Ahmad ibn Yusuf

Abu Ja'far Ahmad ibn Yusuf ibn Ibrahim ibn Tammam al-Siddiq Al-Baghdadi (835–912), yang dikenali di Barat dengan nama Latinnya Hametus, ialah seorang ahli matematik Arab, sebagaimana bapanya Yusuf ibn Ibrahim (Bahasa Arab: يوسف بن ابراهيم الصدَيق البغدادي).

HayatSunting

Ahmad ibn Yusuf dilahirkan di Baghdad dan berpindah bersama bapanya ke Damsyik pada tahun 839. Beliau kemudiannya berpindah ke Kaherah, namun tarikhnya yang tepat tidak diketahui: memandangkan beliau juga dikenali sebagai al-Misri, yang bermaksud orang Mesir, ini mungkin berlaku pada usia kecil. Akhirnya, beliau meninggal dunia juga di Kaherah. Beliau mungkin membesar dalam persekitaran intelektual yang kuat: bapanya bergiat dalam matematik, astronomi dan perubatan, menghasilkan jadual-jadual astronomi dan merupakan anggota sebuah kumpulan ilmuwan. Beliau mencapai peranan yang penting di Mesir, yang disebabkan oleh kemerdekaan relatif Mesir daripada khalifah Bani Abbasiyyah.

KaryaSunting

Beliau menulis tentang nisbah dan perkadaran. Ini diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona dan merupakan satu ulasan terhadap karya Euclid, Elements. Buku ini mempengaruhi ahli-ahli matematik Eropah terawal seperti Fibonacci. Selain itu, dalam On similar arcs, beliau mengulas karya Ptolemy, Karpos (atau Centiloquium); ramai sarjana percaya bahawa Ibn Yusuf adalah pada hakikatnya penulis sebenar karya tersebut.[1] Beliau juga menulis sebuah buku tentang astrolab. Beliau mencipta kaedah untuk menyelesaikan masalah cukai yang kemudiannya ditampilkan dalam karya Fibonacci, Liber Abaci. Beliau juga dipetik oleh ahli-ahli matematik seperti Thomas Bradwardine, Jordanus de Nemore dan Luca Pacioli.

Lihat jugaSunting

CatatanSunting

  1. ^ Richard Lemay, Origin and success of the Kitab Thamara of Abu Ja'far Ahmad ibn Yusuf, in Proceedings of the 1st International Symposium for the History of Arabic Science, University of Aleppo (1976), Aleppo 1978
  • M Steinschneider, Yusuf ben Ibrahim und Ahmad ibn Yusuf, Bibliotheca mathematica (1888), 49–117.
  • Schrader, Dorothy (1970). "Aḥmad Ibn Yūsef". Dictionary of Scientific Biography. 1. New York: Charles Scribner's Sons. m/s. 82–83. ISBN 0-684-10114-9.
  • H. L. L. Busard and P. S. van Koningsveld, Der "Liber de arcubus similibus" des Ahmad ibn Jusuf, Annals of science 30 (1973), 381–406.
  • M Steinschneider, Yusuf ben Ibrahim und Ahmad ibn Yusuf, Bibliotheca mathematic (1888), 49–117.

Pautan luarSunting

Templat:Islamic mathematics