Aini binti Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Aini Jasmin (25 Oktober 1923 – 29 Jun 1988) ialah seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an.

Aini Jasmin
Kelahiran
Aini binti Jasmin

(1923-10-25)25 Oktober 1923
Meninggal dunia29 Jun 1988(1988-06-29) (umur 64)
Sebab kematianTercedera kerana terkena air panas
DikebumikanPusara Aman, Singapura
Nama lainAini Jasmin
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1950–1973

Beliau sebenarnya dilahirkan pada 25 Oktober 1923 di Jakarta, Indonesia tetapi tarikh lahirnya didaftarkan sebagai 25 Oktober 1927.[1] Beliau mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak zaman remaja dengan mengikut kumpulan pentas bangsawan di Indonesia. Beliau kemudian menyertai studio Shaw Brothers di Singapura pada tahun 1950-an dan mula melibatkan diri dalam lakonan di layar perak. Banyak lakonan beliau melibatkan watak sampingan terutamanya sebagai pembantu rumah.

Selepas kerjaya lakonan sunting

Pada tahun 1973, kerancakan filem Melayu Singapura mula padam. Beliau yang semakin lanjut usia, sukar untuk meneruskan kehidupan dan banyak menghabiskan hidupnya bersama anaknya, Suriati Bakar, di sebuah bilik yang terletak di Aljunied Crescent. Kesihatan beliau semakin menurun apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis. Aini Jasmin menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dengan hanya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat yang berjumlah S$80 sebulan yang gunakan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya.[1]

Untuk menambahkan pendapatan, Ani Jasmin bersama anaknya mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang.[1]

Ani Jasmin dilaporkan meninggal dunia pada 29 Jun 1988 di usia 64 tahun, kira-kira 7:40 pagi di Blok 109, Aljunied Crescent.[1] Menurut anaknya, beliau dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas.[1] Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Filemografi sunting

Antara filem-filem yang dilakonkannya ialah:-

Tahun Tajuk Watak Catatan
1950 Kembar Penari Filem pertama
Aloha
Dewi Murni
Pembalasan
1951 Sejoli
Bapa Saya
Berdosa
Juwita Orang Gaji Rohani
Penghidupan
Pulau Mutiara
1952 Jiwa Lara
Tas Tangan Wanita
Aladdin
Anjoran Nasib
Miskin
Permata Di Perlimbahan
Sedarah
Yatim Piatu Orang Gaji Kedua
Patah Hati
1953 Ibu
Hati Iblis
Putus Harapan
1954 Terang Bulan Di Malaya
1955 Roh Membela
1956 Ribut
1957 Pontianak
1958 Sarjan Hassan Minah
Kaki Kuda
1959 Saudagar Minyak Urat Ani
Pendekar Bujang Lapok Aini Jasmin
Batu Belah Batu Bertangkup Dayang Istana
Bawang Putih Bawang Merah Dayang Istana
Raja Laksamana Bentan Si Kembang Cina
1960 Che Mamat Parang Tumpul Pak Anjang Akal Panjang
Megat Terawis Dayang Istana
Antara Dua Darjat Puteh
Sumpah Wanita Dayang Istana
Hantu Rimau
Pak Pandir Moden Mariam
1961 Gado-gado Penampilan khas
Jalak Lenteng Mak Inang
Seniman Bujang Lapok Ibu Sharif Dol Penampilan khas
World By Night 2 Ibu Ayam Filem Itali
1962 Badang Dayang Istana
Dang Anom
Chelorong Cheloreng Ibu Harum Cendana
Singapura Di Langgar Todak Isteri Wak Labu
Korban Kasih
Gerhana Aminah
Mabuk Kepayang Timah
Siti Muslihat Minah
Mata Syaitan
1963 Gila Talak Ani Buntal
Masuk Angin Keluar Asap Ani Buntal
Rumah Itu Dunia Aku
Pileh Menantu Isteri Tok Bomoh
1964 Air Mata Duyung Murai
Siapa Besar Gajah @ Gayah
Panglima Besi Isteri Penghulu
Wan Perkasa Mak Buntal
1965 Ikan Emas Dayang Istana
Cinta Kasih Sayang
Jiran Sekampung
Kaseh Ibu Orang Gaji
Mata Dan Hati
Muda Mudi
1966 Aksi Kuching Wok
Anak Dara Dara
Kacha Permata Timah
Dahaga Buntat
1967 Dosa Wanita
1968 Mat Lanun Tembam
1969 Sial Wanita Ani
1973 Satu Titik Di Garisan Filem terakhir

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e https://www.thepatriots.asia/kisah-hidup-anne-jasmin/ The Patriots: Kisah Hidup Annie Jasmin

Pautan luar sunting