Buka menu utama

Aib bermaksud perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun kecelaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, bererti telah mendedahkan aib orang itu. Siapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat Allah akan menutup pula aibnya. Sekiranya didedahkan aib di akhirat, luruhlah daging-daging muka kerana tersangat malu.

Ajaran IslamSunting

Setiap manusia dijadikan oleh Allah memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mencari-cari kekurangan, kelemahan, dan kecacatan orang lain adalah perbuatan yang tercela. Nabi Muhammad s.a.w. berpesan di dalam sebuah hadis baginda, "Wahai golongan orang yang beriman dengan lidahnya dan tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpati kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip hal-hal yang memalukan mereka. Sesungguhnya siapa mengintip hal-hal yang memalukan saudaranya, nescaya Allah mengintip hal-hal yang memalukan pula. Dan siapa yang diintip oleh Allah auratnya (hal yang memalukannya), nescaya didedahkan-Nya sekalipun orang itu berada di tengah-tengah rumahnya." (Riwayat Abu Daud daripada al-Barra' bin Azib r.a.)