya. Tempat beliau dipangku oleh Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapat persetujuan mesyuarat Lembaga Pengarah Sime Darby. Turut hadir di Pusat Konvensyen Sime Darby ialah Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam. [3]

Dakwaan penyelewengan sunting

Pada 23 Disember 2010, Sime Darby Bhd. (Sime Darby) telah memfailkan saman sivil terhadap Ahmad Zubir Murshid dan empat individu lain kerana kerugian yang disebabkan projek yang berbeza-beza. Writ saman terhadap Projek Petroleum Qatar iaitu Projek Minyak Maersk dan projek pembinaan kapal marin menerusi firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim & Co. di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi (Dagang). Plaintif menamakan empat lagi defendan iaitu Mohamad Shukri Baharom, Abdul Rahim Ismail, Abdul Kadir Alias dan Mohd. Zaki Othman. [4]

Dakwaan pecah amanah tanah adat sunting

Pada 17 Julai 2012, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Pengarah Siasatan SPRM , Datuk Mustafar Ali memaklumkan bahawa Ahmad Zubir Murshid ditahan pada 11.55 pagi di SPRM Jalan Duta kerana terbabit dalam projek pertanian pembangunan tanah adat di Sarawak.Pada waktu itu beliau adalah Presiden dan CEO syarikat Sime Darby.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.Hakim Jagjit Singh membenarkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tuduhan. Bagaimanapun beliau dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan akan dituduh di mahkamah. Beliau disyaki melakukan pecah amanah kerana gagal mengarahkan tindakan undang-undang bagi pengesahan ke atas penganugerahan tanah adat bumiputera yang menyebabkan Sime Darby Berhad kerugian sebanyak RM85,023 juta dan RM16,816 juta. [5]

Beliau dikatakan tidak memaklumkan di mana beliau telah terikat di bawah undang-undang kontrak untuk melindungi lembaga pengarah bahawa kelulusan tanah hak adat bumiputera kepada Sime Darby Berhad telah sebaliknya dianugerahkan kepada syarikat ketiga dan dengan pengetahuan bahawa ia boleh mendatangkan kerugian kepada Sime Darby Berhad. Projek itu dijalankan dengan kerjasama syarikat GLC kerajaan negeri Sarawak itu mengalami kerugian melebihi RM100 juta.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ex-Sime Darby president acquitted". The Star (Malaysia). 6 September 2016. Dicapai pada 2020-01-29.
  2. ^ "Sime Darby rugi lebih RM1.63b Sime Darby rugi lebih RM1.63b". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2012-07-17.
  3. ^ "Sime Darby rugi lebih RM1.63b". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2012-07-17.
  4. ^ Sime Darby fail saman sivil terhadap Zubir Murshid[pautan mati kekal]
  5. ^ Bekas CEO Sime Darby hadapi 2 tuduhan
  6. ^ Bekas presiden, CEO Sime Darby ditahan SPRM