Mohamad Aiman Md Sidek atau lebih dikenali sebagai Aiman Sidek merupakan seorang penyanyi lelaki yang berasal dari Terengganu,Malaysia. Aiman merupakan naib johan program realiti Akademi Nasyid musim pertama dan finalis Anugerah Juara Lagu ke-23.

Aiman Sidek
Nama lahirMohamad Aiman Md Sidek
Kelahiran (1989-10-14) 14 Oktober 1989 (umur 34)
Kuala Terengganu
Berasal dariKuala Terengganu
KediamanWakaf Mempelam
PekerjaanPenyanyi, [[komposer]]
Tahun aktif2008-kini
Syarikat pengurusan
4U Entertainment
Syarikat rakaman
4U Entertainment
PasanganNurul Mardiana Abdul Alim
Anak-anak2

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Petronas ketika darjah 1 dan 2 sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Bariah sehingga tamat darjah 6. Beliau meneruskan lagi persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin dan meneruskan lagi persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu sehingga tamat tingkatan 5. Selepas tamat persekolah beliau melanjutkan pembelajaran di peringkat Diploma di UNITEN cawangan Muadzam Shah.

Ketika di peringkat sekolah beliau sangat aktif dalam menyertai pertandingan seperti Pertandingan Tilawah Al-Quran semasa di sekolah rendah dan menjadi naib johan Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah Sekolah Menengah. Beliau juga pernah menjadi johan dalam pertandingan azan peringkat sekolah ketika beliau masih menuntut di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.[1]

Kerjaya sunting

Kerjaya sebagai seorang penyanyi bermula sejak di bangku sekolah lagi apabila beliau menjadi penyanyi utama dalam kumpulan nasyid peringkat sekolah pada tahun (2005-2006).

Pada 2008 Aiman telah terpilih menyertai program realiti iaitu Akademi Nasyid yang disiarkan pada setiap minggu Sabtu pada jam 8.30 malam di TV9 bermula 21 Jun 2008. Program tersebut telah disertai oleh seramai 12 orang peserta. Program ini pertama kali dikenalkan oleh TV9 dan Aiman telah menjadi naib juara dalam program tersebut manakala juara di sandang oleh Azhan Atan dan tempat ketiga disandang oleh kumpulan D'Vision.

Diskografi sunting

Single

Tahun Tajuk
2008 Cinta Terakhir
2014 Kau Yang Selalu Ada
2021 Bunga Dhia
Kekasih (feat Aniq Muhai & Alif Azhari
Pria Arjuna
Bangkit Malaysia
Manis Dimulut
2022 Cinta Sejati (feat. Alin Sidek)
Raya Yang Bahagia (feat Araf Aziz, Anuar Fadilah & Echa)
Teristimewa
Kopi Sepi
Hanya Dia (feat Halim Ahmad)
Alur Bahagia
Atma (feat. Naufal Isa)
2023 Bunga Dahlia (feat. Imran Aqil)

Album

Tahun Tajuk
2009 Aiman

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 Penyanyi/Artis Nasyid Popular Tercalon
Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Lagu Paling Boom Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ [1]