Ahmose–Nefertari

Ahmose-Nefertari merupakan isteri pada pengasas dinasti ke lapan belas, Kerajaan Baru, Ahmose (memerintah 1569-1545 BCE).

Kehidupan Ahmose-Nefertari diketahui melalui pelbagai dokumen Kerajaan Baru dan gambaran; terutamanya teks dari stela yang rosak yang dijumpai di Karnak yang mengisahkan secara terperinci mengenai urusan rasminya antara Ahmose-Nefertari dan Thutmose I.

Ahmose-Nefertari juga dipercayai menjadi pemerintah sementara/regent bagi anaknya selepas kematian suaminya sebelum Amenhotpe I memerintah sendiri (memerintah 1545-1525 BCE). Ahmose-Nefertari masih hidup selepas pemerintahan anaknya dan dipercayai memainkan peranan utama bagi pengganti pemerintah selepas anaknya, Thutmose I. Ini kerana Thutmose I tidak mempunyai kaitan dengan keluarga yang mengasaskan dinasti tersebut.

Ahmose-Nefertari mati semasa pemerintahan Thutmose I (sekitar 1525-1516 BCE). Kuil pengebumian Ahmose-Nefertari terletak di tebing barat sungai Nil bertentangan dengan Thebes; bagaimanapun ia hampir lenyap sepenuhnya. Makamnya kemungkinannya tidak jauh dari Dra Abul Naga dan sarcophagus dan mumminya dijumpai tersorok dalam himpunan peninggalan diraja di Deir el-Bahri.

Semasa beberapa kurun selepas kematiannya, Ahmose-Nefertari biasanya digambarkan dalam lukisan bersama ahli lain keluarga diraja dalam Kerajaan Baru yang dikenali sebagai Daftar Raja. Dia juga sering digambarkan bersama anaknya Amenhotpe I kerana sanjungan ingatan oleh orang Mesir terhadap mereka di kawasan perkampungan pekerja di Deir el-Medina, berhampiran Lembah Raja-raja. Kultus yang mendewakan Amenhotpe I dan Ahmose-Nefertari amat penting di sini,

Rujukan sunting

  • The Oxford Encyclopedia Of Ancient Egypt, Donald B. Redford - Volume 1, 2001