Ai FM
Ai FM (爱 FM) (radio ini dikenali sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Cina, Rangkaian Merah, Rangkaian Hijau, Radio 5 dan Radio Malaysia Saluran 5) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio nasional Bahasa Mandarin di Malaysia untuk masyarakat Cina Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Moto utamanya adalah 有情有爱,自由自在 (Kasih Sayang, Kebebasan).
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia |
Slogan | 有情有爱,自由自在 (Kasih Sayang, Kebebasan) |
Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan. |
Tarikh siaran pertama | 24 Ogos 1934ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang | sebagai
Format | Easy listening, Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Bahasa-bahasa Sinitik (Bahasa Mandarin (utama), Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew dan Bahasa Hakka) |
Pengenal terdahulu | Radio 5 (atau Radio Lima) |
Sekutu | Radio Klasik Nasional FM TraXX FM Minnal FM |
Pemilik | |
Saluran kembar | Radio Klasik Nasional FM TraXX FM Minnal FM |
Siaran web | rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/aifm |
Tapak web | aifm |
Ai FM utamanya ialah di Tingkat 4 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk digital seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Radio 4.
Sejarah Sunting
Sejarah Ai FM bermula pada 24 Ogos 1934, Khoo Sian Ewe telah mendapat lesen siaran yang pertama daripada kerajaan untuk membuat siaran dari rumahnya di Jalan Perak, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Siaran tersebut dikenali sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang yang berformat muzik dan rencana dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Siaran ZHj Penang diambil alih oleh tentera pihak Jepun untuk menghebahkan dakyah serta berita Jepun dan dipindah ke Bangunan Chinese Recreation Club (Kelab Rekreasi Cina) di Jalan Burma. Pada masa yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British/British Department of Information yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.
Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris). Siaran dari Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang) pada masa itu dibuat dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil adalah terhad dan bercorak tempatan manakala siaran berita disambung dari ibu pejabat berita di Singapura. Pada masa itu, stesen ini dikenali sebagai Perkhidmatan Bahasa Cina atau Rangkaian Merah. Ketua Perkhidmatan Cina pada keseluruhannya bernama Shi Zu Xian manakala Ketua Bahagian Cina yang pertama ialah Leong Teng Sun dan Lim Eng Mao sebagai penolongnya di Jajahan Mahkota Pulau Pinang (kini Pulau Pinang).
Radio Malaya kemudiannya bertempat di Jalan Young (kini Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur pada 1 Januari 1950. Leong Teng Sun bertukar sebagai Ketua Perkhidmatan Cina dan Wong Kim Pok dari Radio Rediffusion ditugaskan sebagai Pengelola Rancangan Cina. Siaran Cina dari stesen Kuala Lumpur ketika itu adalah bermula dari pada pukul 12:00 tengah hari sehingga 1:15 tengah hari iaitu berita dan laporan Indeks harga Komoditi Utama manakala dari pukul 5:00 petang sehingga 7:00 malam adalah siaran kampung atau petani dan dasar kerajaan yang diterang dalam loghat Hakka, Kongfu dan Hokkien. Semasa zaman darurat (1948-1960) pula, Perkhidmatan Cina membuat rakaman dakyah menyeru pengganas komunis untuk menyerah diri.
Pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya (kini Radio Malaysia) berpindah ke tingkat 5 dan 6 di Rumah Persekutuan sehingga pada 8 Mei 1972. Pada 1hb Januari 1959, Rangkaian Hijau mengambilalih penerbitan dan siaran berita dari stesen Singapura dan waktu siarannya juga dilanjutkan dari pukul 6:30 pagi sehingga 11:00 malam melalui gelombang sederhana dan pendek. Mulai tahun 1960 ke 1970, Rangkaian Hijau meningkatkan penerbitan rakaman luar khasnya di luar bandar dan kawasan pertanian. Ramai kakitangan dan pelakon drama diserap ke Rangkaian Hijau untuk melancarkan pertandingan bakat, ciptaan lagu petriotik dan penerbitan drama. Ia mencipta sejarah dan keistimewaan iaitu menubuhkan kumpulan koir yang berkaliber dan berjaya mengeluarkan beberapa album karya.
Pada 19 Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Cina (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:
- Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, kini Radio Klasik).
- Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, kini TraXX FM).
- Rangkaian Hijau (Bahasa Cina, kini Ai FM).
- Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, kini Minnal FM).
Pada 9 Mei 1972, semua perkhidmatan Radio Malaysia memulakan siaran dari Wisma Radio di Angkasapuri RTM iaitu percantuman TV Malaysia dengan Radio Malaysia telah menyusun semula organisasi.
Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1 Januari) 1989, Rangkaian Hijau yang dikenali sebagai Radio 5.
Pada 28 Disember 1994, Radio 5 memulakan siaran 24 jam sehari iaitu tambahan masa siaran sebanyak 50 jam seminggu dan siaran berita disiarkan pada setiap jam.
Pada 1 September 1998, Radio 5 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 5.
Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Saluran 5 yang dikenali sebagai Ai FM.
Sejarah nama Ai FM Sunting
- ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (24 Ogos 1934-31 Mac 1946) (rasmi tanda panggil)
- Perkhidmatan Bahasa Cina (1 April 1946-31 Disember 1988)
- Rangkaian Merah (1 April 1946-18 Januari 1971)
- Rangkaian Hijau (19 Januari 1971-31 Disember 1988)
- Radio 5 (1 Januari 1989-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Saluran 5 (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Ai FM (1 April 2005-kini)
Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM Sunting
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Prime News | 07:00 - 07:10 |
Headline News | 08:00 - 08:05 |
Prime News | 09:00 - 09:10 |
Headline News | 10:00 - 10:05 |
World News | 11:00 - 11:10 |
Headline News | 12:00 - 12:05 |
Prime News | 13:00 - 13:10 |
Headline News | 14:00 - 14:05 |
Headline News | 15:00 - 15:05 |
Headline News | 16:00 - 16:05 |
Prime News | 17:00 - 17:10 |
Headline News | 18:00 - 18:05 |
Night News | 19:00 - 19:05 |
Night News | 20:00 - 20:05 |
Hokkien News | 20:05 - 20:10 |
Night News | 21:00 - 21:05 |
Teochew News | 21:05 - 21:10 |
Night News | 22:00 - 22:05 |
Hakka News | 22:05 - 22:10 |
Night News | 23:00 - 23:05 |
Cantonese News | 23:05 - 23:10 |
Headline News disiarkan pada jam 8:00 pagi, 10:00 pagi, 12:00 tengah hari, 2:00 petang, 3:00 petang, 4:00 petang dan 6:00 petang.
Prime News disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 1:00 tengah hari dan 5:00 petang.
World News disiarkan pada jam 11:00 pagi.
Night News disiarkan pada jam 7:00 malam, 8:00 malam, 10:00 malam dan 11:00 malam.
Non-Mandarin News disiarkan pada jam 8:05 malam (Hokkien), 9:05 malam (Teochew), 10:05 malam (Hakka) dan 11:00 malam (Cantonese).
Penyampai Sunting
- Jingcheng
- Shulin
- Minming
- Peiyin
- Jinlong
- Xiaohan
- Enci
- Guojun
- Ziying
- Minyu
- Xinhui
- Yanhong
- Huijin
Rancangan-utama Sunting
Rancangan Harian Sunting
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Ai Aksi | 06:00 - 10:00 |
Ai Ceria | 10:00 - 12:00 |
Ai Relaks | 12:00 - 16:00 |
Ai Sembang | 16:00 - 20:00 |
Ai Blog | 20:00 - 00:00 |
Lagu kebangsaan Sunting
Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Frekuensi Sunting
Radio Sunting
Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
89.3 MHz | Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
106.7 MHz | Kuala Lumpur dan Selangor | Gunung Ulu Kali |
101.3 MHz | Perlis, Kedah Alor Setar dan Pulau Pinang | Gunung Jerai |
106.1 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | |
92.1 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
100.8 MHz | Gerik, Perak | RTM Gerik |
89.7 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
100.4 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang |
104.9 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
89.1 MHz | Mersing, Johor | Bukit Tinggi |
Termeloh & Rompin, Pahang | ||
90.5 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar |
105.7 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Telipot |
90.7 MHz | Kuching, Sarawak | Gunung Serapi |
Kalimantan Barat, Indonesia | ||
92.3 MHz | Labuan | Bukit Timbalai |
91.9 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Lawa Mandau |
106.3 MHz | Gunung Kinabalu |
Televisyen Sunting
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 874 |
myFreeview | 704 |