Aidana Baizieva adalah mangsa nahas helikopter terhempas di Semenyih warga Kyrgyzstan. Hampir seminggu wanita berusia 25 tahun itu menjadi misteri kerana gambar dan maklumat mengenainya tidak tepat . Gambar sebelum ini ialah Adelia Mahiyuddin (27 tahun) adalah juruterbang syarikat Weststar.

Aidana berugama Islam , belum berkahwin dan telah bekerja di Malaysia lebih setahun. Wajahnya tersiar dalam akhbar Kyrgyzstan.

Mangsa nahas helikopter sunting

Aidana maut bersama lima mangsa yang lain itu iaitu ahli Parlimen Rompin dan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang; pengawal peribadi Jamaluddin, Koperal Razkan Seran dan juruterbang Kapten Clifford William Fournier Jr.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Subang selepas menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev.

Siasatan sunting

Polis PDRM telah menyiasat pangsapuri beliau di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk mengambil beberapa barang, dokumen dan spesimen milik mangsa untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa keenam nahas helikopter itu. Antaranya ialah sampel rambut dan kuku. Polis menemui bukti tiket penerbangan mangsa (Aidana) ke Langkawi pada 21 Mac 2015 semasa LIMA (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi) sedang berlangsung tertera namanya dan juruterbang terbabit (Fournier). Juruterbang itu mempunyai akses masuk ke kediaman wanita itu. Abdul Samah memaklumkan bahawa siasatan polis mendapati Aidana merupakan pelajar jurusan diploma pelancongan di tiga buah kolej iaitu Universiti Sunway ,Universiti Lim Kok Weng dan Kolej Segi . Dia belajar di tiga kolej itu pada tahun 2010 hingga 2014 dan mendapat diploma dari Kolej Segi pada 10 Oktober 2014.

Polis turut mengambil keterangan daripada rakan-rakan Aidana. Wanita itu amat berminat untuk menjadi seorang juruterbang. Ada saksi yang pernah melihat mereka (Aidana dan Fournier) terbang menaiki helikopter bersama beberapa kali sebelum insiden. Polis dijangka menghubungi ayah Aidana yang berumur 75 tahun di Kyrgyzstan untuk membuat ujian DNA dan mengenal pasti mangsa.

Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov turut berusaha mendapatkan DNA bapa Aidina jika perlu. Aidana Baizieva tidak mendaftar dengan pihak kedutaan, jadi maklumat mengenai dirinya tidak lengkap .Maklumat menunjukkan Aidana bekerja sebagai pengurus restoran Barat. Pihak kedutaan sedang menyiasat mengapa wanita tersebut turut berada di dalam helikopter tersebut. [1] Aidana Baizieva dipercayai mengenali juruterbang helikopter tersebut dan sedang mengambil latihan penerbangan bersamanya. Polis menemui rekod menunjukkan dia sedang belajar asas penerbangan dan berminat menjadi juruterbang helikopter.

Ibu Aidana Baizieva meninggal dunia dalam kemalangan keretapi pada 1998. Aidana Baizieva berusia 8 tahun ketika itu. [2][3]

Mayat dituntut sunting

Pada 9 April 2015 mayat Aidana Baizieva telah dituntut oleh keluarganya dan wakil kedutaan Kyrgyzstan di Hospital Kuala Lumpur. Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memaklumkan bahawa mayatnya dituntut oleh kakak tirinya, Luisa Baizieva bersama seorang wakil kedutaan itu. Sebuah syarikat pengurusan mayat tempatan membawa jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke kampung halamannya dengan penerbangan Air Astana. PDRM berpuashati dengan hasil perbandingan DNA Aidana Baizieva dan kakak tirinya isu isu mayat kesemua enam mangsa nahas helikopter Dauphin AS365N2 (9M-1GB) yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih telah selesai.

PDRM dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini sedang menjalankan siasatan punca nahas itu.[4]

Rujukan sunting