Aida Agil

Aidah Agil ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu-lagu popularnya, termasuk "Segalanya Pasti", "Kisah Malam Minggu" dan "Sepanjang Jalan Kenangan".[1][2]

Aida Agil
Nama lahirAidah binti Agil
Kelahiran1959 (umur 61–62)
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1980–2002
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Roy

KerjayaSunting

Aida pernah menimba pengalaman menyanyi di kelab malam seluruh negara bersama Heavy Machine, Explorers II dan Freedom selama 13 tahun. Beliau pernah menimba pengalaman menyanyi di kelab sekitar Singapura, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Malah Aida bernasib baik kerana mendapat bimbingan empat komposer terkenal iaitu Awang BPR, Wan Zul, M. Nasir dan JS Kevin.[3] Bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi di kelab malam sebagai persediaan untuk memulakan kerjaya muzik sepenuh masa.[4][5] Aida menandatangani kontrak bersama EMI Music Malaysia, seterusnya muncul bersama album studio senamanya dengan lagu "Segalanya Pasti" ciptaan Awang BPR dikeluarkan sebagai single pertama.[6][7] Beliau terus aktif menyanyi sehingga disahkan menghidap penyakit Bell's Palsy pada 2002.[8]

Kehidupan peribadiSunting

Aida ialah anak kedua daripada 11 adik-beradik. Beliau menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Sri Stulang, Stulang Laut, Johor Bahru, Johor.[9]

DiskografiSunting

Album studioSunting

SingleSunting

  • "Segalanya Pasti"
  • "Kisah Malam Minggu"
  • "Sepanjang Jalan Kenangan"
  • "Bathin Terluka"
  • "Penyakit Jiwa"

Anugerah dan pencalonanSunting

Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik)
Tahun Tajuk Kedudukan
(25 Oktober - 7 November) 1993 "Segalanya Pasti" 1

RujukanSunting

  1. ^ Mohd Sharkawi Londing (29 Oktober 2020). "Gelora hidup penyanyi Aida Agil". Kosmo!. Dicapai pada 4 April 2021. Penyanyi bersuara emas itu juga pernah menghiasi industri hiburan tanah air sekitar tahun 1993 menerusi beberapa lagu antaranya ialah Kisah Malam Minggu, Penyakit Jiwa dan Sepanjang Jalan Kenangan.
  2. ^ Phic Arman (30 April 2018). ""Saya dipinggirkan" - Aida Agil luahkan rasa kesal". Murai.my. Dicapai pada 4 April 2020. Lagu Segalanya Pasti sering menjadi pilihan dalam pertandingan nyanyian, namun ramai generasi sekarang tidak mengenali penyanyi asalnya. Aida Agil pernah popular sezaman dengan penyanyi Ziana Zain dan Ning Baizura.
  3. ^ Azman Samsudin (27 Jun 1993). "Bermula di kelab malam". Berita Minggu. Dicapai pada 4 April 2020.
  4. ^ Azman Samsudin (22 Oktober 1993). "Aida berhenti menyanyi di kelab malam". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2020.
  5. ^ "Aida turns recording artiste" [Aida menjadi artis rakaman] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 28 Julai 1993. m/s. 10.
  6. ^ "Aida Agil berduet lagi bersama Roy". Berita Harian. 1 Jun 1993. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  7. ^ Siti Nurbaiyah Nadzmi (5 Jun 1993). "Challenge for Aida" [Cabaran untuk Aida] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 18 Oktober 2020.
  8. ^ Amirul Haswendy Ashari (29 Ogos 2018). "Selagi boleh, tak nak meminta-minta". Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2019.
  9. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (17 Mei 2020). "Mahu berjimat, Aida Agil hanya makan roti". Berita Harian. Dicapai pada 4 April 2020.

Pautan luarSunting