Ahmedbhai Mohammedbhai Patel, lebih dikenali sebagai Ahmed Patel (21 August 1949 - 25 November 2020)[2] merupakan seorang ahli politik negara India dan Ahli Parlimen daripada parti Kongres Kebangsaan India.[3] Beliau merupakan setiausaha politik kepada Presiden Kongres, Sonia Gandhi.[4][5]

Ahmed Patel
Bendahari
Jawatankuasa Kongres Seluruh India
Dalam jawatan
21 Ogos 2018 – 25 November 2020
Didahului olehMotilal Vora
Ahli Parlimen, Rajya Sabha
Dalam jawatan
19 Ogos 1993 – 25 November 2020
Kawasan pilihan rayaGujarat
Ahli Parlimen, Lok Sabha
Dalam jawatan
1977–1989
Didahului olehMansinhji Rana
Digantikan olehChandubhai Deshmukh[1]
Kawasan pilihan rayaBharuch
Butiran peribadi
Lahir(1949-08-21)21 Ogos 1949
Bharuch, Wilayah Bombay, India
(kini Gujarat, India)
Meninggal dunia25 November 2020(2020-11-25) (umur 71)
Gurugram, Haryana, India
KerakyatanIndia
Parti politikKongres Kebangsaan India (1976-2020)
PasanganMemoona Patel
Anak-anak2
Alma materUniversiti Gujarat Selatan

Patel mewakili Gujarat untuk 8 penggal di Parlimen India; tiga penggal di dewan rendah Lok Sabha (1977 - 1989) dan lima penggal di dewan tinggi Rajya Sabha (1993 - 2020). Beliau juga merupakan bendahari Jawatankuasa Kongres Seluruh India (2018 - 2020).

Kehidupan awal sunting

Patel lahir pada 21 Ogos 1949 di sebuah keluarga petani Bharuch, sebagai anak ketiga kepada Mohammed Ishikji Patel dan Hawaben Mohammedbhai di negeri barat India, Gujarat.[6] Bapanya merupakan pekerja sosial. Patel kemudiannya menyertai Kongres Belia, sayap pelajar bagi Kongres Kebangsaan India.[7]

Kerjaya politik sunting

Patel memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai pilihan raya tempatan di Daerah Bharuch, Gujarat pada 1976.[8]

Beliau terpilih pada tahun 1977 untuk bertanding pilihan raya bagi sidang ke-6 Lok Sabha mewakili Bharuch. Beliau kemudiannya menang dalam pilihan raya tersebut (1977) dan menang berturut-turut untuk dua penggal kemudiannya, 1980 dan 1984, dan menyambung tugas perwakilan sehingga 1989.[7]

Pada 1985, beliau telah menjadi Setiausaha Parlimen bagi Perdana Menteri Rajiv Gandhi.[9] Pada 1987, atas kapasiti beliau sebagai Anggota Parlimen, beliau telah membantu penubuhan Pihak Berkuasa Pengurusan Narmada bagi memantau projek empangan Sardar Sarovar.[10][11] Beliau telah dilantik sebagai setiausaha Dana Jawahar Bhavan pada tahun 1988 dan berjaya menyelesaikan projek dalam tempoh masa sebelum sambutan ulang tahun kelahiran keseratus Jawaharlal Nehru.[12]

Pada 2005, Ahmed Patel telah dilantik menggangotai Rajya Sabha untuk penggal keempat beliau. Walaupun dianggap sebagai ketua strategi kepada Sonia Gandhi, beliau memilih untuk berada di luar daripada kerajaan UPA dalam sidang ke-14 dan ke-15 Lok Sabha antara tahun 2004 hingga 2014[13]. Beliau mengekalkan sikap rendah diri dan mengelak daripada media dan tumpuan awam.[14] Patel merupakan Muslim kedua yang menjadi ahli parlimen Lok Sabha di Gujarat selepas Ehsan Jafri.[15]

Beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik Sonia Gandhi, presiden Kongres Kebangsaan India. Beliau juga berkhidmat sebagai setiausaha parlimen bagi bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi pada tahun 1985. Beliau telah dilantik menjadi bendahari Jawatankuasa Kongres Seluruh India pada 2018, menggantikan anggota kanan parti, Motilal Vora[16]

Pilihan raya terakhir beliau ialah Rajya Sabha pada 2017.[17].[18][19]

Kehidupan peribadi sunting

Patel berkahwin dengan Memoona Ahmed Patel sejak 1976. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki.[20][21] Beliau terkenal dengan sikap rendah diri dan jarang berkomunikasi dengan media.[22]

Kematian sunting

Patel meninggal dunia pada 25 November 2020 akibat kegagalan berfungsi pelbagai organ berpunca daripada COVID-19. Beliau ditahan di Hospital Medanta dan ditempatkan dalam wad ICU selepas disahkan menghidap COVID-19.[23]

Rujukan sunting

  1. ^ "Biographical Sketch of Member of 12th Lok Sabha". 164.100.47.194. Dicapai pada 10 August 2017.
  2. ^ "Congress veteran Ahmed Patel passes away following Covid complications". The Times of India. 25 November 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  3. ^ "Senior Congress leader Ahmed Patel passes away". NetIndian. New Delhi. 25 November 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  4. ^ http://164.100.47.5/newmembers/Website/Main.aspx
  5. ^ Congress likely to field ex-MLA Rasheedaben from Bharuch – Express India Diarkibkan 26 September 2012 di Wayback Machine
  6. ^ "Ahmed Patel" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-25.
  7. ^ a b "Ahmed Patel: Sonia Gandhi's most trusted advisor, top Congress troubleshooter". DNA India (dalam bahasa Inggeris). 25 November 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  8. ^ Writer, Staff (2020-11-25). "Ahmed Patel's last tweet was a condolence message for another political giant". mint (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-25.
  9. ^ "Detailed Profile – Shri Ahmed Patel – Members of Parliament (Rajya Sabha) – Who's Who – Government: National Portal of India". Archive.india.gov.in. Dicapai pada 13 May 2014.
  10. ^ "Press Information Bureau Archive". Dicapai pada 8 November 2014.
  11. ^ "Ahmed Patel" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 November 2020.
  12. ^ "Jawahar Bhavan: Swank new headquarters for Congress(I) : INDIASCOPE – India Today". indiatoday.intoday.in. 31 July 1989. Dicapai pada 8 November 2014.
  13. ^ "Ahmed Patel was the go-to man in Congress, a staunch Gandhi family loyalist". mint (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-25. Dicapai pada 2020-11-25.
  14. ^ "Ahmed Patel becomes active in Gujarat". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2007. Dicapai pada 22 June 2009.
  15. ^ "Gujarat results comforting for backroom boy Ahmed Patel". The Times of India. 19 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-24. Dicapai pada 13 May 2014.
  16. ^ Nair, Sobhana K. (25 November 2020). "Senior Congress leader Ahmed Patel dies due to multiple organ failure". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0971-751X. Dicapai pada 25 November 2020.
  17. ^ "Ahmed Patel". Business Standard India. Dicapai pada 2020-11-25.
  18. ^ Nair, Sobhana K. (2020-11-25). "Senior Congress leader Ahmed Patel dies due to multiple organ failure". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0971-751X. Dicapai pada 2020-11-25.
  19. ^ "Ahmed Patel: Sonia Gandhi's most trusted advisor, top Congress troubleshooter". DNA India (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-25. Dicapai pada 2020-11-25.
  20. ^ Detailed Profile – Shri Ahmed Patel – Members of Parliament (Rajya Sabha) – Who's Who – Government: National Portal of India
  21. ^ "Ahmed Patel inaugurates HMP Dediapada Healthcare Centre". DeshGujarat. 21 February 2015.
  22. ^ "Congress veteran Ahmed Patel succumbs to post-Covid complications at 71". India Today (dalam bahasa Inggeris). November 25, 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  23. ^ https://www.ndtv.com/india-news/ahmed-patel-senior-congress-leader-dies-at-71-2329787
Kerusi dewan
Didahului oleh
NA
Ahli Parlimen
Gujarat

1993
Diikuti oleh:
'kosong'
Kerusi dewan
Didahului oleh
Mansinhji Rana
Ahli Parlimen
Bharuch

1977 – 1989
Diikuti oleh:
Chandubhai Deshmukh