Ahmadiyyah (Urdu: احمدِیہ‎) ialah suatu ajaran sesat Islam yang diasaskan di India di akhir abad ke-19, bermula dengan kehidupan dan ajaran Mirza Ghulam Ahmad (1835–1908), yang mendakwa memenuhi ramalan pengislah dunia di akhir zaman, seperti disebut dalam tradisi pelbagai agama dunia dan membawa kejayaan akhir Islam sebagaimana yang dijanjikan dalam ajaran Islam. Beliau mendakwa merupakan mujaddid (pengislah) abad Islam ke-14, Al-Masih dan Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu Muslim.[1][2][3][4][5] Pengikut ajaran Ahmadiyyah dirujuk sebagai Ahmadi atau Muslim Ahmadi. Ahmadi menekankan kepercayaan bahawa Islam ialah hukum terakhir untuk manusia sebagaimana diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan keperluan mengembalikan intipati sebenar dan bentuk aslinya, yang telah hilang ditelan zaman. Demikian, Ahmadi melihat diri mereka sebagai pendulu pemulihan dan penyebaran aman Islam.[6] Ahmadi merupakan antara masyarakat Muslim terawal tiba di Britain dan negara Barat lain.[6]

Bendera Ahmadiyyah

Terdapat sekatan undang-undang terhadap Ahmadi di beberapa negara Muslim, khususnya Pakistan.[7]

Ajaran ini juga dikenali sebagai Qadiani (panggilan dari musuh-musuhnya) iaitu sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.

Ciri-ciri ajaran Ahmadiyyah: sunting

  • Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
  • Beriktikad bahawa Allah S.W.T. tidak menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
  • Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
  • Menghapuskan jihad dengan kekerasan dan melancarkan jihar dengan pena.;
  • Tidak mengubah ayat Al-Quran seperti yang dituduh oleh para penentang iaitu ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
  • Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
  • Tidak pernah mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
  • Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;

Rujukan sunting

  1. ^ “The Fourteenth-Century's Reformer / Mujaddid”, daripada “Call of Islam”, oleh Maulana Muhammad Ali
  2. ^ Claims of Hadhrat Ahmad, Chapter Two
  3. ^ Reflection of all the Prophets
  4. ^ Future of Revelation, Part 7
  5. ^ The Removal of a Misunderstanding
  6. ^ a b The Ahmadi Muslim Community. Who are the Ahmadi Muslims and what do they believe? Waqar Ahmad Ahmedi gives a brief introduction to the Ahmadi branch of Islam. Times Online. 27 Mei 2008.
  7. ^ "Ahmadiyya Debate". Parliament of United Kingdom. Dicapai pada 22 Oktober 2010.