Ahmed Ali Mohammed Qurei (atau Qureia; Bahasa Arab: أحمد علي محمد قريع, Aḥmad ʿAlī Muḥammad Qurayʿ), juga dikenal sebagai Abu Alaa (أبو علاء, Abū ʿAláʾ) (26 Mac 1937 – 22 Februari 2023) ialah mantan Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin. Pertama kali dilantik ke jawatan itu pada Oktober 2003, tetapi meletak jawatannya pada 26 Januari 2006 berikutan kekalahan parti Fatah dalam pemilihan perundangan Palestin 2006, dan tetap memegang jawatan sebagai pemangku hingga 19 Februari ketika beliau digantikan oleh Ismail Haniyeh. Semasa menjawat jawatan perdana menteri, beliau juga telah bertanggungjawab atas isu-isu keselamatan. Beliau sebelumnya pernah berkhidmat sebagai pembicara Majlis Perundangan Palestin dan memegang pelbagai jawatan penting dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sejak 1970-an.[1][2]

Ahmed Ali Mohammed Qurei
احمد علي محمد قريع
Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin kedua
Dalam jawatan
7 Oktober 2003 – 18 Januari 2005
24 Disember 2005 – 29 Mac 2006
Didahului olehMahmud Abbas
Nabil Shaath (acting)
Digantikan olehNabil Shaath (pemangku)
Ismail Haniyeh
Butiran peribadi
Lahir(1937-03-26)26 Mac 1937
Abu Dis, Palestin Bermandat
Meninggal dunia22 Februari 2023(2023-02-22) (umur 85)
KerakyatanPalestinian
Parti politikFatah

Rujukan sunting

  1. ^ "BBC NEWS | Middle East | Profile: Ahmed Qurei". news.bbc.co.uk.
  2. ^ Pike, John. "Ahmed Qurei [Abu Ala]". www.globalsecurity.org.